Anthony Vanden Borre

Pemain bola sepak Belgium

Anthony Henri Vanden Borre (lahir 24 Oktober 1987) merupakan pemain bola sepak Belgium yang bermain di Liga Pro Belgium, Anderlecht. Beliau telah mempunyai 25 kaps bersama pasukan kebangsaan Belgium. Beliau bermain di posisi bek tengah dan sayap kanan.

Anthony Vanden Borre
Maklumat peribadi
Nama penuh Anthony Henri Vanden Borre[1]
Tarikh lahir (1987-10-24) 24 Oktober 1987 (umur 36)
Tempat lahir Likasi, Zaire
Ketinggian 1.85 m (6 ka 1 in)
Posisi permainan Bek kanan / Sayap kanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Anderlecht
Nombor 39
Kerjaya remaja
1995–2003 Anderlecht
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2003–2007 Anderlecht 68 (3)
2007–2008 Fiorentina 2 (0)
2008–2010 Genoa 31 (0)
2009–2010Portsmouth (pinjaman) 19 (0)
2010–2012 Genk 42 (1)
2013– Anderlecht 28 (0)
Pasukan kebangsaan
2001–2003 Belgium B16 19 (5)
2003–2004 Belgium B17 12 (3)
2004–2008 Belgium B21 11 (3)
2004– Belgium 26 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 4 November 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 4 November 2014

Kehidupan awal sunting

Anthony Vanden Borre telah dilahirkan di Likasi, Zaire, Vanden Borre berpindah ke Belgium pada usia yang muda. Bapa beliau merupakan orang Belgium manakala ibu beliau orang Congo,[2]

Kerjaya kelab sunting

Anderlecht sunting

Vanden Borre telah berlatih d Anderlecht sejak remaja lagi. Pada masa itu, beliau mempunyai teman rapat iaitu Vincent Kompany. Beliau membuat debut dalam kejohanan regular ketika beliau berusia 16 tahun dan 187 hari.[3] Sebulan selepas itu, Vanden Borre menandatangani kontrak bersama Anderlecht sehingga 2007.[4] Pada 2005, beliau memasuki perlawanan Eropah buat pertama kalinya dalam Liga Juara-Juara UEFA menentang Chelsea. Anderlecht tewas kepada juara Inggeris itu 0-1.[5] Beliau akhirnya menjaringkan gol rasmi buat pertama kalinya ketika menentang K.S.V. Roeselare 5–1 apabila beliau menjaringkan gol pembukaan.

Semasa di Anderlecht, Vanden Borre berasa ingin berpindah ke kelab lain seperti Hamburger,[6] Ajax,[7] Inter Milan,[8] Real Betis,[9] Tottenham Hotspur,[10] Juventus[11] dan Lazio.[12] Tetapi beliau masih setia bersama Anderlecht apabila menandatangani kontrak baharu sehingga 2010, ketika musim 2005-06.[13]

Kerjaya di Itali sunting

Vanden Borre menyertai kelab Itali, Fiorentina pada 1 Jun 2007 dengan bayaran sebanyak 3.5 juta euro dengan kontrak selama empat tahun di mana beliau bersama kelab itu sehingga 2012.[14] Beliau membuat debut Serie A pada 7 Oktober menentang Juventus.[15]

Pada 19 Januari, Vanden Borre berpindah sekali lagi. Kali ini, beliau berpindah ke kelab Seria A, Genoa dalam pinjaman.[16] Selepas pemindahan, Vanden Borre berkata Genoa merupakan peluang besar untuk bermain.[17] Pada 8 Mac 2008, Vanden Borre membuat debut bersama Genoa dalam pemian gantian pada minit ke-78 apabila tewas kepada Juventus 0-2.[18] Dalam temu ramah bola sepak Belgium, beliau menyatakan ingin kekal bersama Genoa kerana beliau gembira di sana.[19] Dalam musim penuh di Genoa, Vanden Borre membuat 25 penampilan bersama kelab di bawah pengurus Gian Piero Gasperini.[20]

