Loke Siew Fook

ahli politik Malaysia
(Dilencongkan dari Anthony Loke Siew Fook)

YB Tuan Anthony Loke Siew Fook (Cina ringkas: 陆兆福Cina tradisional: 陸兆福pinyin: Lù Zhào Fú; lahir 28 April 1977) merupakan ahli politik Malaysia berketurunan Cina. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Kabinet Perdana Menteri Malaysia ke-10, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan memegang portolio sebagai Menteri Pengangkutan Malaysia dan Ahli Parlimen Seremban serta Ahli Dewan Undangan Negeri Chennah. Di peringkat parti, beliau memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP)[1].

Yang Berhormat Tuan

Anthony Loke Siew Fook
陆兆福
Menteri Pengangkutan
Memegang jawatan
3 Disember 2022
Raja Pahang Darul Makmur Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Timbalan Kamarudin Jaffar
Didahului oleh Liow Tiong Lai
Digantikan oleh Wee Ka Siong
Dalam jawatan
21 Mei 2018 – 24 Februari 2020
Raja Kelantan Muhammad V
(2018–2019)
Pahang Darul Makmur Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
(2019–2020)
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Seremban, Negeri Sembilan
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Dalam jawatan
24 Jun 2013 – 10 Oktober 2022
Didahului oleh John Fernandez
Majoriti55,503 (2018)
Anggota Dewan Undangan Negeri Sembilan
untuk Chennah
Memegang jawatan
Mei 2013
Didahului oleh Siow Chen Pin
Majoriti
  • 1,098 (2013)
  • 1,155 (2018)
  • 2,200 (2023)
Setiausaha Agung
Parti Tindakan Demokratik
Memegang jawatan
20 Mac 2022
Didahului olehLim Guan Eng
Pengerusi
Parti Tindakan Demokratik
Negeri Sembilan
Memegang jawatan
2004
Didahului oleh Kerk Kim Hock
Butiran peribadi
Lahir (1977-04-28) 28 April 1977 (umur 46)
Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Parti politik PH-DAP
PasanganNg Chi Ling
Alma materUniversiti Kebangsaan Malaysia
Universiti Malaya
Kabinet1. Kabinet Malaysia 2018
2. Kabinet Malaysia 2022

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai ahli kabinet Perdana Menteri Malaysia ke-7, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad juga memegang portfolio sebagai Menteri Pengangkutan Malaysia.

Pendidikan awal sunting

Beliau memulakan pendidikan awal dan menengahnya di St.Paul's Institution di Seremban.[2] Pada tingkatan 6 pula, beliau belajar di SMK Seri Ampangan. Beliau melanjutkan pelajarannya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi dan memperolehi Ijazah dalam Pembangunan Sains dan merupakan calon Ijazah Pentadbiran Awam Universiti Malaya.

Kerjaya sunting

Beliau mula menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP) pada tahun 1994 dan bertugas sebagai ahli biasa. Pada tahun 2002, beliau memulakan perkhidmatan sebagai Eksekutif projek khas [3].

Pada 24 Julai 2013, 24 beliau didakwa di mahkamah pada 24 Julai ini atas dakwaan menganjurkan perhimpunan haram di Padang Merbok, 22 Jun lalu. Beliau diperintah hadir ke Mahkamah Majistret Jalan Duta, di sini, jam 8.00 pagi pada 24 Julai ini. [4]

Menteri Malaysia sunting

Pada pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Seremban untuk parti DAP. Pada 18 Mei 2018, Perdana Menteri Mahathir bin Mohamad telah melantik beliau untuk jawatan Menteri Pengangkutan Malaysia berkuat kuasa 21 Mei 2018.[5][6]

Keputusan pilihan raya sunting

Dewan Undangan Negeri Sembilan[7][8][9][10]
Tahun Kerusi Undi Peratus undian Pembangkang Undi Peratus undian Jumlah pengundi Majoriti Turnout
2004 N11 Lobak Loke Siew Fook (DAP) 5,991 59% Khoo Seng Hock (BN MCA) 4,149 41% 10,140 1,842 71%
2008 Loke Siew Fook (DAP) 9,244 80% Siow Koi Loon (BN MCA) 2,316 20% 11,560 6,928 77%
2013 N1 Chennah Loke Siew Fook (DAP) 5,128 55% Siow Foo Wen (BN MCA) 4,030 43% 9,372 1,098 84%
2018 Loke Siew Fook (PH DAP) 5,031 51% Seet Tee Gee (BN MCA) 3,876 39% 9,882 1,155 82%
Jamalus Mansor (PAS) 975 10%
2023 Loke Siew Fook (PH-DAP) 5,888 Rosmadi Arif (PN-Bersatu) 3,688 2,200
Parlimen Malaysia[7][8][9][10]
Tahun Kerusi Undi Peratus undi Pembangkang Undi Peratus undi Jumlah pengundi Majoriti Turnout
2008 P130 Rasah, Negeri Sembilan Loke Siew Fook (DAP) 34,271 48% Yeow Chai Thiam (BN MCA) 21,120 29% 72,115 13,151 79%
2013 P128 Seremban, Negeri Sembilan Loke Siew Fook (DAP) 45,628 52% Yeow Chai Thiam (BN MCA) 33,075 38% 87,617 12,553 86%
Abd Halim Abdullah (Berjasa) 6,866 8%
John Fernandez (BEBAS) 221 ≥1%
Bujang Abu (BEBAS) 83 ≥1%
2018 Loke Siew Fook (PH DAP) 55,503 60% Chong Sin Woon (BN MCA) 24,809 27% 110,168 30,694 85%
Shariffuddin Ahmad (PAS) 11,506 13%
2022 Loke Siew Fook (PH DAP) 63,920 Fadli Che Me (PN PAS) 33,076 30,844
Felicia Wong (BN MCA) 24,584
Mohamad Jani Ismail (Pejuang) 1,336
Izzat lesly (Bebas) 373

Rujukan sunting

  1. ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/03/936454/anthony-loke-dilantik-setiausaha-agung-baharu-dap
  2. ^ http://www.blogger.com/profile/10547609249365818970
  3. ^ http://www.dapmalaysia.org/all-archive/English/2002/jul02/bul/bul1681.htm
  4. ^ Ramai pemimpin PR bakal hilang kelayakan wakil rakyat.
  5. ^ Raja Rahim, Raja Noraina (10 May 2018). "PKR wins big in Negri Sembilan". New Straits Times. Dicapai pada 12 May 2018.
  6. ^ "DAP's Anthony Loke wins Seremban parliamentary seat". The Star (Malaysia). 10 May 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-13. Dicapai pada 13 May 2018.
  7. ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 4 February 2017.CS1 maint: unrecognized language (link) Percentage figures based on total turnout.
  8. ^ a b "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 election.
  9. ^ a b "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  10. ^ a b "Malaysia General Election 2018". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-17. Dicapai pada 11 May 2018. Results for 2018 election.

Pautan luar sunting