Antisiklon (yang merupakan lawan bagi siklon) adalah fenomena cuaca yang ditakrifkan oleh Glosari Perkhidmatan Cuaca Nasional (National Weather Service) Amerika Syarikat sebagai peredaran angin berskala besar di sekitar wilayah tengah bertekanan atmosfera tinggi, mengikut arah jam di Hemisfera Utara dan berlawanan arah jam di Hemisfera Selatan.[1]

Gambar antisiklon di Australia yang ditangkap oleh satelit pada 8 September 2012.

Kesan Antisiklon sunting

Antisiklon akan mewujudkan 2 fenomena cuaca yang penting, iaitu;

Keadaan cuaca yang baik dan tenang tanpa hujan sunting

Awan biasanya tidak terdapat di langit. Ini memperlihatkan langit berkeadaan cerah. Angin akan bertiup dengan perlahan dan tidak kencang sebagaimana siklon.[2] Angin yang bertiup dari pusat sel tekanan tinggi ini akan dipesongkan oleh daya korialis.[2] Ia akan bertiup mengikut putaran jam di hemisfera utara dan melawan arah jam di hemisfera selatan.

Memandangkan kecerunan zon-zon tekanan tinggi ini adalah landai di pusatnya, ini menyebabkan angin yang bertiup keluar dari pusat tersebut adalah kurang laju atau kencang, sebaliknya angin semakin kencang bertiup di zon pinggir antisiklon, dimana tiupan angin disertai gelombang-gelombang sejuk dan mungkin sekali sekali berlakunya ribut salji.[2]

Perubahan kepada tekanan udara, angin dan kelembapan udara setempat sunting

Antisiklon boleh mengubah ketiga-tiga unsur cuaca di atas daripada keadaan lazimnya. Semasa antisiklon berlaku, tekanan udara sekitar akan naik dan suhu akan turun dengan cepat. [2]Arah-arah angin juga turut berubah, di mana arah angin akan beralih kepada baratan. Ia turut menyebabkan kelembapan bandingan udara menurun. Apabila pusat antisiklon tiba, suhu berada pada paras yang paling rendah dan ini akan menyebabkan angin hanya bertiup sepoi-sepoi atau berhenti sama sekali.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ "Glossary: Anticyclone". National Weather Service. Dicapai pada 19 Januari 2010.
  2. ^ a b c d e "Antisiklon". Generasi942smpo. Dicapai pada 2020-12-25.