Portsmouth sunting

Pada 13 Ogos 2009, Vanden Borre menyertai Portsmouth dalam semusim sebagai pinjaman.[21][22] Beliau membuat debut pertama bersama Portsmouth pada 19 Ogos 2009 menentang Birmingham. Beliau menjaringkna gol pertamanya untuk Portsmouth dalam Piala Liga Inggeris, 3-2 menentang Carlisle United pada 22 September 2009.[23] Pada 6 Februari 2010, beliau menjaringkan gol sendiri dalam perlawanan tewas 0-5 kepada Manchester United. Dalam penamat musim, pengurus baru Steve Cotterill menyatakan Vanden Borre tidak kekal di kelab tersebut dan mungkin akan berpindah ke kelab Jerman, FC Köln.[24]

Genk sunting

Vanden Borre menyatakan beliau berpindah ke kelab Belgium, Genk sebanyak €350,000.[25] Beliau menandatangani kontrak selama dua tahun bersama Genk.[26]

Seminggu selepas menjadi pemain Genk, beliau membuat debut bersama Genk dengan menggantika pemain Kevin De Bruyne pada minit ke-78 dalam perlawanan kemenangan 3-2 ke atas Kortrijk pada 22 Januari 2011. Dalam perlawanan terakhir Liga Pro Jupiler, beliau menerima dua kad kuning dalam perlawanan seri 1-1 menentang Standard Liège.

Dalam musim seterusnya, Vanden Borre bersama skuad Genk untuk kempen Liga Juara-Juara di mana layak ke peringkat kumpulan. Dalam perlawanan menentang Zulte Waregem pada 15 Januari 2012, beliau menerima kad kuning pada minit ke-18 sebelum dikeluarkan pada minit ke-78. Dalam perlawanan PlayOFF I, Vanden Borre menjaringkan gol pertamanya untuk Genk ketika menentang bekas kelabnya Anderlecht 3-2 pada 14 April 2012.[27] Dalam hujung musim, beliau dilihat tidak menandatangani kontrak baru dan mungkin meninggalkan kelab.[28] Pada bulan Oktober, beliau menyertai kelab Ukraine, Tavriya Simferopol sehingga pengakhiran musim.[29] Tetapi waktu beliau di Ukraine tidak kekal lama.

Pulang ke Anderlecht sunting

Pada 2013, selepas lima tahun berpindah dari kelab tersebut, Vanden Borre pulang semula ke Anderlecht sehingga pengakhiran musim selepas diberi peluang kedua oleh pengurus Herman Van Holsbeeck.[30] Vanden Borren membuat debut liga bersama Anderlecht pada 16 Mac 2013 dengan menggantikan Ronald Vargas dalam perlawanan seri 1-1 menentang Genk.[31]

Kerjaya antarabangsa sunting

Vanden Borre memegang dua kewarganegaraan iaitu Belgium dan Republik Demokratik Congo. Vanden Borre bermain dalam perlawanan antarabangsa pertama bersama Belgium pada usia 16 tahun, beliau menggantikan Eric Deflandre pada minit terakhir apabila Belgium tewas 2-3 kepada Turki pada 28 April 2004. Setahun kemudian pada 4 Jun 2005, Vanden Borre membuat penampilan penuh dalam perlawanan seri 0-0 menentang Serbia dan Montenegro. Vanden Borre juga memasuki skuad Belgium dalam Kejohanan Bola Sepak bawah-17 UEFA 2007[32] dan Sukan Olimpik Musim Panas 2008 di Beijing.[33]

Pada 13 Mei 2014, Vanden Borre telah disenaraikan dalam skuad Belgium untuk Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil.[34]

