Antara Gapi

pertumbuhan terancang yang terletak di Serendah, Selangor, lebih kurang {{convert|18|mi|km}} utara dari Kuala Lumpur

Antara Gapi ialah sebuah pertumbuhan terancang yang terletak di Serendah, Selangor, lebih kurang 18 batu (29 km) utara dari Kuala Lumpur. Antara Gapi ditubuhkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Antara Gapi, Selangor
Penempatan
Logo Antara Gapi
Logo Antara Gapi
Kedudukan dalam Daerah Hulu Selangor dan Negeri Selangor
Kedudukan dalam Daerah Hulu Selangor dan Negeri Selangor
Antara Gapi is located in Bumi
Antara Gapi
Antara Gapi (Bumi)
Koordinat: 3°28′N 101°38′E / 3.467°N 101.633°E / 3.467; 101.633Koordinat: 3°28′N 101°38′E / 3.467°N 101.633°E / 3.467; 101.633
NegaraMalaysia
NegeriSelangor
DaerahHulu Selangor
Aras
262 ft (80 m)
Zon waktuUTC+8 (MYT)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Not used)
ZIP code
48200
Kod kawasan3-6081

Antara Gapi termasuk dalam mukim Serendah (mukim), Hulu Selangor. Terdiri daripada 1,947 buah rumah dan 111 unit kedai, Antara Gapi merupakan salah satu daripada kawasan perumahan terancang terbesar di Serendah dan Hulu Selangor. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) terus memajukan Antara Gapi dan mempunyai pelan utama yang besar buat Antara Gapi.

Antara Gapi merupakan sebuah kawasan pertumbuhan yang agak baharu. Bermulanya pada awal tahun 1998, PKNS memasuki tapak bagi kerja-kerja pembangunan yang dibahagikan kepada 6 seksyen.

Kawasan Komersial sunting

Antara Gapi mempunyai dua pembangunan utama berkaitan perniagaan pada masa kini, iaitu Gapi Avenue yang dimajukan PKNS dan juga Laman Gapimas yang dimajukan YPS Development, Sdn Bhd. Kawasan perniagaan ini menjadi teras perkembangan di Antara Gapi dengan kemudahan membeli belah, restoran dan perkhidmatan kediaman. Setakat April 2023, perniagaan yang terdapat di Antara Gapi adalah antara berikut:

Gapi Avenue

7-Eleven dan 7Café
ZUS Coffee
Restoran Gapi Corner
99 Speedmart
YONO! Cafe

Laman Gapimas

MR. DIY
Aneka
Segi Fresh
SP Care Health Clinic
Tealive
Stesen Minyak Shell

Kejiranan sunting

Perumahan di Antara Gapi terbahagi kepada 6 Seksyen berdasarkan masa pembinaan dan ciri perumahan yang berbeza. Rumah-rumah di Seksyen 1 terdiri daripada lot perumahan tunggal (single-family homes). Manakala lain-lain seksyen terdiri daripada campuran rumah jenis bersambung (townhomes) dan rumah jenis berkembar (duplex). Kemudahan kejiranan yang wujud termasuk Tasik Antara Gapi di Seksyen 2A, 5 taman permainan dan laluan pejalan kaki.

Pendidikan sunting

Antara Gapi termaktub di bawah kawasan pentadbiran PPD Hulu Selangor di bawah KPM. Pertumbuhan ini setakat ini hanya mempunyai satu sekolah.

  • Sekolah Kebangsaan Antara Gapi (Darjah 1-6)

Tapak tanah untuk pembinaan sebuah sekolah menengah (pendidikan menengah/secondary education) telah disertakan di dalam pelan utama. Namun, tiada apa-apa pelan terdekat untuk memulakan pembinaannya.

Rujukan sunting

https://www.pkns.gov.my/en/aspirasi-bil-2-tahun-2023/