Anomalocaris ataupun Udang Gergasi merupakan salah satu haiwan yang paling ganas pada Zaman Kambria. Udang pelik gergasi mempunyai mata besar, badan berbentuk tirus, bersegmen tetapi tiada kerapas (kulit keras) dan apendaj bercangkuk di bahagian depan. Kedua sisi badannya mempunyai sirip keras dan bersambung dengan ekor berbentuk daun. Hidupan ini pasti memiliki keupayaan hebat dalam air pada zamannya.

Anomalocaris
Julat zaman: Awal sehingga pertengahan Cambria: Chengjiang–Syal Burgess
Ralat ungkapan: Pengendali < tidak dijangka

Ralat ungkapan: Pengendali < tidak dijangka

ROM-BurgessShale-CompleteAnomalocarisFossil.png
Imej fosilAnomalocaris lengkap pertama dijumpai, disimpan di Muzium DiRaja Ontario
Pengelasan saintifik s
Templat taksonomi hilang (baiki): Anomalocaris
Spesies
  • ?A. briggsi Nedin, 1995
  • A. canadensis Whiteaves, 1892
  • A. pennsylvanica Resser, 1929 (= A. canadensis?)[1]
  • A. saron Hou, Bergström & Ahlberg, 1995
Sinonim

Spesies pupus:[1]

  • A. lineata Resser & Howell, 1938
  • A. nathorsti Walcott, 1911
Fosil Anomalocaris yang ditemui oleh Mt. Stphens yang dijumpai di British Columbia, Kanada.

Nama Saintifik : Anomalocaris canadensis

Saiz : 1 - 3 m (panjang)

Makanan : Daging (karnivor)

Habitat : Lautan

Penemuan : China, Amerika Syarikat, Kanada, Poland dan Australia

Zaman Kehidupan : Zaman Kambria

Adakah Udang Gergasi pembuli laut ?Sunting

Ahli paleontogi, James Whitey Hagadorn dan pasukannya menghasilkan model 3D (tiga dimensi) mulut udang gergasi ini. Berdasakan model, mereka mendapati mulut udang gergasi ini lemah dan tidak dapat ditutup sepenuhnya. Selain itu, fosil bahagian perut dan najisnya menunjukkan tiada organisma keras ditemui. Beliau membuat kesimpulan ; udang gergasi mungkin hanya memakan makanan lembut di Simposium Tahunan Persatuan Geologi Amerika 2010.

Walaupun hasil kajian beliau diiktiraf, namun persoalan sama ada udang gergasi ini adalah haiwan atropod masih diperkatakan.

RujukanSunting

  1. ^ a b Daley, A. C.; Peel, J. S. (2010). "A Possible Anomalocaridid from the Cambrian Sirius Passet Lagerstätte, North Greenland". Journal of Paleontology. 84 (2): 352–355. doi:10.1666/09-136R1.1.

Pautan luarSunting