Antara Muka Multimedia Definisi Tinggi (bahasa Inggeris: High-Definition Multimedia Interface, HDMI) ialah antaramuka penyambung audio/video boleh dilesenkan untuk memancarkan strim digital yang disulitkan dan tidak dimampatkan. HDMI menyambungkan sumber-sumber audio/video digital yang menguatkuasakan DRM, seperti set-top box, pemain cakera Blu-ray komputer peribadi, konsol permainan video, atau penerima AV, kepada peranti audio digital dan/atau pengawas video yang serasi, seperti televisyen digital (DTV). HDMI muncul pada tahun 2006 dalam kamera video HDTV prosumer dan kamera pegun digital yang canggih.[4][5]

HDMI (High-Definition Multimedia Interface)
Logo HDMI dengan akronim "HDMI" dalam fon yang besar di bahagian atas dengan istilah tidak disingkatkan (High-Definition Multimedia Interface) di bawah di muka taip yang lebih kecil. Terdapat logo tanda dagangan di sebelah kanan HDMI.
Logo rasmi HDMI dan penyambung standard
Jenis Penyambung audio/video/data digital
Pereka bentuk [1]
Forum HDMI (77 syarikat)
[2]
Direka bentuk pada Disember 2002
Pekilang HDMI adopters (over 1,600 companies)
Digantikan pada DVI, VGA
Lebar 13.9 mm (jenis A), 10.42 mm (jenis C), 6.4 mm (jenis D)
Tinggi 4.45 mm (jenis A), 2.42 mm (jenis C), 2.8 mm (jenis D)
Hot plug Yes
Luaran Yes
Isyarat audio LPCM, Dolby Digital, DTS, DVD-Audio, Dolby Digital Plus, Dolby TrueHD, DTS-HD High Resolution Audio, DTS-HD Master Audio, MPCM, DSD, DST, Dolby Atmos, DTS:X
Isyarat video Resolusi maksimum dihadkan oleh lebar jalur yang tersedia
Pin Jenis A, C, & D (19), Jenis B (29)
Isyarat data Ya
Kadar bit Sehingga 48 Gbit/s dalam HDMI 2.1
Protokol TMDS
Gambar rajah dari penyangga HDMI jenis A, menunjukkan 10 pin di baris atas dan 9 pin pada baris bawah (jumlah 19 pin).
Penyangga HDMI jenis A (betina)
Pin 1 TMDS Data2+
Pin 2 TMDS Data2 Shield
Pin 3 TMDS Data2−
Pin 4 TMDS Data1+
Pin 5 TMDS Data1 Shield
Pin 6 TMDS Data1−
Pin 7 TMDS Data0+
Pin 8 TMDS Data0 Shield
Pin 9 TMDS Data0−
Pin 10 TMDS Clock+
Pin 11 TMDS Clock Shield
Pin 12 TMDS Clock−
Pin 13 CEC
Pin 14
Pin 15 SCL (I²C serial clock for DDC)
Pin 16 SDA (data I²C bersiri untuk DDC)
Pin 17 Pembumi (untuk DDC, CEC, ARC, and HEC)
Pin 18 +5 V (min. 0.055 A)[3]
Pin 19
  • Hot Plug Detect (semua versi)
  • HEAC− (HDMI 1.4+, pilihan, HDMI Ethernet Channel dan Audio Return Channel)

HDMI dijadikan alternatif DRM kepada piawaian analog pengguna seperti RF (kabel sepaksi), video komposit, S-Video, SCART, video komponen dan VGA, serta piawaian digital seperti DVI (DVI-D dan DVI-I). Pengedaran HDMI dijangka mengatasi pengedaran Antara Muka Visual Digital (DVI) pada tahun 2008 dengan pacuan oleh pasaran elektronik pengguna (consumer electronics, CE).[6]

Umum sunting

HDMI menyokong mana-mana format video TV atau PC, termasuk video standard, dipertingkat, atau definisi tinggi, serta audio digital pelbagai saluran pada sebatang kabel tunggal. HDMI tidak bergantung kepada mana-mana piawaian DTV seperti ATSC, dan DVB (-T,-S,-C), kerana piawaian-piawaian ini merupakan pengkapsulan strim-strim data filem MPEG yang dihantar ke dekoder, lalu dioutputkan sebagai data video yang tidak dimampatkan dalam HDMI. HDMI mengekodkan data video ke dalam TMDS untuk pemancaran secara digital melalui HDMI.