Penghargaan sunting

Anderlecht
Portsmouth
Genk

Kerjaya statistik sunting

Club statistics
Kelab Musim Liga Piala Piala Liga Lain Jumlah
Divisyen Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol
Anderlecht 2003–04[35] Divisyen Pertama Belgium 8 0 0 0 0 0 8 0
2004–05[36] Divisyen Pertama Belgium 19 0 0 0 7[a] 0 26 0
2005–06[37] Divisyen Pertama Belgium 22 3 0 0 8[b] 0 30 3
2006–07[38] Divisyen Pertama Belgium 20 0 3 0 6[b] 1 29 1
Jumlah 69 3 3 0 21 1 93 4
Fiorentina 2007–08[39] Serie A 2 0 1 0 2[c] 0 5 0
Genoa 2007–08[40] Serie A 6 0 0 0 6 0
2008–09[41] Serie A 25 0 2 0 27 0
2009–10[42] Serie A 0 0 0 0 0 0 0 0
2010–11[43] Serie A 0 0 0 0 0 0
Jumlah 31 0 2 0 0 0 33 0
Portsmouth (dipinjam) 2009–10[44] Liga Perdana Inggeris 19 0 2 0 4 1 25 1
Genk 2010–11[45] Liga Pro Belgium 16 0 0 0 16 0
2011–12[46] Liga Pro Belgium 26 1 1 0 1[d] 0 28 1
Jumlah 42 1 1 0 1 0 44 1
Anderlecht 2012–13[47] Liga Pro Belgium 1 0 0 0 0 0 1 0
2013–14[48] Liga Pro Belgium 21 0 1 0 3[b] 0 25 0
Jumlah 22 0 1 0 3 0 26 0
Jumlah kerjaya 185 4 10 0 4 1 27 1 226 6
  1. ^ 6 pemunculan dalam Liga Juara-Juara UEFA, 1 pemunculan dalam Piala Super Belgium
  2. ^ a b c Pemunculan dalam Liga Juara-Juara UEFA
  3. ^ Pemunculan dalam Piala UEFA
  4. ^ Pemunculan dalam Piala Super Belgium

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Arena Pihak lawan Skor Keputusan Kejohanan
1. 11 Mei 2006 Wagner & Partners Stadion, Sittard, Belanda   Arab Saudi
2–1
2–1
Persahabatan

