Antonio Nocerino

Italian footballer

Antonio Nocerino (lahir 9 April 1985) merupakan bekas pemain bola sepak Itali yang bermain di posisi pemain tengah.

Antonio Nocerino
Maklumat peribadi
Nama penuh Antonio Nocerino[1]
Tarikh lahir (1985-04-09) 9 April 1985 (umur 39)
Tempat lahir Naples, Itali
Ketinggian 1.75 m (5 ka 9 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Parma
Nombor 23
Kerjaya remaja
1997–2003 Juventus
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2003–2004 Juventus 0 (0)
2003–2004Avellino (pinjam) 34 (0)
2004–2006 Genoa 5 (0)
2005Catanzaro (pinjam) 21 (0)
2005–2006Crotone (pinjam) 15 (0)
2006Messina (pinjam) 11 (1)
2006–2007 Piacenza 37 (6)
2007–2008 Juventus 32 (0)
2008–2011 Palermo 106 (6)
2011–2016 Milan 74 (12)
2014West Ham United (pinjam) 10 (0)
2014Torino (pinjam) 5 (0)
2015Parma (pinjam) 20 (3)
2016–2017 Orlando City 52 (1)
2018 Benevento 6 (0)
Pasukan kebangsaan
2004 Itali B19 7 (1)
2004–2005 Itali B20 16 (2)
2006–2007 Itali B21 10 (3)
2007–2012 Itali 15 (0)
2008 Itali Olimpik 11 (5)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 16 Disember 2018 (UTC)

Kerjaya kelab sunting

Kerjaya awal sunting

Beliau mula bermain bola sepak pada usia lima tahun di sebuah kelab kecil di kawasan jirannya yang dilatih oleh bapanya sendiri. Ketika masuk usia 13 tahun, beliau masuk ke akademi remaja Juventus. Beliau membuat debut untuk Avellino di Serie B pada 11 September 2003 menentang Parma, seri 0-0. Perlawanan pertama beliau di Serie A pada 12 Februari 2006 ketika bermain untuk Messina mengalahkan Sampdoria 4–2. Gol pertama beliau untuk Messina pada 7 Mei 2006 menentang Empoli.

Piacenza and Juventus sunting

Pada musim 2006–07 ketika bersama Piacenza, beliau bermain sebanyak 37 perlawanan dan menjaringkan enam gol. Pada musim panas 2007, beliau berpindah ke Juventus.

Beliau membuat debut rasmi bersama Juventus pada hari pertama Serie A membelasah Livorno, 5–1. Aksi beliau telah dilihat oleh Claudio Ranieri dan meletakkan beliau bermain pada separuh pertama musim. Pada separuh kedua, dengan ketibaan Mohamed Sissoko, peluang beliau untuk bermain semakin berkurang. Beliau membuat 32 aksi liga dan empat di Coppa Italia.

Palermo sunting

Pada 30 Mei 2008, beliau berpindah ke kelab Palermo dengan bayaran sekitar €7.5 juta. Beliau membuat debut untuk pasukan Palermo ketika kejayaan 3-1 ke atas Roma pada 13 September. Pada 23 September 2009, beliau menjaringkan gol pertama Serie A untuk Palermo ketika menentang Roma.

Selepas ketibaan Delio Rossi sebagai pengurus, beliau mengambil alih posisi pemain tengah menyerang dan meninggalkan tugas pemain tengah bertahan kepada Giulio Migliaccio. Pada musim keduanya di Palermo, beliau telah bermain sebanyak 35 perlawanan dan menjaringkan dua gol dan tiga kemunculan di Coppa Italia. Pada aksi suku akhir Coppa Itali yang menyaksikan Palermo menang pada penentuan tendangan penalti menentang Parma, perlawanan itu merupakan kemunculan ke-100nbya untuk Palermo. Beliau telah bermain sebanyak 49 perlawanan pada semua kejohanan dan menjaringkan empat gol.

Pada permulaan musim 2011–12, selepas bermai dua perlawanan di pusingan ketiga kelayakan Liga Europa menentang FC Thun dari Switzerland, Nocerino meninggalkan Palermo.

