Anon Nampa

peguam, aktivis hak asasi manusia Thailand

Anon Nampa (Bahasa Thai: อานนท์ นำภา; RTGSAnon Nampha, juga Anon Numpa; lahir 18 Ogos 1984) ialah seorang aktivis hak asasi manusia (HAM), politik dan prodemokrasi Thailand serta seorang peguam. Beliau terkenal kerana mengkritik monarki Thailand secara terbuka, bertentangan dengan norma lazim masyarakat Thailand.[1] Beliau disifatkan sebagai pejuang HAM utama sepanjang kerjayanya sebagai peguam dalam bidang HAM dan dikenakan pelbagai kesalahan jenayah disebabkan oleh tindakan aktivismenya. Beliau juga disifatkan sebagai salah satu ketua-ketua utama dalam tunjuk perasaan Thailand 2020.[2] Beliau berasal daripada keluarga petani dari wilayah Roi Et, dengan ibu bapanya merupakan petani sawah, dan mendapat pendidikan di Universiti Ramkhamhaeng dalam bidang undang-undang.

Anon Nampa
Kelahiran (1984-08-18) 18 Ogos 1984 (umur 39)
Roi Et, Thailand
WarganegaraThailand
Pusat pendidikanUniversiti Ramkhamhaeng
PekerjaanAktivis sosial, politik dan hak asasi manusia
Peguam
Terkenal keranaAktivisme politik
Peranan dalam tunjuk perasaan Thailand 2020

Kerjaya sunting

Beliau mula meminati bidang HAM pada 2006. Pada 2008, beliau menjadi peguam HAM dan menjadi peguam bela bagi pihak aktivis terkemuka seperti Ampon Tangnoppakul dan Phai Dao-din ketika tunjuk perasaan melanda negara pada 2010. Keupayaannya dalam menguruskan kes-kes mahkamah menyebabkan beliau memperoleh gelaran sebagai 'peguam bagi pihak Baju Merah'.[1]

Berikutan rampasan kuasa oleh tentera negara pada 2014, Anon telah membantu para peguam Thailand dalam kes-kes HAM, dan mula terlibat dalam bidang aktivisme politik. Hal ini menyebabkan Anon disabitkan pelbagai kesalahan undang-undang.[1]

Peranan dalam protes Thailand 2020 sunting

Selepas beliau menguruskan tunjuk perasaan pada 18 Julai, beliau serta seorang lagi aktivis, Panupong Jadnok telah melancarkan satu lagi tunjuk perasaan. Ketika protes itu, beliau menyeru demi reformasi dalam sistem monarki Thailand serta menuduh ketua negara Maha Vajiralongkorn kerana menerbitkan perubahan tak terjangka dalam perlembagaan negara. Tindakan ini dilihat sebagai tindakan oleh pihak berkuasa sebagai tindakan menghina institusi diraja negara yang boleh membawa kepada hukuman-hukuman berat. Beliau dituduh oleh pihak ultramonarki negara kerana dikatakan ingin menubuhkan sebuah '"revolusi rakyat" antarabangsa menentang Thailand.[3]

Pada 19 Ogos 2020, Anon bersama-sama aktivis pelajar Parit Chiwarak ditahan oleh pihak berkuasa kerana bertanggungjawab dalam menguruskan perarakan antikerajaan pada 18 Julai 2020 di Bangkok ketika pandemik COVID-19 melanda Thailand.[4][5] Mereka juga ditahan berdasarkan Seksyen 116 Kod Jenayah negara kerana melanggar tatacara keselamatan kesihatan berkaitan COVID-19.[6] Beliau ditahan sebanyak sekurang-kurangnya tiga kali dalam bulan tersebut kerana menguruskan protes-protes pada Julai dan Ogos.[7] Pada September 2020, pihak mahkamah menarik balik permohonan ikat jamin terhadap Anon serta Panupong Jadnok, menyebabkan mereka kekal direman hingga perkembangan selanjutnya, dengan alasan bahawa mereka terlibat dalam tunjuk perasaan.[8][9]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Post, The Jakarta. "Three activists who break Thailand's deepest taboo". The Jakarta Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 17 September 2020.
  2. ^ "คุม 'ทนายอานนท์ - ไมค์' ส่งศาลแล้วทั้งคู่ ทามกลางมวลชนนับร้อย". bangkokbiznews.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 17 September 2020.
  3. ^ "Thai protest icon is 'prepared' to cross kingdom's forbidden line". Nikkei Asian Review (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-09-19.
  4. ^ "Thai police arrest nine in sweep against activists". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 20 August 0020. Dicapai pada 17 September 2020.
  5. ^ "Thailand: Police Again Detain Lawyer Involved in Anti-Govt Rallies". BenarNews (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-09-17.
  6. ^ "Anon Nampa and other Thai youth protesters hit with arrest warrants". South China Morning Post (dalam bahasa Inggeris). 19 August 2020. Dicapai pada 17 September 2020.
  7. ^ Post, The Jakarta. "Police arrest Thai activist over rally calling for reform of monarchy". The Jakarta Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 17 September 2020.
  8. ^ "Thailand to jail protest activists for bail breach". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 3 September 2020. Dicapai pada 17 September 2020.
  9. ^ Wongcha-um, Panu (4 September 2020). "Thailand jails protesters for breach of bail terms". Reuters (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 17 September 2020.

Pautan luar sunting

  •   Kategori berkenaan Anon Nampa di Wikimedia Commons