Peranti-peranti berkenaan dibuat agar mematuhi pelbagai versi spesifikasi, yang mana setiap versi diberi nombor seperti 1.0 atau 1.3. Setiap versi spesifikasi yang berikutnya menggunakan kabel-kabel yang sama, tetapi meningkatkan daya pemprosesan dan/atau keupayaan pemancaran melalui kabel. Contohnya, dahulunya, kadar jam piksel maksimum antaramuka ialah 165 MHz, iaitu cukup untuk menyokong 1080p pada 60 Hz atau WUXGA (1920x1200), tetapi HDMI 1.3 meningkatkan kadar itu kepada 340 MHz, maka menyediakan sokongan untuk WQXGA (2560x1600) dan selebihnya merentasi satu pautan digital tunggal. See also: Versi-versi HDMI.

HDMI juga merangkumi sokongan untuk audio digital tidak dimampatkan lapan saluran pada kadar sampel 192 kHz dengan 24 bits/sampel serta mana-mana strim yang dimampatkan seperti Dolby Digital, atau DTS. HDMI menampung sehingga 8 saluran audio satu bit, seperti yang digunakan pada Super Audio CD pada kadar sehingga 4x. Dengan versi 1.3, HDMI kini juga menampung strim dimampatkan lossless seperti Dolby TrueHD dan DTS-HD Master Audio.

HDMI serasi ke belakang dengan Antara Muka Visual Digital berpautan tunggal yang membawa video digital (DVI-D atau DVI-I, bukan DVI-A) yang digunakan pada monitor dan kad grafik terkini. Ini bermakna sumber DVI-D boleh memacu monitor HDMI, atau sebaliknya, melalui alat suai atau kabel yanf sesuai, tetapi ciri-ciri audio dan kawalan jauh HDMI tidak disediakan. Tambahan pula, tanpa sokongan untuk Perlindungan Kandungan Digital Lebar Jalur Tinggi (bahasa Inggeris: High-bandwidth Digital Content Protection, HDCP) pada paparan, sumber isyarat boleh menghalang pengguna akhir dari menonton atau merakam kandungan terhad yang tertentu.

Komputer peribadi (PC) yang ada output HDMI perkakasan mungkin memerlukan sokongan perisian dari sistem pengendalian seperti Windows Vista. Kini, Linux menyokong output video melalui keserasian ke belakang dengan DVI.

Di Amerika Syarikat, sokongan HDCP ialah satu ciri-ciri lazim pada TV digital yang sedia dipasang penala digital (ATSC), kecuali set TV digital lebih murah yang langsung tidak disertakan kemudahan HDMI. Dalam industri paparan PC pula, yang mana paparan komputer jarang sedia dipasang penala digital, sokongan HDCP tidak terdapat dalam kebanyakan model. Contohnya, monitor-monitor LCD terawal dengan penyambung HDMI tidak menyokong HDCP, dan tidak banyak juga monitor LCD padat (17" ke bawah) yang menyokong HDCP.

Pengasas-pengasas HDMI termasuk pengeluar elektronik pengguna Hitachi, Matsushita (Panasonic/National/Quasar), Philips, Sony, Thomson (RCA), Toshiba, dan Silicon Image. Digital Content Protection, LLC (anak syarikat Intel) menyediakan HDCP untuk HDMI. Selain itu, HDMI disokong penerbit-penerbit wayang utama seperti Fox, Universal, Warner Bros., dan Disney, serta pengendali-pengendali sistem DirecTV dan EchoStar (Dish Network) dan juga CableLabs dan Samsung.

Versi sunting

Peranti-peranti berkenaan dikilangkan untuk mematuhi pelbagai versi spesifikasi, iaitu setiap versi diberi nombor kemaskini. Setiap versi spesifikasi berikutnya menggunakan kabel yang sama, tetapi juga menambah daya pemprosesan dan kemampuan apa-apa yang boleh dipancarkan melalui kabel itu. Keperluan kabel HDMI baru sebenarnya bergantung pada kabel itu sendiri (yang juga disertakan kadaran HDMI). Faktor utama untuk dipertimbangkan ialah sama ada kabel yang sedia ada akan dapat menangani lebar jalur yang semakin besar; misalnya 10.2 Gbit/s yang disertakan dalam versi 1.3. Ujian akur kabel disertakan dalam Spesifikasi Ujian Akur HDMI (lihat TESTID 5-3), dengan huraian "Kategori 1" dan "Kategori 2" dalam Spesifikasi HDMI 1.3a (Seksyen 4.2.6).