Milan sunting

Pada 31 Ogos 2011, hari terakhir perpindahan pemain Itali dan sejam sebelum ia tamat, Nocerino menyertai Milan dengan kontrak lima tahun dan bayaran sebanyak €500,000.

Nocerino membuat debut di Milan pada hari pertama musim 2011-12 pada 9 September 2011 ketika seri 2-2 menentang Lazio. Beliau membuat debut perlawanan Liga Juara-Juara pada perlawanan seterusnya pada 13 September ketika Milan seri 2-2 menentang FC Barcelona.

Pada 15 Oktober, beliau menjaringkan gol pertamanya dengan kemenangan 3-0 ke atas bekas kelabnya, Palermo. Pada 26 Oktober, Nocerino menjaringkan hatrik untuk Milan ketika menang 4-1 ke atas Parma.

Nocerino menjaringkan gol untuk Milan pada perlawanan kedua suku akhir Liga Juara-Juara menentang Barcelona, kedua-dua pasukan terikat seri 1-1. Ac Milan tewas 3-1 berdasarkan agregat kepada Barcelona. Selepas Milan tersingkir dari Liga Juara-Juara, pengurus Massimiliano Allegri menolak spekulasi yang mengatakan Nocerino akan dijual.

Pada musim panas 2012, Nocerino mengambil jersi 8 berikutan pemindahan Gennaro Gattuso ke kelab Sion. Beliau berkata ia merupakan satu penghargaan untuk menggantikan jersi nombor 8. Pada 16 Disember 2012, Nocerino menyumbat gol hanya 35 saat ketika Milan menewaskan Pescara. Selepasa perlawanan, Nocerino mengatakan pada satu persidangan bahawa beliau menjaringkan gol itu untuk memperingati tembakan di Sekolah Rendah Sandy Hook.

Pada musim panas 2013, Nocerino menukar jersi skuadnya ke 23 berikutan pemergian bekas kapten Massimo Ambrosini. Selepas pemecatan pengurus Allergi, Nocerino membuat 11 kemunculan dalam musim 2013-14 dan beliau dikejutkan dengan beliau akan dipinjam ke kelab lain. Pada masa perpindahan, beliau dikaitkan perpindahan ke Torino.

Pada 25 Januari 2014, beliau telah dipinjam oleh kelab West Ham United.[2] Nocerino membuat kemunculan pertamanya di Liga Perdana Inggeris ketika seri 0-0 bertemu Chelsea.[3] Selepas membuat 10 penampilan bersama West Ham, beliau berkata ingin menamatkan pinjamannya di kelab tersebut.

Pada 2 Julai 2014, Nocerino dipinjam ke kelab Torino dan membuat debut untuk kelab itu pada pusingan ketiga kelayakan Liga Europa menentang Brommapojkarna dari Sweden, menang 3-0.

Pada 15 Januari 2015 Nocerino akhirnya dipinjam ke kelab Parma sehingga penghujung musim. Pada 1 Februari 2015, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Parma ketika tewas 3-1 kepada kelab semasa beliau, Milan.

Kerjaya antarabangsa sunting

 
Nocerino pada aksi bersama Itali menentang England pada peringkat suku akhir Euro 2012.

Nocerino menerima panggilan pertama oleh pasukan kebangsaan Itali untuk perlawanan persahabatan menentang Afrika Selatan pada 17 Oktober 2007. Nocerino telah dipilih ke skuad UEFA Euro 2012. Beliau juga berjaya menyudahkan tendangan penalti ketika menentang England pada peringkat suku akhir yang menyaksikan skuad Itali layak ke suku akhir selepas menang 4-2 berdasarkan penentuan penalti.[4]

Catatan sunting

  1. ^ "Premier League Clubs submit Squad Lists" (PDF). Premier League. 4 February 2014. m/s. 40. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-03-16. Dicapai pada 9 February 2014.
  2. ^ "Hammers net Nocherino". www.whufc.com. 25 January 2014. Dicapai pada 25 January 2014.
  3. ^ "Chelsea 0–0 West Ham United". www.whufc.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-01. Dicapai pada 30 January 2014.
  4. ^ McNulty, Phil (24 June 2012). "England 0–0 Italy (2–4 on pens.)". BBC Sport. Dicapai pada 24 January 2014.

Pautan luar sunting