Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-21

Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-21 diadakan di Arena of Stars, Genting Highlands pada 30 Mac 2008.[1] Majlis ini dikendalikan oleh Fauziah Ahmad Daud dan Raja Azura sebagai pengacara. Secara keseluruhannya, terdapat 16 anugerah dipertandingkan. Kategori "Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat" menjadi ganti kepada tiga anugerah khas yang diberikan kepada tokoh seni veteran sebelum ini, iaitu "Anugerah Biduan Veteran", "Anugerah Seniwati Veteran" dan "Anugerah Khas Bintang Popular".

Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-21
PenghargaanPelakon, penyanyi, pengacara, juruhebah radio
Tarikh30 Mac 2008
LokasiArena of Stars, Genting Highlands
NegaraMalaysia
PengacaraRaja Azura
Fauziah Ahmad Daud
GanjaranKereta Peugeot 407 (2.0)
Set barang kemas, tajaan Habib Jewels Sdn. Bhd.
Anugerah pertama1987
Anugerah terbanyakMawi (2)
Fara Fauzana (2)
Laman web rasmiabp.bharian.com.my
Liputan televisyen/radio
RangkaianTV3
Tempoh tayangan2 jam ½
Bil. penonton4.5 juta
Diterbitkan olehLeo Rauf
Diarahkan olehLeo Rauf
  • ← ke-20
  • Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-21
  • ke-22 →

Mawi terus menyerlah apabila merangkul gelaran "Bintang Paling Popular" untuk kali ketiga berturut-turut sejak tahun 2005. Beliau hanya meraih 119,268 undian keseluruhan, kurang jumlahnya berbanding dua tahun sebelumnya, iaitu 351,570 undi (2005) dan 261,555 undi (2006). Walau bagaimanapun, beliau berjaya membawa pulang kereta Peugeot 407 (2.0) bernilai RM 185,000 tajaan Nasim Sdn. Bhd. serta set barang kemas eksklusif daripada Habib Jewels Sdn. Bhd. bernilai RM 150,000 selain trofi.[2]

Majlis ini juga turut melakar sejarah tersendiri dengan mencatat 4.5 juta penonton ketika disiarkan secara langsung selama dua jam setengah di TV3, iaitu mewakili 63.5 % daripada keseluruhan penonton, sekali gus mengatasi jumlah penonton tahun lalu seramai 4.41 juta orang.[3]

Penyampai dan penghibur sunting

Penyampai sunting

Nama Menyampaikan
Faizal Ismail Suara latar
Zul Yahya
Sharifah Sahira
Nabil
Pengacara TV Lelaki Popular dan Pengacara TV Wanita Popular
Isma Halil
Zainal Din Zainal
Penyampai Radio Lelaki Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular
Hans Isaac
Afdlin Shauki
AC Mizal
Awie
Penyanyi Nasyid Popular
Iqram Dinzly
Noorkhiriah
Anne Ngasri
Artis Komedi Lelaki Popular dan Artis Komedi Wanita Popular
Nurul
Nora Danish
Noryn Aziz
Artis Baru Lelaki Popular dan Artis Baru Wanita Popular
Shamsul Yusuf
Diana Danielle
Erra Fazira
Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon TV Wanita Popular
Estranged
Sharifah Aleeya
Artis Berkumpulan/Duo Popular
AG
Yusni Hamid
Penyanyi Lelaki Popular dan Penyanyi Wanita Popular
Fauziah Latiff
Rashidi Ishak
Rozita Che Wan
Pelakon Filem Lelaki Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular
Raja Azura
Fauziah Ahmad Daud
Manja Ismail
Hanizam Abdullah
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
Raja Azura
Fauziah Ahmad Daud
Manja Ismail
Hishamuddin Aun
Bintang Paling Popular

Penghibur sunting

Nama Mempersembahkan
Ramli M. S. Pengarah muzik
Tarian
Siti Nurhaliza "Ku Mahu"
Mawi
Heliza
"Doa Dalam Lagu"
Liza Hanim "Merawat Luka Terpendam"
Meet Uncle Hussain "Lagu Untukmu"
Jalaluddin Hassan
Dynas
Fasha Sandha
Fouziah Gous
"Beautiful Maria"
Bob "Jangan Bersedih Lagi"
Atilia "Mungkin"
Anuar Zain "Ketulusan Hati"
Amy
Awie
Hattan
Ramli Sarip
Ella
Tribute untuk M. Nasir
"Kepadamu Kekasih"
Ning Baizura "Age of Pollution"

Pemenang sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "[FULL] Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007". Dicapai pada 2020-05-20.
  2. ^ Nurulhisham Abdul Latiff; Serimah Mohd Sallehuddin; Farihad Shalla Mahmud (7 April 2008). "Aura Mawi masih kukuh". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-11-03. Dicapai pada 28 Disember 2009.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  3. ^ "4.5 juta penonton saksi ABPBH 2007". Berita Harian. 11 April 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-11-03. Dicapai pada 28 Disember 2009.

Pautan luar sunting