Sesuatu produk yang dinyatakan mempunyai suatu versi HDMI tidak semestinya bererti merangkumi segala ciri-ciri yang diterangkan dalam pengelasan versi akan: memang, sesetengah ciri-ciri adalah tidak wajib. Contohnya, bagi HDMI v1.3, sokongan piawaian warna luas xvYCC adalah tidak wajib. Ini bermakna, jika anda membeli sebuah kamera video yang menyokong ruang warna yang luas itu (yang misalnya dijenamakan oleh Sony sebagai "x.v.Color") anda perlu memastikan bahawa paparan berkenaan menyokong kedua-dua HDMI v1.3 dan piawaian warna luas xvYCC.

HDMI 1.0 sunting

Dikeluarkan pada Disember 2002.

  • Sambungan audio/video digital kabel tunggal dengan kadar bit maksimum 4.9 Gbit/s. Sokongan maksimum video 165 Mpixel/s (1080p60 Hz atau UXGA) dan audio 8 saluran/192 kHz/24-bit.

HDMI 1.1 sunting

Dikeluarkan pada Mei 2004.

HDMI 1.2 sunting

Dikeluarkan pada Ogos 2005.

  • Penambahan sokongan untuk One Bit Audio, digunakan dalam Super Audio CD, sehingga 8 saluran.
  • Adanya penyambung HDMI Type A untuk sumber-sumber PC.
  • Kebolehan sumber-sumber PC menggunakan ruang warna RGB natif sambil mengekalkan pilihan menyokong ruang warna YCbCr CE.
  • Keperluan HDMI 1.2 dan paparan-paparan selanjutnya menyokong sumber voltan rendah.

HDMI 1.2a sunting

Dikeluarkan pada Disember 2005.

  • Menetapkan ciri-ciri Kawalan Elektronik Pengguna (Consumer Electronic Control, CEC), set-set perintah, dan ujian akur CEC sepenuhnya.

HDMI 1.3 sunting

Dikeluarkan pada 22 Jun 2006.[7][8]

  • Peningkatan lebar jalur pautan tunggal kepada 340 MHz (10.2 Gbit/s)
  • Pilihan sokongan Deep Color dengan xvYCC, sRGB, atau YCbCr 30-bit, 36-bit, dan 48-bit berbanding sRGB atau YCbCr 24-bit dalam versi HDMI sebelumnya.
  • Diterapkan kebolehan penyegerakan audio automatik (Audio video sync).
  • Pilihan sokongan output strim-strim Dolby TrueHD dan DTS-HD Master Audio untuk penyahkodan luaran oleh penerima AV.[9] TrueHD dan DTS-HD merupakan format-format kodek audio tanpa kehilangan yang digunakan pada Cakera Blu-ray dan HD DVD. Jika pemain cakera boleh menyahkodkan strim-strim ini menjadi audio yang tidak mampat, maka HDMI 1.3 tidak perlu kerana semua versi HDMI boleh mengangkut audio yang tidak mampat.
  • Adanya penyambung mini Type C baru untuk peranti-peranti seperti kamera video.[10]

HDMI 1.3a sunting

Dikeluarkan pada 10 November 2006.[11]

  • Pengubahsuaian Kabel dan Lubuk untuk Type C
  • Cadangan penghapusan sumber
  • Pengguguran lajak bawah dan had masa naik/turun maksimum.
  • Perubahan dalam had kemuatan CEC
  • Penjernihan julat pengkuantuman video RGB
  • Perintah CEC untuk kawalan pemasa dikembalikan dalam bentuk diubah, penambahan perintah kawalan audio.
  • Penyertaan spesifikasi ujian akur dikeluarkan serentak.

HDMI 1.3b sunting

Dikeluarkan pada 26 Mac 2007.

  • Penyemakan ujian kepatuhan HDMI

HDMI 1.3b1 sunting

Dikeluarkan pada 9 November 2007.

  • Penyemakan ujian kepathuan HDMI, yang menambah keperluan ujian untuk penyambung mini HDMI Type C

HDMI 1.3c sunting

Dikeluarkan pada

  • Penyemakan ujian kepathuan HDMI, yang mengubah keperluan ujian untuk kabel HDMI aktif

HDMI 1.4 sunting

 
Kabel HDMI 1.4 pertama di dunia keluaran Cablesson pada 22 Jun 2009.[12]

Dikeluarkan pada 28 Mei 2009.[13][14]

