Antonio Mirante (lahir 8 Julai 1983) merupakan seorang pemain bola sepak Itali yang beraksi di posisi penjaga gol untuk kelab Serie A, Roma.

Antonio Mirante
AntonioMirante.png
Maklumat peribadi
Nama penuhAntonio Mirante
Tarikh lahir (1983-07-08) 8 Julai 1983 (umur 36)
Tempat lahirCastellammare di Stabia, Itali
Ketinggian1.93 m (6 ka 4 in)
Posisi permainanPenjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkiniRoma
Nombor83
Kerjaya remaja
2003–2004Juventus
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2004–2008Juventus7(0)
2004–2005Crotone (pinjam)41(0)
2005–2006Siena (pinjam)26(0)
2007–2008Sampdoria (pinjam)13(0)
2007–2009Sampdoria9(0)
2009–2015Parma204(0)
2015–2018Bologna87(0)
2018–Roma11(0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 09:36, 4 Jun 2019 (UTC).
† Kemunculan (Gol).

Kerjaya kelabSunting

JuventusSunting

Selepas memulakan kariernya bersama Juventus, Mirante telah dipinjamkan ke Crotone pada tahun 2004 bersama dengan Giovanni Bartolucci, Tomas Guzman, Abdoulay Konko, Matteo Paro and Daniele Gastaldello.

Pada tahun 2005, beliau telah dipinjamkan ke Siena bersama pemain Nicola Legrottaglie, Igor Tudor, Matteo Paro, Daniele Gastaldello, Douglas Ricardo Packer, Cristian Molinaro, Luca Cacciotto dan Rej Volpato.[1]

Beliau kembali semula ke Juventus selepas kelab itu menghadapi penyingkiran ke Serie B berikutan skandal Calciopoli 2006. Beliau membuat penampilan sulungnya selepas penjaga gol utama, Gianluigi Buffon telah dilayangkan kad merah pada minit ke-24 ketika menentang AlbinoLeffe pada 18 November 2006.[2] Juventus akhirnya dinobatkan sebagai juara Serie B dan menempah tempat ke Serie A buat musim hadapan.

Walau bagaimanapun, beliau telah dipinjamkan ke kelab Sampdoria selama satu musim iaitu musim 2007–08 pada 3 Julai 2007.[3][4]

SampdoriaSunting

Semasa musim pertamanya bersama Sampdoria, Mirante dibayangi penjaga gol utama, Luca Castellazzi. Pada penghujung musim, Sampdoria telah memiliki separuh hak ke atas Mirante dari Juventus[5] dengan bayaran sebanyak €1.5 juta.[6]

Pada musim keduanya, Mirante masih berkhidmat di belakang penajga gol utama, Castellazi. Pemilikan bersama ke atas Mirante antara Sampdoria dan Juventus terus diperbaharui pada Jun 2009.

ParmaSunting

Pada 19 Julai 2009, beliau telah dipinjamkan ke Parma sebagai pertukaran dengan pemain Marco Rossi.[7]

Pada Jun 2010, Sampdoria memutuskan tidak akan membeli Rossi tetapi pihaknya ingin menjual Mirante ke Parma. Sampdoria membayar separuh lagi pemilikan Mirante dari Juventus dengan bayaran tambahan sebanyak €1.5 juta[8] dan menjual pemain tersebut ke Parma dengan nilai €3.6 juta.[9]

Sejak tiba pada 2009, Mirante menjadi penjaga gol utama Parma. Beliau menjadi pilihan pertama penjaga gol sehingga kelab tersebut mengalami bankrup secara rasminya pada Jun 2019.

BolognaSunting

Mirante telah diikat oleh Bologna menerusi perpindahan percuma pada 3 Julai 2015.[10] Beliau kemudian menjadi penjaga gol utama Bologna. Pada 19 Julai 2016, Mirante menandantangani kontrak selama tiga tahun.[11] Walau bagaimanapun, pada permulaan musim 2016–17, beliau telah disahkan menghidapi masalah jantung dan perlu menjalani rawatan susulan. Pada 31 Ogos 2016, Bologna menandatangani penjaga gol baru, Alfred Gomis secara pinjaman dari Torino sebagai pengganti.[12] Selepas diketepikan selama dua bulan setengah, beliau akhirnya dibenarkan untuk beraksi pada pertengahan bulan November.[13] Mirante melakukan penampilan sulungnya sejak pulih dari kecederaannya pada 28 November 2016 ketika menentang Atalanta. Beliau merupakan kapten pasukan Bologna pada musim 2017–18, iaitu musim terakhirnya sebagai pemain Bologna.

RomaSunting

Pada 22 Jun 2018, Mirante menyertai Roma dari Bologna[14] dengan perpindahan yang bernilai €4 juta. Beliau seterusnya menandatangani kontrak selama tiga tahun.[15] Pada hari yang sama, Bologna mengumumkan pemain baru mereka iaitu Łukasz Skorupski[16] yang berpindah dari Roma dengan perpindahan bernilai €9 juta[17] dan telah menandatangani kontrak tiga tahun. Mirante menjalani ujian kesihatan pada 21 Jun[18] dan diberi jersi bernombor 83 pada hari keesokannya.[19]

Kerjaya antarabangsaSunting

Mirante merupakan seorang pemain pasukan bawah-21 Itali dalam Kejohanan Eropah Bawah-21 2006 dan merupakan seorang pemanas bangku simpanan. Beliau tidak melakukan sebarang penampilan untuk pasukan Itali sama ada di peringkat bawah-20 tahun dan bawah-21 tahun walaupun telah dipanggil sebanyak enam kali.[20]

