Anselm Turmeda

Anselm Turmeda (sebutan Catalan: [ənˈsɛɫm turˈmɛðə]) atau Abd-Allah at-Tarjuman (Bahasa Arab: عبد الله الترجمان) (1355–1423) ialah seorang penulis Majorca Muslim yang dilahirkan di Palma. Pada awal kehidupannya beliau menjadi rahib Franciscan, namun kemudian keluar dari agama Kristian lalu memeluk agama Islam[1] dan menetap di Tunis. Beliau adalah salah seorang daripada sejumlah kecil penulis yang menulis dalam bahasa Arab dan satu bahasa Eropah, bahasa Catalonia, yang kedua-dua bahasa itu dikuasainya. Beliau menjadi seorang wazir di Tunis, tempat beliau disemadikan pada tahun 1423.

Kubur Anselm Turmeda di Tunis.

KaryaSunting

  • Llibre dels bons amonestaments

Turmeda mentarikhkannya pada April 1393, 11 tahun selepas beliau menetap di Tunis. Ia mengandungi 428 buah sajak yang digubah dalam tiga rangkap berima diikuti satu tanpa rima. Prakatanya mengatakan bahawa ia "digubah di Tunis oleh rahib Anselm Turmeda, yang juga dikenali sebagai Abdala". Karya ini sangat popular di Catalonia yang digelar franselm (dari "fra [yakni friar] Anselm").

Ditulis pada tahun 1417 dalam bahasa Catalonia, tiada bahagian yang terselamat dalam bahasa asalnya. Edisi-edisi bahasa Catalonia sekarang tersedia berdasarkan pada satu terjemahan dalam bahasa Perancis Zaman Pertengahan. Pihak Pasitan menyenaraikannya dalam Senarai Buku-buku Terlarang pada tahun 1583 yang mengakibatkan lenyapnya karya tersebut. Atas sebab-sebab politik dan agama, ia tidak selaras dengan kepercayaan ortodoks Sepanyol yang berfahaman Katolik pada kurun ke-16.Ia menampilkan pertikaian antara seekor keldai dan seorang rahib yang berhujah tentang kelebihan manusia ke atas haiwan, setiap pihak mempertahankan pendirian masing-masing. Akhirnya, manusia menang disebabkan al-Masih dijelmakan ke dalam bentuk manusia. Bagaimana pun, karya tersebut sangat kritikal terhadap manusia dalam semua aspek: keagamaan, moral, politik dsb.

  • Llibre de tres

Buku ini mahu mendidik dalam cara yang menghiburkan.

  • Tuhfat al-Arib fi al-Radd 'ala ahl al-Salib [Buah tangan buat bijak pandai dalam menolak penyembah salib] Bahasa Arab: تحفة الأريب في الرد على أهل الصليب (1420)

Yang terkenal antara buku-buku berbahasa Arabnya, ia adalah karya polemik yang mengkritik Bible dan mengesahkan kenabian Muhammad. Terdapat tiga edisi dalam bahasa Arab, tiga dalam bahasa Turki dan satu dalam bahasa Parsi pada satu kurun (1873 hingga 1971). (Epalza)

RujukanSunting

  1. ^ Juan Goytisolo and the Poetics of Contagion, p. 33, by Stanley Beck.

Pautan luarSunting

  • Halaman tentang Anselm Turmeda oleh AELC, Association of Writers in Catalan Language. Dalam bahasa Catalonia, Inggeris dan Sepanyol.
  • Anselme Tourmède, Pourquoi j'ai embrassé l'islam, Perpignan, France: Éditions de la Merci, 2009. [1]