Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27

Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27 adalah penghargaan yang diberikan buat penggiat seni hiburan di Malaysia. Majlis ini dianjurkan buat kali ke-27 oleh penaja utamanya, Berita Harian. Penganjur telah memilih Putrajaya International Convention Centre yang terletak di Presint 5, Putrajaya sebagai lokasi penganugerahan tersebut di mana buat julung kalinya anugerah ini diadakan di wilayah persekutuan tersebut. Ia disiarkan secara langsung melalui TV3 dan Hot FM. Zizan Razak telah menerima pencalonan terbanyak iaitu "Pelakon Filem Lelaki Popular", "Artis Komedi Lelaki Popular", "Pengacara TV Lelaki Popular", "Gandingan Serasi di Layar" (bersama Siti Saleha), dan "Artis Berpengaruh di Laman Sosial".[1][2] Anugerah ini sepatutnya diadakan pada 6 April 2014, tetapi telah ditunda kepada tarikh 24 Mei 2014 bagi menghormati peristiwa yang menimpa pesawat MH370.[3]

Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27
PenghargaanPelakon, penyanyi, pengacara, juruhebah radio
Penaja
  • The Royale Chulan Kuala Lumpur
  • Perbadanan Putrajaya
  • Berita Harian
  • TV3
  • Hot FM
  • D' Haja
  • Eynasha Beauty & Healthcare
  • Lord's Tailor
  • KTM Malaysia CKD
  • Natika Gold & Diamond
  • Tendence
Tarikh24 Mei 2014
LokasiPutrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya
NegaraMalaysia
Disampaikan olehErra Fazira
Nassier Wahab
Aaron Aziz
Jasmin Hamid
Raja Ema
Eja
Mizz Nina
Zizan Razak
Zila Bakarin
Nabila Huda
Keith Foo
Raja Ilya
Fizz Fairuz
Emma Maembong
Almy Nadia
Izreen Azminda
Lana Nordin
Felixia Yap
Hisyam Hamid
PengacaraAmy Mastura
Fara Fauzana
Shahrol Shiro
Ajak Shiro
PersembahanZainal Abidin
Salamiah Hassan
Nora Ariffin
Liza Hanim
Dayang Nurfaizah
Kumpulan Hyper Act
Mawi
AC Mizal
Encik Mimpi
Sarah Raisuddin
Ayu Damit
Alyah
Asmidar
Hazama Azmi
Shahir Zawawi
Kumpulan Forteen
Dina Nadzir
Akim Ahmad
Indah Ruhaila
Anugerah pertama1987
Kini dipegang olehNeelofa (Bintang Paling Popular, 2015)
Anugerah terbanyakAaron Aziz (2)
Siti Saleha (2)
Pencalonan terbanyakZizan Razak (5)
Laman web rasmiwww.abpbh.com.my
Liputan televisyen/radio
RangkaianTV3
Tempoh tayangan1 Jam 30 Minit
Diterbitkan olehJibam Ahmad
Diarahkan olehHanizam Abdullah
  • ← ke-26
  • Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27
  • ke-28 →

Majlis pengumuman calon lima teratas sunting

Majlis pengumuman bagi calon yang berjaya menduduki kedudukan lima teratas telah diadakan di The Royale Chulan Kuala Lumpur pada 23 Januari 2014. Majlis ini menggunakan tema "Magis Alam" sebagai menghiasi ruang pentasnya hasil sebagai simbol kecintaan terhadap alam sekitar. Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola ABPBH 2013, Shamsul Azree Shamshir telah memberi penerangan berkaitan tema ini yang dipilih untuk memberi kesedaran kepada semua pihak terhadap kepentingan menghargai alam sekitar dan menganggapnya sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR).[4]

Pada kali ini, terdapat pembaharuan yang dilakukan penganjur termasuklah siri jelajah ABPBH yang berkonsepkan CSR. Penganjur telah merancang untuk membawa calon-calon yang terpilih dalam senarai lima teratas untuk mengikuti program terbabit di beberapa lokasi terpilih. Mereka akan bergotong-royong dalam membersihkan pantai, sungai, kawasan takungan air, dan menanam pokok.[4]