  • Meningkatkan leraian maksimum kepada 4K × 2K (3840×2160p pada 24Hz/25Hz/30Hz dan 4096×2160p pada 24Hz, iaitu leraian panggung wayang digital)
  • Saluran Ethernet HDMI yang membolehkan sambungan Ethernet 100 Mb/s di antara dua peranti bersambungan HDMI
  • Memperkenalkan Saluran Pulangan Audio (Audio Return Channel)
  • 3D melalui HDMI: mnyokong beberapa struktur 3D termasuk alternatif medan, alternatif bidang, pemadatan bidang, alternatif garis, separuh sisi dengan sisi, sepenuh sisi dengan sisi, L + kedalamam, dan L + kedalaman + grafik + kedalaman grafik.[15][16][17]
  • Penyambung HDMI Mikro baru
  • Peningkatan sokongan ruangan warna
  • Sistem Penyambungan Automotif (Automotive Connection System)

Perbandingan antara versi sunting

Versi HDMI 1.0–1.2a 1.3 1.4
Lebar jalur isyarat maksimum (MHz) 165 340 340[18]
Lebar jalur TMDS maksimum (Gbit/s) 4.95 10.2 10.2
Lebar jalur video maksimum (Gbit/s) 3.96 8.16 8.16
Lebar jalur audio maksimum (Mbit/s) 36.86 36.86 36.86
Kedalaman warna maksimum (bit/px) 24 48[A] 48
Leraian maksimum melalui sambungan tunggal pada 24-bit/px[B] 1920×1200p60 2560×1600p75 4096×2160p24
Leraian maksimum melalui sambungan tunggal pada 30-bit/px[C] 2560×1600p60 4096×2160p24
Leraian maksimum melalui sambungan tunggal pada 36-bit/px[D] 1920×1200p75 4096×2160p24
Leraian maksimum melalui sambungan tunggal pada 48-bit/px[E] 1920×1200p60 1920×1200p60
Versi HDMI 1.0 1.1 1.2
1.2a
1.3 1.3a
1.3b
1.3b1
1.3c
1.4[19]
sRGB Ya Ya Ya Ya Ya Ya
YCbCr Ya Ya Ya Ya Ya Ya
LPCM 8 saluran, 192 kHz, keupayaan audio 24 bit Ya Ya Ya Ya Ya Ya
Video dan audio Blu-ray Disc pada leraian sepenuhnya[F] Ya Ya Ya Ya Ya Ya
Kawalan Elektronik Pengguna (CEC)[G] Ya Ya Ya Ya Ya Ya
Sokongan DVD Audio Tidak Ya Ya Ya Ya Ya
Sokongan Super Audio CD (DSD)[H] Tidak Tidak Ya Ya Ya Ya
Deep Color Tidak Tidak Tidak Ya Ya Ya
xvYCC Tidak Tidak Tidak Ya Ya Ya
Auto lip-sync Tidak Tidak Tidak Ya Ya Ya
Keupayaan strim bit Dolby TrueHD Tidak Tidak Tidak Ya Ya Ya
Keupayaan strim bit DTS-HD Master Audio Tidak Tidak Tidak Ya Ya Ya
Updated list of CEC commands[I] Tidak Tidak Tidak Tidak Ya Ya
Saluran Ethernet Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak Ya
Saluran Pulangan Audio Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak Ya
3D melalui HDMI Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak Ya
Sokongan leraian 4k × 2k Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak Ya
A Sokongan 36-bit adalah mandatori untuk peranti CE yang serasi Deep Color dengan sokongan 48-bit sebagai pilihan.[20]
B Leraian maksimum berasakan CVT-RB, iaitu piawaian VESA untuk paparan bukan berasaskan CRT.[21] Penggunaan CVT-RB 1920×1200 memerlukan lebar jalur video 3.69 Gbit/s, 2560×1600 memerlukan lebar jalur video 8.12 Gbit/s, dan 4096×2160 pula memerlukan lebar jalur video 5.35 Gbit/s.[22]
C Penggunaan CVT-RB 2560×1600 memerlukan lebar jalur video 8.12 Gbit/s, manakala 4096×2160 memerlukan lebar jalur video 6.69 Gbit/s.[22]
D Penggunaan CVT-RB 1920×1200 memerlukan lebar jalur video 7.91 Gbit/s, manakala 4096×2160 memerlukan lebar jalur video 8.03 Gbit/s.[22]
E Penggunaan CVT-RB 1920×1200 memerlukan lebar jalur video 7.39 Gbit/s.[22]
F Biarpun bagi kodek audio mampat yang tidak boleh diangkut oleh versi HDMI yang tertentu, peranti sumber mungkin boleh menyahkodkan kodek audio lalu memancarkan audio sebagai LPCM tanpa mampatan.
G CEC disertakan dalam spesifikasi HDMI sejak versi 1.0 tetapi cuma mula digunakan dalam produk CE dengan HDMI versi 1.3a.[23][24]
H Main semula SACD boleh dilakukan untuk versi-versi lama HDMI jika peranti sumber (seperti Oppo 970) bertukar ke LPCM.[25]
I Seilangan besar penambahan dan penjelasan untuk perintah CEC. Salah satunya ialah perintah CEC membolehkan kawalan volum penerima AV.[26]