Rujukan sunting

  1. ^ "2014 FIFA World Cup Brazil: List of Players" (PDF). FIFA. 11 June 2014. m/s. 4. Dicapai pada 10 July 2014.
  2. ^ http://www.genoaclubamsterdam.com/2008/01/18/belgium-anthony-vanden-borre-4th-arrival/
  3. ^ "Belgian record for Vanden Borre". UEFA.com. 23 April 2004. Dicapai pada 23 April 2013.
  4. ^ "Anderlecht get more of Vanden Borre". UEFA.com. 18 October 2004. Dicapai pada 23 April 2013.
  5. ^ "Chelsea 1-0 Anderlecht". BBC Sport. 13 September 2005. Dicapai pada 23 April 2013.
  6. ^ "Doll targets new additions". Sky Sports. 25 August 2005. Dicapai pada 23 April 2013.
  7. ^ "Ajax eye Anderlecht duo". Sky Sports. 11 October 2005. Dicapai pada 23 April 2013.
  8. ^ "Inter in for Vanden Borre". Sky Sports. 22 October 2005. Dicapai pada 23 April 2013.
  9. ^ name="Race on for Anderlecht ace">"Race on for Anderlecht ace". Sky Sports. 13 December 2005. Dicapai pada 21 April 2013.
  10. ^ name="Race on for Anderlecht ace"
  11. ^ "EXCLUSIVE TMW - The agent Stina: "By the end of month meeting Juve-Anderlecht for Vanden Borre"" (dalam bahasa Italian). Tutto Mercato Web. 14 February 2007. Dicapai pada 23 April 2013. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  12. ^ "The Lazio thinks Vanden Borre" (dalam bahasa Italian). Tutto Mercato Web. 6 December 2006. Dicapai pada 23 April 2013. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  13. ^ "Vanden Borre commits to Anderlecht". UEFA.com. 21 February 2006. Dicapai pada 23 April 2013.
  14. ^ "Fiorentina, Corvino: "Vanden Borre for negotiation, agreement far"" (dalam bahasa Italian). Tutto Mercato Web. 7 March 2007. Dicapai pada 23 April 2013. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  15. ^ "Fiorentina, Vanden Borre: "In Florence I learn although I do not play"" (dalam bahasa Italian). Tutto Mercato Web. 20 October 2007. Dicapai pada 23 April 2013. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  16. ^ Genoa sign pair
  17. ^ "Genoa, Vanden Borre, "I have a great opportunity in front of"" (dalam bahasa Italian). Tutto Mercato Web. 24 January 2008. Dicapai pada 23 April 2013. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  18. ^ "Genoa 0-2 Juventus" (dalam bahasa Dutch). Voetbal International. 9 March 2008. Dicapai pada 23 April 2013. horizontal tab character in |title= at position 10 (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  19. ^ "Genoa, Vanden Borre: "Happy to stay here"" (dalam bahasa Italian). Tutto Mercato Web. 21 May 2008. Dicapai pada 23 April 2013. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  20. ^ "The agent Vanden Borre: "He wants to stay in Genoa"" (dalam bahasa Italian). Tutto Mercato Web. 23 June 2009. Dicapai pada 23 April 2013. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  21. ^ Vanden Borre Joins Blues
  22. ^ "Belgium midfielder joins Pompey". BBC Sport. 13 August 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-08-14. Dicapai pada 13 August 2009. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  23. ^ name="Carlisle">"Carlisle 1 – 3 Portsmouth". BBC. 22 September 2009. Dicapai pada 26 September 2009.
  24. ^ "Vanden Borre snubs Pompey". Sky Sports. 18 August 2010. Dicapai pada 23 April 2013.
  25. ^ "EXCLUSIVE TMW - Genoa, Vanden Borre to Genk" (dalam bahasa Italian). Tutto Mercato Web. 1 September 2010. Dicapai pada 23 April 2013. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  26. ^ "Official: RC Genk sign former Portsmouth defender Anthony Vanden Borre from Genoa". Goal.com. 7 September 2010. Dicapai pada 23 April 2013.
  27. ^ "Vanden Borre overhauled a Anderlecht driver" (dalam bahasa Dutch). Nieuwsblad. 17 April 2012. Dicapai pada 23 April 2013. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  28. ^ "Anthony Vanden Borre has to go at Racing Genk" (dalam bahasa Dutch). Nieuwsblad. 31 March 2012. Dicapai pada 23 April 2013. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  29. ^ ""Tavria" signed Belgian defender" (dalam bahasa Russian). UA Football. 17 October 2012. Dicapai pada 23 April 2013. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  30. ^ "Anderlecht gets back Anthony Vanden Borre" (dalam bahasa Dutch). Nieuwsblad. 29 January 2013. Dicapai pada 23 April 2013. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  31. ^ "Vanden Borre for the first time at the core" (dalam bahasa Dutch). Nieuwsblad. 16 March 2013. Dicapai pada 23 April 2013. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  32. ^ "Belgium deprived of key trio". UEFA.com. 29 May 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-06-01. Dicapai pada 23 April 2013.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  33. ^ "Belgian - Squad List of Olympics". FIFA.com. Dicapai pada 23 April 2013.
  34. ^ "Adnan Januzaj included in Belgium's World Cup squad". BBC. 13 May 2014. Dicapai pada 13 May 2014.
  35. ^ "Anthony Vanden Borre: Season 2003/04". FootballDatabaseEU. Dicapai pada 22 February 2014.
  36. ^ "Anthony Vanden Borre: Season 2004/05". FootballDatabaseEU. Dicapai pada 22 February 2014.
  37. ^ "Anthony Vanden Borre: Season 2005/06". FootballDatabaseEU. Dicapai pada 22 February 2014.
  38. ^ "Anthony Vanden Borre: Season 2006/07". FootballDatabaseEU. Dicapai pada 22 February 2014.
  39. ^ name="footballdatabase.eu">"Anthony Vanden Borre: Season 2007/08". FootballDatabaseEU. Dicapai pada 22 February 2014.
  40. ^ name="footballdatabase.eu"
  41. ^ "Anthony Vanden Borre: Season 2008/09". FootballDatabaseEU. Dicapai pada 22 February 2014.
  42. ^ name="http">"Anthony Vanden Borre: Season 2009/10". FootballDatabaseEU. Dicapai pada 22 February 2014.
  43. ^ name="ReferenceA">"Anthony Vanden Borre: Season 2010/11". FootballDatabaseEU. Dicapai pada 22 February 2014.
  44. ^ name="http"
  45. ^ name="ReferenceA"
  46. ^ "Anthony Vanden Borre: Season 2011/12". FootballDatabaseEU. Dicapai pada 22 February 2014.
  47. ^ "Anthony Vanden Borre: Season 2012/13". FootballDatabaseEU. Dicapai pada 22 February 2014.
  48. ^ "Anthony Vanden Borre: Season 2013/14". FootballDatabaseEU. Dicapai pada 22 February 2014.