Kaedah pengundian sunting

Penganjur telah menetapkan kaedah pengundian secara bertulis dan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Kaedah pengundian secara bertulis perlu dihantar melalui kiriman pos dan pengundi perlu mendapatkan keratan mukasurat pada akhbar Berita Harian. Bagi undian melalui SMS, mereka akan dicaj RM 0.50 sen bagi setiap undian yang dihantar. Undian ini bermula dari 23 Januari hingga 11 Mac 2014.[1]

Anugerah dalam talian sunting

Anugerah dalam talian membolehkan orang ramai mengundi melalui laman web rasmi ABPBH bermula 4 Disember 2013. Penganjur telah memperkenalkan dua kategori baharu buat anugerah dalam talian iaitu "Chef Selebriti Paling Popular" dan "Aksi di YouTube Paling Popular".[2]

ABPBH 2013 telah ditaja oleh pelbagai badan berkanun dan swasta termasuklah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA), Alam Flora Sdn. Bhd., SWM Environment Sdn. Bhd., Environment Idaman Sdn. Bhd., D’Haja Sdn. Bhd., Eynasha Beauty & Healthcare, Lord’s Tailor, Perbadanan Putrajaya, The Royale Chulan Kuala Lumpur, Natika Gold & Diamond, dan Tendence.[2]

Acara Permaidani Merah sunting

  • Dihoskan oleh pengacara Awal Ashaari dan pelawak Didie Alias bermula jam 7.30 malam.
  • Segmen khas Fesyen ABPBH oleh pereka terkenal Jovian Mandagie dan pelakon/pelawak Scha Al-Yahya.
  • Turut disertai oleh krew program hiburan di bawah rangkaian Media Prima seperti Melodi, Galaksi dan Hip TV.
  • Krew-krew program bukan Media Prima seperti Diva (RTM) dan H! Live (Astro) hanya membuat liputan di luar laluan permaidani merah.
  • Acara berakhir jam 9 malam.
  • Pemenang Pakaian Terbaik Lelaki dan Wanita dihadiahkan ketika acara Post-Party ABPBH pada jam 11.30 malam.

Penyampai Trofi & Persembahan di acara kemuncak sunting

  • Persembahan bermula jam 9.00 malam dengan lagu pembukaan oleh Mawi dan AC Mizal - Al Haq (Yang Satu)
  • Aluan daripada perantara majlis Amy Mastura, Fara Fauzana, Shahrul Shiro dan Ajak Shiro
  • Zizan Razak, Emma Maembong, Fizz Fairuz dan Almy Nadia menyampaikan kategori Artis Baru Lelaki , Artis Komedi Wanita dan Artis Duo/Berkumpulan.
  • Persembahan lagu Hijau oleh Zainal Abidin diiringi oleh barisan artis - artis - Dina Nadzir, Shahir Zawawi, Forteen, Hazama Azmi, Akim Ahmad dll.
  • Nassier Wahab, Izreen Azminda dan Lana Nordin menyampaikan kategori Pengacara TV Lelaki, Penyampai Radio Wanita dan Pelakon TV Lelaki.
  • Persembahan secara trio medley lagu-lagu tema drama TV oleh Encik Mimpi, Dayang Nurfaizah dan kumpulan Hyper Act dengan lagu Rindukanlah, Di Pintu Syurga dan Hanya Aku.
  • Eja, Mizz Nina dan Felixia Yap menyampaikan kategori Artis Baru Wanita dan Pengacara TV Wanita.
  • Persembahan segmen Dalam Kenangan dengan lagu Percayalah (You Are Always in My Heart) oleh Indah Ruhaila dan Asmidar.
  • Jasmin Hamid, Zila Bakarin dan Hisyam Hamid menyampaikan kategori Pelakon TV Wanita dan Artis Komedi Lelaki.
  • Persembahan oleh dua diva Liza Hanim dengan lagu Gelisah Mimpi dan Nora Ariffin dengan Hanya Satu.
  • Segmen anugerah khas Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada Rahim Razali.
  • Raja Ema, Erra Fazira dan Nabila Huda menyampaikan kategori Penyanyi Wanita dan Pelakon Filem Lelaki
  • Persembahan oleh Tegar Septa menyampaikan lagu Untukmu Ibu dan Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang.
  • Aaron Aziz, Keith Foo dan Raja Ilya menyampaikan kategori Penyanyi Lelaki dan Pelakon Filem Wanita.
  • Pengumuman pemenang anugerah utama Bintang Paling Popular oleh keempat-empat perantara.
  • Persembahan penutup lagu Earth Song oleh Biduanita Salamiah Hassan bersama Sarah Raisuddin, Ayu Damit dan Alyah.
  • Acara berakhir pada jam 11.27 malam.

