Anthony Denis Davidson (lahir 18 April 1979) ialah seorang pemandu kereta lumba profesional, dan dilahirkan di Hemel Hempstead, Hertfordshire. Beliau dahulunya berlumba dalam Formula Satu untuk pasukan Minardi dan Super Aguri. Davidson pernah menjadi pemandu ujian/atau simpanan bagi pasukan British American Racing, Honda dan Brawn GP. Beliau kini merupakan seorang penganalisis untuk saluran Sky Sports F1 HD dan merupakan seorang pemandu kilang untuk pasukan Toyota Le Mans, dan pemandu simulator untuk Mercedes AMG Petronas.[1]

Anthony Davidson
Davidson pada tahun 2019
Lahir (1979-04-18) 18 April 1979 (umur 44)
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu
KewarganegaraanUnited Kingdom British
Tahun aktif2002, 2005, 20072008
TeamsMinardi, British American Racing, Super Aguri
Entri24
Kejuaraan0
Kemenangan0
Podium0
Mata kerjaya0
Petak pertama0
Pusingan terpantas0
Perlumbaan pertamaGrand Prix Hungary 2002
Perlumbaan terakhirGrand Prix Sepanyol 2008

Kerjaya sunting

Formula Satu sunting

BAR dan Minardi sunting

Pada akhir tahun 2000, Davidson menjadi pemandu ujian untuk British American Racing (BAR) bagi musim 2001.[2] Pada musim seterusnya, Davidson memulakan dua perlumbaan bagi pasukan Minardi, dengan menggantikan Alex Yoong selepas Yoong gagal melayakkan diri untuk 3 perlumbaan. Pada mulanya, Minardi mahukan Justin Wilson untuk mengantikan Yoong, tetapi beliau terlalu tinggi untuk muat di dalam kereta mereka.[3] Davidson memulakan kedua-dua Grand Prix Hungary dan Belgium di belakang rakan sepasukan, Mark Webber, dan gagal menamatkan kedua-dua perlumbaan.[4]

Beliau tidak diberi peluang untuk berlumba pada tahun 2003 dan kekal sebagai pemandu ujian di BAR. Pemandu untuk BAR pada tahun 2003 ialah Takuma Sato dan Jenson Button, yang menyertai pasukan tersebut dari Renault. Apabila Sato telah dinaikkan pangkat untuk menjadi pelumba bagi pasukan selepas Jacques Villeneuve meninggalkan BAR, Davidson diberikan peluang untuk menjadi pemandu ketiga pasukan. Ini amat berguna terutamanya pada tahun 2004 selepas BAR mencipta kereta ketiga untuk sesi latihan bebas pada hari Jumaat, dan Davidson memandu sebagai pemandu ujian bagi setiap Grand Prix bagi musim 2004.

Beliau telah diberikan peluang untuk berlumba, dengan mengantikan Sato untuk Grand Prix Malaysia 2005 kerana Sato kurang sihat. Namun Davidson gagal menamatkan perlumbaan tersebut.

Honda sunting

 
Davidson sebagai pemandu ketiga Honda di Grand Prix Amerika Syarikat 2006.

Pada tahun 2006, Davidson meneruskan peranannya sebagai pemandu ujian untuk BAR, yang kini dimiliki oleh Honda dan diberi nama baru, Honda Racing F1. Kerana BAR gagal untuk menjadi salah satu daripada empat pengeluar utama musim sebelumnya, Honda dibenarkan untuk menguji kereta ketiga mereka pada hari Jumaat dan ia memberikan peranan yang lebih besar kepada Davidson berbanding tahun 2005. Pada tahun 2008, Davidson kembali ke Honda sebagai pemandu ujian untuk menguji kereta mereka di Sepanyol, manakala pemandu ujian Honda, Alexander Wurz, berlumba di Le Mans.

Super Aguri sunting

 
Davidson memandu untuk Super Aguri di Grand Prix Brazil 2007.

Pada November 15, 2006, Super Aguri mengesahkan bahawa Davidson akan menjadi rakan pasukan Takuma Sato bagi musim 2007.[5] Oleh itu, beliau menjadi pemandu Formula Satu yang biasa buat kali pertama.

Ampaian belakang kereta Davidson di Grand Prix Hungary patah setelah berlanggar dengan kereta Giancarlo Fisichella, dan memaksanya untuk bersara. Davidson menamatkan musim di tempat ke-23 dan gagal mendapat sebarang tiada mata.

 
Davidson di Grand Prix Malaysia 2008.

Dalam kemelut masalah kewangan yang mengancam penyertaan mereka untuk terus berada dalam Formula Satu, Super Aguri tetap mengekalkan Davidson dan Sato untuk musim 2008. Walau bagaimanapun, pada 6 Mei 2008, Super Aguri menarik diri dari Formula Satu dan meninggalkan Davidson tanpa kerusi perlumbaan.

