Anuar Abd. Manap
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. (Ketahui bagaimana dan bila untuk membuang pesanan templat ini) |
Tn Hj Anuar bin Abd Manap merupakan Ahli Parlimen Sekijang [2], Johor dari Barisan Nasional - UMNO. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2013 beliau mengalahkan calon dari Parti Keadilan Rakyat, Julailey bin Jemadi dengan majoriti sebanyak 3,007 undi. Beliau memperolehi 19,934 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 16,927 undi[3].
Yang Berhormat Tuan Haji Anuar bin Abd Manap [1] | |
---|---|
![]() YB Tuan Haji Anuar bin Abd Manap | |
Anggota Parlimen untuk P141 Sekijang, Johor | |
Memegang jawatan 5 Mei 2013 | |
Didahului oleh | Baharum Mohamed |
Majoriti | 3,007 |
Butiran peribadi | |
Lahir | 30 Dis 1976 Kg Layang-Layang, Kluang, Johor |
Parti politik | ![]() ![]() |
Pasangan | Zaleha bt Yahya |
Anak-anak | 4 orang |
Kediaman | Felda Pemanis 2, Segamat, Johor |
Pekerjaan | Ahli Parlimen |
Latar BelakangSunting
Beliau dilahirkan di Kg Layang-layang, Kluang, Johor pada 30 Dis 1976. Keluarganya kemudian berpindah ke Felda Pemanis, Segamat, Johor dan beliau dibesarkan disana.
PendidikanSunting
Anuar mula bersekolah di Sekolah Rendah LKTP Felda Pemanis pada tahun 1982. Kemudian bersekolah menengah di Sekolah Menengah Arab Khairiah Gubah Segamat pada 1988. Pada 1991, beliau meneruskan pengajian tingkatan 4 di Sekolah Menengah Buloh Kasap Segamat.
Pada tahun 1993, beliau memasuki Sal Group Of Collegue untuk kursus Diploma Teknologi Maklumat dan seterusnya ke Charles Sturt University Australia pada tahun 1995 untuk
Sarjana Muda Teknologi Maklumat.
PeribadiSunting
Beliau berkahwin dengan Zaleha bt Yahya dan Siti Nurasmah bt Osman dan dikurniakan 4 orang anak.