Senarai penuh pencalonan & pemenang sunting

Kategori utama sunting

Artis Baru Lelaki Popular Artis Baru Wanita Popular Pelakon TV Lelaki Popular Pelakon TV Wanita Popular
  • Achey
  • Dazrin Kamaruddin
  • Mikael Andre
  • Nomad
  • W.A.R.I.S
Pelakon Filem Lelaki Popular Pelakon Filem Wanita Popular Artis Komedi Lelaki Popular Artis Komedi Wanita Popular
Penyanyi Lelaki Popular Penyanyi Wanita Popular Pengacara TV Lelaki Popular Pengacara TV Wanita Popular
Penyampai Radio Lelaki Popular Penyampai Radio Wanita Popular Artis Duo/Berkumpulan Popular

Kategori dalam talian sunting

Artis Lelaki Stailo Artis Wanita Stailo Gandingan Serasi di Layar Watak Jahat dalam Drama/Filem Popular
Artis Berpengaruh di Laman Sosial Chef Selebriti Paling Popular Aksi di Youtube Paling Popular
  • Parodi Sayang - Bobo
  • Parodi Gwiyomi - Nora Danish
  • Anak Tomok OIAM merajuk - Tomok
  • Macam Cantik Je Macam Comel Je Versi Nasyid - Amar
  • Mengajar Kanak-kanak Riang - Mat Luthfi

Pencalonan Bintang Idola BH sunting

Sebanyak 20 penyertaan sahaja yang akan diterima juri untuk dibuat penilaian awal melalui uibakat tertutup. Selepas proses tersebut, 10 orang peserta akan dipilih untuk bersaing untuk peringkat akhir pada malam anugerah tersebut. Pertandingan ini dimenangi oleh Nurul Faraheeda Binti Zulkifli. Berikut merupakan 20 orang peserta yang telah dinilai oleh juri profesional ;[5].

  • Ahmad Rushdi Bin Ab Rahman
  • Atira
  • Chin Teik Meng (Darren)
  • Darwis Azaldi
  • Eddie Fadzwan Bin Adzman
  • Fairul Adzreen Bin Abd Wahab
  • Fairuz Selamat
  • Hafizul Bin Mohamed Wadzir
  • Lyna Hudson
  • Mohamad Nazmi Bin Mohamad Yunos
  • Mohd Farid Bin Mohamed Ali
  • Muhamad Tarmizi Bin Ariffin
  • Muhammad Syafiq Ikhwan Bin Ghazali
  • Norfarah Diana Binti Juhar
  • Nur Ulfa Binti Ghazali
  • Nurul Faraheeda Binti Zulkifli
  • Suhairi Bin Mohamed Ali
  • Syafil Syazwan Jefri
  • Syamimi Fatin Bt Yusof
  • Wan Muhammad Afif


Rujukan sunting

  1. ^ a b "Zizan Razak Mendominasi Pencalonan Anugerah Bintang Popular BH 2013". Rotikaya.com. 23 Januari 2014. Dicapai pada 7 Mac 2014.
  2. ^ a b c Hanisah Selamat (23 Januari 2014). "Erra sertai barisan Top 5 ABPBH 2013". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-07. Dicapai pada 7 Mac 2013.
  3. ^ "Tindakan paling wajar". Berita Harian. 7 April 2014. Dicapai pada 10 April 2014. |first= missing |last= (bantuan)
  4. ^ a b Farihad Shalla Mahmud (24 Januari 2014). "Magis Alam ABPBH". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-07. Dicapai pada 7 Mac 2013.
  5. ^ "Bintang Idola BH". Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Berita Harian. Dicapai pada 7 Mac 2014.