Antonio Manickvasagam Surendran Vincent (1 Disember 1952 - 18 Januari 2011), lebih dikenali sebagai Antonio Vincent, ialah seorang penyanyi dan penulis lirik kumpulan Sweet September di Malaysia. Antonio dikenali sebagai penyanyi utama kumpulan Sweet September yang muncul di kaca TV serta merekod sebanyak 4 album pada era 80-an.

Antonio Vincent
Kelahiran
Antonio Manickvasagam Surendran Vincent

(1952-12-01)1 Disember 1952
Meninggal dunia18 Januari 2011(2011-01-18) (umur 58)
Tanjung Bungah, Pulau Pinang, Malaysia
Sebab kematianSakit jantung
PendidikanSekolah Menengah Bukit Mertajam, Pulau Pinang
PekerjaanPenyanyi, Penulis lirik
Kampung asalGeorgetown, Pulau Pinang
Ketinggian5" 9'
PasanganAnnie Ooi Moke Suang (1979–2011; kematiannya)
Anak-anakRina Rishilah Rani
Ibu bapaA. C. Vincent (bapa)
Aida Rethnavathy (ibu)
Kerjaya muzik
GenrePop rock, new wave
InstrumenVokal
Tahun aktif1974–2011
Syarikat rakaman
EMI Music Malaysia
Pengkarya berkait
Sweet September

Kehidupan awal sunting

Antonio lahir di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia. Antonio anak lelaki ketiga daripada 7 adik-beradik. Antonio anak kepada A.C. Vincent (ayah) (telah meninggal dunia) dan Aida Rethnavathy (ibu) (telah meninggal dunia). Antonio membesar di 2 tempat di Pulau Pinang sebelum menetap sepenuhnya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Antonio belajar sepenuhnya di Sekolah Menengah Bukit Mertajam dari Darjah 1 hingga Tingkatan 5. Antonio aktif dalam persembahan bakat serta bidang sukan seperti badminton di sekolahnya. Antonio memang meminati dunia persembahan dari kecil lagi.

Kerjaya muzik sunting

Pada awal 70-an, Antonio telah mula menceburi dunia hiburan dengan bermain di beberapa kelab malam bersama kumpulan lain sebelum menemui rakan kumpulan Sweet September yang lain.

Pada sekitar tahun 80-an, Antonio dan ahli kumpulan Sweet September yang lain telah menerbit sebanyak 4 album. Antonio lebih dikenali dengan lagu "Gaji", "Nak Kahwin Duit Tak Ada", "P. Ramlee Medley" dan banyak lagi.

Kehidupan peribadi sunting

Antonio telah berkahwin dengan Annie Ooi Moke Suang @ Ooi Saw Ean pada 31 Oktober 1979. Pada 9 Oktober 1980, beliau telah menimang seorang anak perempuan yang dinamakan Rina Rishilah Rani. Ini adalah satu-satunya perkahwinan beliau.

Kematian sunting

Pada 18 Januari 2011, jam 3.45 petang, Antonio telah diserang sakit jantung semasa beliau di dalam bilik air. Isteri Antonio, Annie Ooi sempat membuka pintu bilik air sebelum Antonio menghembus nafas terakhir. Malangnya, serangan sakit jantung beliau mengakibatkan peninggalan beliau dari dunia ini.[1][2]

Rujukan sunting

  1. ^ http://beautifulnara.com/vokalis-sweet-antonio-vincent-september-meninggal-dunia/
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 2014-09-16.