Kembali ke Honda sunting

Davidson telah diumumkan sebagai pemandu ujian untuk Honda bagi baki tahun 2008. Pada 5 Disember 2008, Honda menarik diri dari Formula Satu disebabkan masalah kewangan. Ross Brawn membeli pasukan pasukan tersebut dan membentuk Brawn GP, dan Davidson menjadi pemandu ujian bagi pasukan tersebut. Pada 16 November 2009, pembekal enjin, Mercedes-Benz, membeli Brawn GP dan dinamakan semula sebagai Mercedes GP. Davidson meneruskan tugasnya sebagai pemandu ujian dan pembangunan pasukan.

Mercedes (2011-kini) sunting

Davidson telah dikaitkan dengan beberapa pasukan baru yang menyertai Formula Satu pada musim 2010 seperti Virgin dan Lotus.[6] Walau bagaimanapun, Davidson tidak dapat menyertai mana-mana pasukan bagi musim 2010. Beliau kekal bersama Mercedes GP F1 Team sebagai pemandu simpanan dan simulator mereka pada tahun 2010 dan 2011, dan meneruskan peranan simulator beliau pada tahun 2012 dan 2013.

Permainan video Formula Satu Codemaster sunting

Davidson menjadi penasihat untuk Codemasters bagi permainan video F1 2009 (untuk Wii, PSP dan iPhone / iPod Touch) sejak tahun 2009, dan F1 2010 ( juga terdapat untuk PC) yang dikeluarkan pada September 2010. Reka bentuk topi keledarnya boleh dipilih oleh pemain yang bermain permainan video tersebut. Baru-baru ini beliau telah bekerja bersama Codemasters-Birmingham untuk permainan video F1 2011 dan F1 2012.

Kehidupan peribadi sunting

Pada 11 Ogos 2006, Davidson berkahwin dengan teman wanitanya, Carrie, di Banbury, Oxfordshire. Mereka kini menetap di Brackley.

Rekod perlumbaan sunting

Ringkasan kerjaya sunting

Musim Siri Pasukan Perlumbaan P/Pertama Kemenangan Mata Kedudukan
1999 British Formula Ford Winter Series Haywood Racing Preparations 5 5 5 47 Pertama
2000 Formula Renault 2000 Eurocup Manor Motorsport 1 0 0 4 Ke-29
TOCA British Formula Ford Haywood Racing 14 2 3 122 Ke-3
Formula Ford Festival World Cup 1 1 1 N/A Pertama
2001 Formula Satu British American Racing Pemandu ujian
British Formula Three Carlin Motorsport 26 7 6 272 Ke-2
European Formula Three Cup Series 4 1 2 N/A Pertama
Masters of Formula Three 1 0 0 N/A Ke-3
2002 Formula Satu Go KL Minardi Asiatech 2 0 0 N/A NC
Lucky Strike BAR Honda Pemandu ujian
2003 Formula Satu Lucky Strike BAR Honda Pemandu ujian
American Le Mans Series Veloqx/Prodrive Racing (GTS) 2 0 0 44 Ke-11
Le Mans 24 Hours 1 0 0 N/A NC
2004 Formula Satu Lucky Strike BAR Honda Pemandu ujian
2005 Formula Satu Lucky Strike BAR Honda 1 0 0 0 NC
2006 Formula Satu Lucky Strike Honda Racing F1 Team Pemandu ujian
2007 Formula Satu Super Aguri F1 Team 17 0 0 0 Ke-23
2008 Formula Satu Super Aguri F1 Team 4 0 0 0 Ke-22
Honda Racing F1 Team Pemandu ujian
2009 Formula Satu Brawn GP F1 Team Pemandu ujian
Le Mans 24 Hours Aston Martin Racing (LMP1) 1 0 0 N/A Ke-13
FIA GT Championship Nissan Motorsport (GT1) 1 0 0 N/A N/A
2010 American Le Mans Series Peugeot Sport (LMP1) 1 1 1 N/A N/A
Le Mans Series 1 0 0 11 Ke-15
Le Mans 24 Hours 1 0 0 N/A NC
2011 American Le Mans Series Peugeot Sport (LMP1) 2 0 1 N/A N/A
Le Mans Series 2 2 1 31 N/A
Le Mans 24 Hours 1 0 0 N/A Ke-4
Formula Satu Mercedes GP Pemandu ujian
2012 Le Mans 24 Hours Toyota Motorsport GmbH (LMP1) 1 0 0 N/A DNF
2013 Formula Satu Mercedes AMG Petronas F1 Team Pemandu ujian
World Endurance Championship Toyota Racing (LMP1) 2 0 0 27 Ke-3*

* Musim sedang dijalankan.
Di samping bersaing dalam perlumbaan 24 Hours of Le Mans, Peugeot Sport hanya bertanding dalam acara terpilih dalam Le Mans 2010 dan American Le Mans Series.

