Anthony Norman Albanese ( /ˌælbəˈnzi/ AL-bə-neez-ee atau /ˈælbənz/ AL--neez ; [nb 1] lahir 2 Mac 1963) merupakan seorang ahli politik Australia yang juga merupakan Perdana Menteri Australia yang ke-31 dan terkini.[3] Beliau telah menjadi Ketua Parti Buruh Australia (ALP) sejak 2019, dan Ahli Parlimen (MP) untuk Grayndler sejak tahun 1996. Albanese merupakan Timbalan Perdana Menteri Australia ke-15 di bawah kerajaan kedua Kevin Rudd pada tahun 2013 dan menteri kabinet dalam kerajaan Rudd dan Julia Gillard dari 2007 hingga 2013.

Anthony Albanese

Ahli Parlimen Australia
Gambar rasmi, 2022
Perdana Menteri Australia ke-31
Memegang jawatan
23 Mei 2022
RajaElizabeth II
Charles III
Gabenor JeneralDavid Hurley
TimbalanRichard Marles
Didahului olehScott Morrison
Ketua Parti Buruh Australia
Memegang jawatan
30 Mei 2019
TimbalanRichard Marles
Didahului olehBill Shorten
Ketua Pembangkang
Dalam jawatan
30 Mei 2019 – 23 Mei 2022
Perdana MenteriScott Morrison
TimbalanRichard Marles
Didahului olehBill Shorten
Digantikan olehScott Morrison
Timbalan Perdana Menteri Austalia ke-15
Dalam jawatan
27 Jun 2013 – 18 September 2013
Perdana MenteriKevin Rudd
Didahului olehWayne Swan
Digantikan olehWarren Truss
Timbalan Ketua Parti Buruh Australia
Dalam jawatan
26 Jun 2013 – 13 Oktober 2013
PemimpinKevin Rudd
Didahului olehWayne Swan
Digantikan olehTanya Plibersek
Menteri Infrastruktur dan Pengangkutan
Dalam jawatan
3 Disember 2007 – 18 September 2013
Perdana Menteri
Didahului olehMark Vaile
Digantikan olehWarren Truss
Menteri Pembangunan Wilayah dan Kerajaan Tempatan
Dalam jawatan
3 Disember 2007 – 14 September 2010
Perdana Menteri
  • Kevin Rudd
  • Julia Gillard
Didahului olehJim Lloyd
Digantikan olehSimon Crean
Anggota Parlimen Australia
untuk Grayndler
Memegang jawatan
2 Mac1996
Didahului olehJeannette McHugh
Butiran peribadi
Lahir (1963-03-02) 2 Mac 1963 (umur 61)
Darlinghurst, New South Wales, Australia
Parti politikParti Buruh Australia
PasanganCarmel Tebbutt (k. 2000; sep. 2019)
Rakan kongsi
domestik
Jodie Haydon (2021–present)
Anak-anak1
Alma materUniversiti Sydney (Ijazah Sarjana Muda Ekonomi)
Laman web rasmianthonyalbanese.com.au
Nama samaranAlbo

Albanese dilahirkan di Sydney kepada bapa berbangsa Itali dan ibu berbangsa Ireland, ibunya membesarkannya seorang diri selepas bercerai. Beliau menghadiri St Mary's Cathedral College, sebelum pergi ke Universiti Sydney untuk belajar bidang ekonomi. Beliau menyertai ALP sebagai pelajar, dan bekerja sebagai pegawai parti dan pegawai penyelidik sebelum menjadi Ahli Parlimen. Albanese telah dipilih ke Dewan Perwakilan pada pilihan raya 1996 dan memenangi kerusi Grayndler di New South Wales. Beliau pertama kali dilantik ke Kabinet Bayangan pada tahun 2001 oleh Simon Crean dan terus berkhidmat dalam beberapa peranan, akhirnya menjadi Pengurus Perniagaan Pembangkang pada tahun 2006.

Selepas kemenangan ALP dalam pilihan raya 2007, Albanese dilantik sebagai Ketua Dewan, dan juga dilantik sebagai Menteri Pembangunan Wilayah dan Kerajaan Tempatan dan Menteri Infrastruktur dan Pengangkutan. Dalam ketegangan kepimpinan berikutnya antara Kevin Rudd dan Julia Gillard dari 2010 hingga 2013, Albanese secara terbuka mengkritik tingkah laku kedua-dua pemimpin sekaligus menyeru kepada perpaduan parti. Selepas menyokong Rudd dalam undian kepimpinan terakhir antara kedua-duanya pada Jun 2013, Albanese telah dipilih sebagai Timbalan Ketua Parti Buruh dan mengangkat sumpah sebagai Timbalan Perdana Menteri pada hari berikutnya.