Pada 8 Ogos 2010, beliau telah menerima panggilan pertama oleh pasukan kebangsaan Itali untuk menggantikan pemain yang mengalami kecederaan, Federico Marchetti.[21]

Statistik kerjayaSunting

KelabSunting

Sehingga 26 Mei 2019.
Kelab Musim Liga Piala Eropah Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Juventus 2003–04 0 0 0 0 0 0 0 0
  Crotone 2004–05 41 0 3 0 44 0
  Siena 2005–06 26 0 3 0 29 0
  Juventus 2006–07 7 0 0 0 7 0
  Sampdoria 2007–08 13 0 4 0 1 0 18 0
2008–09 9 0 2 0 2 1 13 0
Jumlah 22 0 6 0 3 0 31 0
  Parma 2009–10 37 0 1 0 38 0
2010–11 36 0 0 0 36 0
2011–12 29 0 0 0 29 0
2012–13 33 0 0 0 33 0
2013–14 36 0 1 0 37 0
2014–15 33 0 2 0 35 0
Jumlah 204 0 4 0 208 0
  Bologna 2015–16 33 0 1 0 34 0
2016–17 21 0 1 0 22 0
2017–18 33 0 1 0 34 0
Jumlah 87 0 3 0 90 0
  Roma 2018–19 11 0 0 0 2 0 13 0
Jumlah kerjaya 396 0 19 0 5 0 420 0

PencapaianSunting

KelabSunting

Juventus[22]

CatatanSunting

  1. ^ Siena prende Mirante TMW
  2. ^ Statistiche su Footballdatabase.com
  3. ^ "UFFICIALE: Sampdoria, acquisita la metà di Mirante". Tutto Mercato Web (dalam bahasa Italian). 30 June 2007. Dicapai pada 23 June 2018.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  4. ^ "Ufficiale: alla Samp arrivano Gastaldello e Mirante" (Berita) (dalam bahasa Italian). Genoa: U.C. Sampdoria. 3 July 2007. Dicapai pada 23 June 2018.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  5. ^ "Mirante e la Sampdoria, il matrimonio si prolunga" (Berita) (dalam bahasa Italian). Genoa: U.C. Sampdoria. 30 June 2008. Dicapai pada 23 June 2018.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  6. ^ "Report on operations". Annual Financial Report at 30 June 2009 (PDF). Turin: Juventus F.C. 27 October 2009. m/s. 19. Dicapai pada 23 June 2018.
  7. ^ "Ufficiale: Marco Rossi alla Samp, Mirante al Parma" (Berita) (dalam bahasa Italian). Genoa: U.C. Sampdoria. 19 July 2009. Dicapai pada 23 June 2018.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  8. ^ "Report on operations". Annual Financial Report at 30 June 2010 (PDF). Turin: Juventus F.C. 28 October 2010. m/s. 41. Dicapai pada 23 June 2018.
  9. ^ Parma F.C. S.p.A. bilancio al 2011-06-30 (dalam bahasa Italian). Parma: Italian C.C.I.A.A. 2011.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  10. ^ "Mirante al Bologna" [Mirante to Bologna] (Berita) (dalam bahasa Italian). Bologna F.C. 1909. 3 July 2015. Dicapai pada 23 June 2018.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  11. ^ "Mirante: "Bologna, ambiente ideale"" (Berita) (dalam bahasa Italian). Bologna F.C. 1909. 19 July 2016. Dicapai pada 20 September 2016.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  12. ^ "Bologna 'keeper Mirante taken ill". Football Italia. London: Tiro Media. 31 August 2016. Dicapai pada 21 November 2016.
  13. ^ "Mirante: Nightmare is over". Football Italia. London: Tiro Media. 18 November 2016. Dicapai pada 21 November 2016.
  14. ^ "Mirante alla Roma" [Mirante to Roma] (Berita) (dalam bahasa Italian). Bologna F.C. 1909. 22 June 2018. Dicapai pada 23 June 2018.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  15. ^ "L'AS Roma perfeziona l'ingaggio di Antonio Mirante" (Berita) (dalam bahasa Italian). A.S. Roma. 22 June 2018. Dicapai pada 23 June 2018.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  16. ^ "Skorupski al Bologna" [Skorupski to Bologna] (Berita) (dalam bahasa Italian). Bologna F.C. 1909. 22 June 2018. Dicapai pada 23 June 2018.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  17. ^ "Lukasz Skorupski ceduto al Bologna" (Berita) (dalam bahasa Italian). A.S. Roma. 22 June 2018. Dicapai pada 23 June 2018.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  18. ^ "Gallery: visite mediche per Antonio Mirante" (Berita) (dalam bahasa Italian). A.S. Roma. 21 June 2018. Dicapai pada 23 June 2018.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  19. ^ "Gallery: Antonio Mirante a Trigoria" (Berita) (dalam bahasa Italian). A.S. Roma. 23 June 2018. Dicapai pada 23 June 2018.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  20. ^ "FIGC – Statistiche in Nazionale". Diarkib daripada yang asal pada 24 November 2016. Dicapai pada 19 July 2009.
  21. ^ "Prandelli presenta la sua Italia: "Regole, ma anche generosità e qualità"". FIGC (dalam bahasa Italian). 8 August 2010. Diarkib daripada yang asal pada 20 August 2017. Dicapai pada 9 August 2010.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  22. ^ "A. Mirante". Soccerway. Dicapai pada 19 December 2016.

Pautan luarSunting