Anugerah Akademi ke-65

Majlis Anugerah Akademi ke-65, yang dipersembahkan oleh Akademi Sains dan Seni Perfileman (AMPAS), memberikan penghargaan kepada filem-filem yang dikeluarkan 1992 di Amerika Syarikat dan diadakan pada 29 Mac 1993, di Dorothy Chandler Pavilion di Los Angeles yang bermula pada jam 6:00 petang. PST / 9:00 malam EST. Pada majlis tersebut, AMPAS mempersembahkan Anugerah Akademi (umumnya disebut sebagai Oscar) dalam 23 kategori. Majlis tersebut, yang ditayangkan di Amerika Syrikat oleh ABC, diterbitkan oleh Gil Cates dan diarahkan oleh Jeff Margolis.[2][3] Pelakon Billy Crystal menjadi hos untuk tahun keempat berturut-turut.[4] Tiga minggu sebelumnya, dalam sebuah acara yang diadakan di Century Plaza Hotel di Los Angeles pada 6 Maret, Anugerah Akademi untuk Pencapaian Teknikal dihoskan oleh Sharon Stone.[5]

Anugerah Akademi ke-65
Tarikh29 Mac 1993
TempatDorothy Chandler Pavilion
Los Angeles, California, A.S.
PengacaraBilly Crystal
PenerbitGil Cates
PengarahJeff Margolis
Gambaran keseluruhan
Filem TerbaikUnforgiven
Penghargaan terbanyakUnforgiven (4)
Pencalonan terbanyakHoward's End dan Unforgiven (9)
Liputan televisyen
RangkaianABC
Tempoh masa3 jam, 33 minit[1]
Peringkat45.85 juta
32.33% (penarafan Nielsen)

Unforgiven memenangi empat Oscar termasuk Pengarah Terbaik untuk Clint Eastwood dan Filem Terbaik.[6] Pemenang lainnya termasuk Bram Stoker's Dracula dan Howards End dengan tiga penghargaan, Aladdin dengan dua anugerah, dan The Crying Game, Death Becomes Her, Educating Peter, My Cousin Vinny, Indochine, The Last of the Mohicans, Mona Lisa Descending a Staircase, Omnibus, The Panama Deception, A River Runs Through It dan Scent of a Woman dengan satu anugerah. Penayangannya di televisyen ditonton sekitar 46 juta penonton di Amerika Syarikat.

Rujukan sunting

  1. ^ Wiley & Bona 1996, halaman 889
  2. ^ Marx, Andy (11 November 1992). "4th Oscarcast for Cates". Variety. PMC. Dicapai pada 19 Februari 2014.
  3. ^ Osborne 2013, halaman 418
  4. ^ MacMinn, Aleene (10 Februari 1993). "Morning Report: Movies". Los Angeles Times. Tribune Company. Dicapai pada 19 Februari 2014.
  5. ^ "Past Scientific & Technical Awards Ceremonies". Academy of Motion Picture Arts and Sciences. AMPAS. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-13. Dicapai pada July 31, 2013.
  6. ^ Fox, David J. (31 Mac 1993). "'Unforgiven' Top Film; Pacino, Thompson Win : Academy Awards: Eastwood named best director. Oscars for supporting roles go to Hackman and Tomei". Los Angeles Times. Tribune Company. Dicapai pada 25 Februari 2014.

Bacaan lanjut sunting

Pautn luar sunting

Laman web rasmi
Analisis
Sumber lain