Berikutan kekalahan ALP dalam pilihan raya 2013, Albanese menentang Bill Shorten dalam pemilihan kepimpinan berikutnya, yang pertama melibatkan ahli parti selain ahli Parlimen. Walaupun Albanese memenangi majoriti besar dari ahli parti, Shorten pula menangi lebih banyak undian di kalangan Ahli Parlimen Buruh dan sekaligus memenangi pertandingan itu; Shorten yang kemudiannya melantik Albanese ke Kabinet Bayangannya. Selepas kekalahan mengejut ALP dalam pilihan raya 2019, Shorten meletak jawatan dan Albanese menjadi satu-satunya orang yang dicalonkan dalam pemilihan kepimpinan untuk menggantikannya; beliau kemudiannya dipilih tanpa bertanding sebagai ketua Parti Buruh, sekaligus sebagai Ketua Pembangkang . [4] [5]

Pada pilihan raya 2022, Albanese mengetuai partinya mencapai kemenangan yang menentukan menentang Gabungan Liberal-Nasional Scott Morrison, mencipta sejarah sebagai warga Itali Australia pertama menjadi Perdana Menteri. [6] Beliau mengangkat sumpah pada 23 Mei 2022, bersama empat rakan sekerja kanan hadapannya. [7] [8]

Kehidupan peribadi sunting

Pada tahun 2000, Albanese berkahwin dengan Carmel Tebbutt, bakal Timbalan Perdana Menteri New South Wales . [9] [10] Mereka telah bertemu di Buruh Muda pada akhir 1980-an, [11] dan mempunyai seorang anak lelaki bersama-sama. [12] [13] Kedua-duanya berpisah pada Januari 2019. [14] Pada Jun 2020, dilaporkan bahawa Albanese sedang menjalin hubungan [15] dengan Jodie Haydon . [16] Albanese berkata mereka telah bertemu pada majlis makan malam di Melbourne setahun selepas perpisahannya dengan Tebbutt. [17]

Nota sunting

 

Rujukan sunting

Bibliografi sunting

  • Middleton, Karen (2016). Albanese: Telling It Straight. Random House Australia. ISBN 9781925324730.

Pautan luar sunting

  1. ^ Middleton 2016, m/s. 240.
  2. ^ Webb, Tiger (30 May 2019). "Anthony Albanese can't decide how to pronounce his name, so don't ask him". ABC News. Dicapai pada 1 June 2019.
  3. ^ Wu, David (22 May 2022). "Five Labor MPs to be immediately sworn in ahead of key Quad trip". Sky News Australia. Dicapai pada 23 May 2022.
  4. ^ Murphy, Katharine (19 May 2019). "Anthony Albanese kicks off Labor leadership race with call for policy shift". The Guardian. Dicapai pada 20 May 2019.
  5. ^ Martin, Sarah (27 May 2019). "Anthony Albanese elected unopposed as Labor leader". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 May 2019.
  6. ^ "Australia election 2022: Scott Morrison to stand down as Liberal leader after conceding defeat; Labor hopeful of majority government – live update". the Guardian (dalam bahasa Inggeris). 21 May 2022. Dicapai pada 21 May 2022.
  7. ^ "Anthony Albanese sworn in as Prime Minister". The New Daily. 23 May 2022. Dicapai pada 23 May 2022.
  8. ^ Worthington, Brett (23 May 2022). "Anthony Albanese and four senior frontbenchers sworn in ahead of Quad trip". ABC News. Dicapai pada 23 May 2022.
  9. ^ Clennell, Andrew (24 May 2008). "The one that got away". Sydney Morning Herald. Dicapai pada 3 October 2012.
  10. ^ "Albanese denies Tebbutt's leadership ambitions". ABC News. Australia. 17 May 2009.
  11. ^ "The moment that changed Labor Leader Anthony Albanese". news.com.au. 19 March 2022. Dicapai pada 1 April 2022.
  12. ^ Bedo, Stephanie (7 January 2019). "Federal MP Anthony Albanese announces split with wife Carmel Tebbutt Albanese". News.com.au. Dicapai pada 7 January 2019.
  13. ^ Button, James (1 November 2019). "Picking up the pieces". The Monthly. Dicapai pada 13 November 2019.
  14. ^ Wright, Shane (7 January 2019). "Anthony Albanese announces split from wife Carmel Tebbutt". The Sydney Morning Herald. Dicapai pada 7 January 2019.
  15. ^ "Albo's bachelor days seem to be over as he wines and dines new partner". The Daily Telegraph. June 2020. Dicapai pada 27 September 2020.
  16. ^ Fellner, Carrie (9 January 2021). "'Trying to control the pain': Anthony Albanese released from hospital after car crash". The Sydney Morning Herald. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 January 2021. Dicapai pada 30 March 2021.
  17. ^ Gould, Courtney (24 February 2022). "Anthony Albanese opens up about marriage breakdown, new girlfriend". news.com.au. Dicapai pada 1 April 2022.


Ralat petik: Tag <ref> untuk kumpulan "nb" ada tetapi tag <references group="nb"/> yang sepadan tidak disertakan