Antipasto (jamak: antipasti) ialah hidangan pertama dalam sajian Itali tradisional.[1] Bahan-bahan antipasto yang biasa termasuk daging awet, zaitun, peperoncini, cendawan, ikan bilis, jantung kuntum kharsyuf, pelbagai jenis keju (seperti provolone atau mozarela), daging jeruk, dan sayuran dalam minyak atau cuka.

Antipasto
Antipasto all'italiana—antipasto Itali dihidang di sebuah restoran
JenisAppetizer, makanan cekut Sunting ini di Wikidata
Tempat asalItali
Bahan utamaMana-mana daging awet, zaitun, peperoncini, cendawan, ikan bilis, jantung kharsyuf, keju, daging jeruk dan sayuran (dalam minyak atau cuka)
Keragaman/variasiSajian makanan laut; sotong, kupang, salmon salai, ikan tuna, zaitun
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Sepiring sajian antipasto dengan ikan salmon salai, ayam salai (di bawah), daging panggang, pâté, sosej kabana, keju brie, keju Cheddar kambing ,kerak keju merah Jensen, zaitun, tapenade, pesto arugula (di belakang), dan catni tomato.

Isi kandungan antipasto berbeza jauh mengikut tempat. Ada juga kemungkinan untuk terserempak dengan hidangan yang diperbuat daripada ikan laut dan daging awet tradisional (seperti sopresata atau 'nduja) di selatan Itali, manakala di Itali utara akan ada pelbagai aneka daging awet dan cendawan dan, lebih-lebih lagi berdekatan tasik, hidangan yang diperbuat daripada ikan air tawar. Keju juga berbeza mengikut kawasan dan daerah, dan termasuk keju jenis keras dan lembut.

Ada yang bandingkan antipasto dengan hors d'oeuvre, namun antipasto disajikan di atas meja makan dan menandakan bermulanya juadah dalam adat Itali. Ia boleh digelari sebagai pembuka selera.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Definition of ANTIPASTO". www.merriam-webster.com.

Bacaan lanjut sunting