Keputusan lengkap Formula Satu sunting

(kunci)

Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Kemasukan Casis Enjin 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 WDC Mata
2002 KL Minardi Asiatech Minardi PS02 Asiatech AT02 3.0 V10 AUS
MAL
BRA
SMR
ESP
AUT
MON
CAN
EUR
GBR
FRA
GER
HUN
Ret
BEL
Ret
ITA
USA
JPN
NC 0
2004 Lucky Strike BAR Honda BAR 006 Honda RA004E 3.0 V10 AUS
TD
MAL
TD
BHR
TD
SMR
TD
ESP
TD
MON
TD
EUR
TD
CAN
TD
USA
TD
FRA
TD
GBR
TD
GER
TD
HUN
TD
BEL
TD
ITA
TD
CHN
TD
JPN
TD
BRA
TD
- -
2005 Lucky Strike BAR Honda BAR 007 Honda RA005E 3.0 V10 AUS
MAL
Ret
BHR
SMR
ESP
MON
EUR
CAN
USA
FRA
GBR
GER
HUN
TUR
ITA
BEL
BRA
JPN
CHN
NC 0
2006 Lucky Strike Honda
Racing F1 Team
Honda RA106 Honda RA806E 2.4 V8 BHR
TD
MAL
TD
AUS
TD
SMR
TD
EUR
TD
ESP
TD
MON
TD
GBR
TD
CAN
TD
USA
TD
FRA
TD
GER
TD
HUN
TD
TUR
TD
ITA
TD
CHN
TD
JPN
TD
BRA
TD
- -
2007 Super Aguri F1 Super Aguri SA07 Honda RA807E 2.4 V8 AUS
16
MAL
16
BHR
16
ESP
11
MON
18
CAN
11
USA
11
FRA
Ret
GBR
Ret
EUR
12
HUN
Ret
TUR
14
ITA
14
BEL
16
JPN
Ret
CHN
Ret
BRA
14
Ke-23 0
2008 Super Aguri F1 Super Aguri SA08 Honda RA808E 2.4 V8 AUS
Ret
MAL
15
BHR
16
ESP
Ret
TUR
MON
CAN
FRA
GBR
GER
HUN
EUR
BEL
ITA
SIN
JPN
CHN
BRA
Ke-22 0

Keputusan 24 Hours of Le Mans sunting

Tahun Kelas No Tayar Kereta Pasukan Pemandu kedua Pusingan Ked. Ked
kelas.
2003 GTS 80 M Ferrari 550-GTS Maranello
Ferrari F131 5.9L V12
  Veloqx Prodrive Racing   Kelvin Burt
  Darren Turner
176 DNF DNF
2009 LMP1 008 M Lola-Aston Martin B09/60
Aston Martin 6.0L V12
  Aston Martin Racing   Darren Turner
  Jos Verstappen
342 Ke-13 Ke-11
2010 LMP1 1 M Peugeot 908 HDi FAP
Peugeot HDi 5.5L Turbo V12
(Diesel)
  Team Peugeot Total   Alexander Wurz
  Marc Gené
360 DNF DNF
2011 LMP1 7 M Peugeot 908
Peugeot HDi 3.7L Turbo V8
(Diesel)
  Peugeot Sport Total   Alexander Wurz
  Marc Gené
351 Ke-4 Ke-4
2012 LMP1 8 M Toyota TS030 Hybrid
Toyota 3.4L Hybrid V8
  Toyota Racing   Sébastien Buemi
  Stéphane Sarrazin
82 DNF DNF

Keputusan lengkap FIA World Endurance Championship sunting

Tahun Kemasukan Kelas Casis Enjin Tayar 1 2 3 4 5 6 7 8 Kedudukan Mata
2012 Toyota Racing LMP1 Toyota TS030 Hybrid Toyota 3.4 L V8 (Hybrid) M SEB SPA LMN
Ret
SIL SAO BHR FUJ SHA NC N/A
2013 Toyota Racing LMP1 Toyota TS030 Hybrid Toyota 3.4 L V8 (Hybrid) M SIL
3
SPA
4
LMN SAO CTA FUJ SHA BHR Ke-3* 27*

* Musim sedang dijalankan.

Rujukan sunting

  1. ^ "Bio Twitter Anthony Davidson". Twitter. Dicapai pada 2010-07-23.
  2. ^ "BAR menandatangani Anthony Davidson sebagai pemandu ujian". GPUpdate.net. 2000-12-04. Dicapai pada 2011-01-30.
  3. ^ "Right Here, Right Now". www.justinwilson.co.uk. 2008. Dicapai pada 2008-05-06.
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan davidsonf1fbio tidak disediakan
  5. ^ "Davidson disahkan di Super Aguri". Grandprix.com. 2006-11-15. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-11-17. Dicapai pada 2006-11-15. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  6. ^ [1] Eurosport.Yahoo.com 6 November 2009

Pautan luar sunting