Buka menu utama
Skema lapisan antara muka grafik pengguna

Antara muka grafik pengguna (Inggeris: Graphical user interface, GUI) ialah sejenis antara muka pengguna yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan peranti elektronik seperti komputer, peranti bimbit, alatan rumah dan kelengkapan pejabat. Ciri utama yang ditawarkan dalam GUI ialah ikon-ikon dan penunjuk-penunjuk yang bersifat visual. Pengguna boleh melakukan tindakan dengan memanipulasikan atau mengolah unsur-unsur grafik ini.[1]

RujukanSunting

  1. ^ "window manager Definition". PC Magazine. Ziff Davis Publishing Holdings Inc. Dicapai 12 November 2010.