Nota dan rujukan sunting

  1. ^ "HDMI Adopters and Founders". HDMI. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-01. Dicapai pada April 14, 2015.
  2. ^ "Members". HDMI Forum. Dicapai pada April 14, 2015.
  3. ^ "HDMI :: Resources :: Knowledge Base". hdmi.org.
  4. ^ Robert Silva (2006-04-06). "Samsung Introduces Digital Still Camera with HDMI". About.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-08-21. Dicapai pada 2007-08-02.
  5. ^ Chris Hurd (February 28, 2007). "Canon HV20 camcorder with HDMI". HDV Info Net. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-08-27. Dicapai pada 2007-08-02.
  6. ^ ExtremeTech Staff (2008-01-29). "Analyst: The DVI Interface is Dying". ExtremeTech. Dicapai pada 2008-01-30.
  7. ^ "HDMI 1.3 Press Release". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-22. Dicapai pada 2008-04-27.
  8. ^ Joseph Palenchar (June 19, 2006). "HDMI 1.3 Connections Due By Year End". TWICE. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-28. Dicapai pada 2007-08-02.
  9. ^ "HDMI Part 5 - Audio in HDMI Versions". HDTVMagazine.com. 2006-08-08. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-01-16. Dicapai pada 2007-08-02.
  10. ^ "Pics of the HDMI-mini connector".[pautan mati kekal]
  11. ^ HDMI Licensing, LLC announced the release of version 1.3a of both HDMI Spec and Compliance Test Spec. Allion (November 24, 2006). (Web archive)
  12. ^ "Worlds First HDMI Cable 1.4". HiddenWires. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-12-01. Dicapai pada 2009-11-18.
  13. ^ "HDMI Licensing, LLC Announces Features of the Upcoming HDMI Specification Version 1.4". HDMI Licensing, LLC. 2009-05-28. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-01. Dicapai pada 2009-05-28.
  14. ^ "Silicon Image introduces First Products Incorporating HDMI 1.4 Features for DTV and Home Theatre Applications". Silicon Image. 2009-06-22. Dicapai pada 2009-11-17.
  15. ^ "HDMI 1.4 FAQ". HDMI.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-23. Dicapai pada 2009-11-16.
  16. ^ "Launch of HDMI 1.4 Specification" (PDF). HDMI.org. 2009-10-06. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-01-06. Dicapai pada 2009-11-16.
  17. ^ "An Update from HDMI Licensing, LLC" (PDF). DisplayBlog. 2009-09-18. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-05-12. Dicapai pada 2009-11-16.
  18. ^ "HDMI Specification 1.4 FAQ - "All of the other new HDMI 1.4 features will be compatible with the existing categories of cables"". HDMI Licensing, LLC. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-23. Dicapai pada 2009-11-18.
  19. ^ "HDMI Specification 1.4 FAQ - What's new?". HDMI Licensing, LLC. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-23. Dicapai pada 2009-11-18.
  20. ^ "HDMI Specification 1.3a Section 6.2.4". HDMI Licensing, LLC. 2006-11-10. Dicapai pada 2008-06-21.
  21. ^ "Advanced Timing and CEA/EIA-861B Timings". NVIDIA. Dicapai pada 2008-06-18.
  22. ^ a b c d Graham Loveridge (2003-04-09). "VESA Coordinated Video Timing Generator Revision 1.1". VESA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-02-07. Dicapai pada 2008-12-07.
  23. ^ Julie Jacobson (2007-01-17). "Panasonic Demos Control over HDMI". CEPro. Dicapai pada 2008-12-07.
  24. ^ Jeff Boccaccio (2007-12-28). "Inside HDMI CEC: The Little-Known Control Feature". CEPro. Dicapai pada 2008-12-07.
  25. ^ "DV-970HD". Oppo Digital. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-07-02. Dicapai pada 2008-12-07.
  26. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan HDMI2006SpecsCEC1.3 tidak disediakan

Pautan luar sunting