Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25 adalah penganjuran majlis penganugerahan seniman tahunan kali ke-25 anjuran akhbar Berita Harian. Majlis ini diadakan di Arena of Stars, Genting Highlands pada 8 April 2012. Majlis kali ini diacarakan oleh Sharifah Shahirah, Raja Azura, Didie Alias dan Zizan Razak.[1] Anugerah tertinggi, Bintang Paling Popular dirangkul oleh Aaron Aziz[2] yang meraih sebanyak 87,669 undian keseluruhan[3] di samping dua lagi kategori iaitu Pelakon Filem Lelaki Popular dan Artis Lelaki Paling Popular Online.
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25 | |
---|---|
Penghargaan | Pelakon, penyanyi, pengacara, juruhebah radio |
Penaja | Berita Harian TV3 |
Tarikh | 8 April 2012 |
Lokasi | Arena of Stars, Genting Highlands |
Negara | Malaysia |
Disampaikan oleh | |
Pengacara | Raja Azura Sharifah Shahirah Zizan Didie Alias |
Persembahan |
|
Anugerah pertama | 1987 |
Anugerah terbanyak | Aaron Aziz (3) |
Pencalonan terbanyak | Sharifah Shahirah (3) |
Laman web rasmi | abp |
Liputan televisyen/radio | |
Rangkaian | TV3 |
Diterbitkan oleh | Nurhul Huda Khalid |
Diarahkan oleh | Nurhul Huda Khalid |
Penyampai dan penghiburSunting
PenyampaiSunting
PenghiburSunting
Maklumat amSunting
ABPBH 2011 diperkenalkan di sebuah sidang media di di Holiday Villa Hotel and Suite, Subang Jaya pada 29 November 2011.[4] Sempena keraian majlis yang ke-25, satu anugerah istimewa iaitu Anugerah Seri Perak ditawarkan buat salah seorang pemenang Bintang Paling Popular dalam sejarah 24 tahun penganjuran ABPBH yang menerima undian terbanyak daripada peminat.[5]
Di samping kategori-kategori yang biasa dipertandingkan, juga dianjurkannya lima anugerah khas online sebagai salah satu peraduan bagi peminat yang ingin mendapatkan tiket percuma untuk menyaksikan majlis ABPBH di Arena of Stars.[6] Tempoh undian bagi kategori-kategori khas ini adalah 13 Januari hingga 15 Mac, dan pemenang-pemenang anugerah ini diumumkan lebih awal daripada upacara.
Senarai calon muktamad ABPBH 2011 diumumkan di satu lagi sidang media di hotel yang sama pada 11 Januari 2012.[7] Juruhebah radio dan personaliti televisyen serta salah seorang pengacara majlis ini, Sharifah Shahirah mendapat bilangan pencalonan terbanyak dalam empat kategori iaitu Artis Komedi Wanita Popular, Penyampai TV Wanita Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular.[8] Tempoh mengundi adalah 13 Januari hingga 26 Mac 2012[9], dan para peminat boleh mengundi secara menghantar borang dari akhbar Berita Harian mahupun di Internet di tapak sesawang rasmi ABPBH.
PersembahanSunting
- Persembahan pembukaan: Stacy, Alyah dan Siti Nurhaliza
- M. Nasir, Tam Spider, Aizat Amdan
- Pementasan "Ombak Rindu" oleh Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihani; nyanyian: Adira, Hafiz
- Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah
- Najwa dan Black
- Bob dan Shila Amzah
- Azlan (Bintang Idola)
- Jaclyn Victor
- Ziana Zain dan Azlan
- Mas Idayu dan Shiha
- Ramlah Ram dan One Nation Emcees
- Persembahan penutup: Salma (Mentor), Hazama, Faizal Tahir dan Amy Search
PenyampaiSunting
- Nora Danish dan Ady Putra
- BoBoi (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik)
- Normala Shamsudin dan Nurul Syuhada
- Neelofa dan Redzuan Hashim
- Chad, Deen dan Kamelia
- Mustafa Kamal dan Erra Fazira
- Rosyam Nor dan Nur Fazura
- Yusof Haslam, Syamsul Yusof dan Syafiq Yusof
- D J Dave dan Wan Maimunah
Calon dan pemenangSunting
Nama-nama pemenang terletak di atas setiap senarai dan berhuruf tebal.
Bintang Paling Popular |
---|
Aaron Aziz |
Penyanyi Lelaki Popular | Penyanyi Wanita Popular | Artis Duo/Berkumpulan Popular |
---|---|---|
Artis Baru Lelaki Popular | Artis Baru Wanita Popular |
---|---|
Pelakon Filem Lelaki Popular | Pelakon Filem Wanita Popular |
---|---|
|
Pelakon TV Lelaki Popular | Pelakon TV Wanita Popular |
---|---|
|
Artis Komedi Lelaki Popular | Artis Komedi Wanita Popular |
---|---|
|
Pengacara TV Lelaki Popular | Pengacara TV Wanita Popular |
---|---|
|
|
Penyampai Radio Lelaki Popular | Penyampai Radio Wanita Popular |
---|---|
|
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat | Anugerah Sri Perak |
---|---|
Sheila Majid | Siti Nurhaliza |
Anugerah OnlineSunting
- Artis Lelaki Paling Popular Online: Aaron Aziz
- Artis Wanita Paling Popular Online: Stacy
- Artis Lelaki Anggun Bergaya: Ady Putra
- Artis Wanita Anggun Bergaya: Ziana Zain
- Artis Asia Paling Popular: Super Junior (Korea Selatan)
Senarai 5 Teratas Bintang Paling PopularSunting
Selepas majlis, ABPBH mengumumkan calon-calon lain yang berada di 4 kedudukan terakhir selepas Aaron iaitu Fizz Fairuz, Shaheizy Sam, Tasha Shilla dan Fasha Sandha.
RujukanSunting
- ^ "Anugerah Bintang Popular Berita Harian Kali Ke-25 (2012)". Dicapai pada 2020-06-07.
- ^ Aaron Aziz Bintang Paling Popular ABPBH2011,c gua.com.my, 9 April 2012. Dicapai pada 10 April 2012.
- ^ Siti Nurhaliza Terima Anugerah Seri Perak, Aaron Aziz Artis Paling Popular ABPBH2011 Diarkibkan 2012-07-16 di Wayback Machine, mstar.com.my, 9 April 2012. Dicapai pada 10 April 2012.
- ^ SIDANG MEDIA ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2011, Berita Terkini Anugerah Bintang Popular Berita Harian, 29 November 2011. Dicapai pada 10 April 2012.
- ^ ABPBH 25 Perkenal Anugerah Seri Perak Sempena 25 Tahun, mStar, 24 November 2011. Dicapai pada 10 April 2012.
- ^ HADIAH MENARIK MENANTI PENGUNDI KATEGORI ONLINE!, 12 Januari 2012. Dicapai pada 10 April 2012.
- ^ Senarai Top 5 Finalis Anugerah Bintang Popular 2011, Sensasi Selebriti, 11 Januari 2012. Dicapai pada 10 April 2012.
- ^ Sharifah Shahira Terima Pencalonan Terbanyak ABPBH 2011, 12 Januari 2012. Dicapai pada 10 April 2012.
- ^ ARTIKEL TERKINI: BERTUNGKUS-LUMUS KIRA BORANG UNDIAN, Berita Terkini Anugerah Bintang Popular Berita Harian, 5 April 2012. Dicapai pada 10 April 2012.