Anthony Kiedis (lahir 1 November 1962) ialah seorang pemuzik, penyanyi dan pelakon dari Amerika Syarikat. Beliau mengetuai kugiran Red Hot Chili Peppers sebagai vokalis utama ia.

Anthony Kiedis
Red Hot Chili Peppers - Rock am Ring 2016 -2016156230933 2016-06-04 (cropped).jpg
Kiedis pada tahun 2016
Latar belakang
Juga dikenali sebagai
Tony
Cole Dammett
Tony Flow
Antoine the Swan[1]
Kelahiran (1962-11-01) 1 November 1962 (umur 58)
Grand Rapids, Michigan, Amerika Syarikat
Genre
Pekerjaan
  • Pemuzik
  • Penyanyi
  • Penulis lagu
  • Pelakon
Instrumen
  • Vokal
  • gitar
Tahun aktif1983–kini
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Red Hot Chili Peppers
Laman sesawang
redhotchilipeppers.com

Awal hidup dan pendidikanSunting

Kiedis lahir di bandar Grand Rapids, negeri Michigan pada tahun 1962. Ibunya Margaret "Peggy" Noble, seorang suri rumah mananakala ayahnya John Michael Kiedis seorang pelakon di bawah nama Blackie Dammett;[2] keluarga sebelah ayahnya imigran dari Lithuania pada tahun 1900-an.[3] Kedua ibu bapanya bercerai pada usia 3 tahun, di mana Anthony tinggal dibesarkan ibunya di Grand Rapids, ibunya berkahwin lagi lalu mempunyai dua adik perempuan tiri hasil hubungan tersebut.[4]

Anthony sering berkunjung melawat bapanya di Hollywood selama dua minggu - hubungan bersama begitu rapat pada ketika ini.[5] Beliau berpindah ke California untuk hidup bersama bapanya pada 1974 ketika berusia 12 tahun.[6] Di sana, Anthony menceburi lakonan di bawah nama Cole Dammett dengan filem F.I.S.T. tahun 1978 sebagai anak watak lakonan Sylvester Stallone antara lainnya.

Kiedis bersekolah di Fairfax High School di Los Angeles; pada ketika itu beliau susah berkawan memandangkan beliau baru sahaja berpindah negeri. Namun, beliau berkenalan dengan Michael "Flea Balzary dalam suatu perbalahan, namun lama-kelamaan mereka menjalin suatu persahabatan yang rapat dan "tahan lama".[7][8] Dia turut memperkenalkan Flea kepada muzik punk rock - Flea sudah tahu menahu hal bidnag muzik dengan minatnya terhadap genre jazz pada ketika itu

Kerjaya permuzikanSunting

Kiedis, Flea dan Slovak memulakan kugiran mereka sendiri, Red Hot Chili Peppers, pada tahun 1984.

DiscografiSunting

Bersama Red Hot Chili Peppers

FilemografiSunting

Di bawah nama Cole Dammett
  • F.I.S.T. (1978) sebagai Kevin Kovak
  • ABC Afterschool Special (1978, episod "It's a Mile from Here to Glory") sebagai Jimmy Plummer
  • Jokes My Folks Never Told Me (1978) sebagai watak pelajar
Di bawah nama sendiri

RujukanSunting

Pautan luarSunting

  1. ^ "Nicknames". Anthony Kiedis.net. 24 Julai 2011. Dicapai pada 24 Jun 2013.
  2. ^ Kiedis, Sloman, 2004. p. 39
  3. ^ Kiedis, Sloman, p. 9
  4. ^ Kiedis, Sloman, p. 14
  5. ^ Kiedis, Sloman, p. 21
  6. ^ Sutton, Michael. "Anthony Kiedis | Biography & History". AllMusic. Dicapai pada 26 November 2017.
  7. ^ Apter, 2004. p. 34
  8. ^ Apter, 2004. p. 35