Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019

Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 ialah anugerah tahunan yang disampaikan oleh TV3, ntv7, 8TV dan TV9 untuk drama dan telefilem terbaik tahun 2018.[1] Ia berlangsung pada 7 April 2019 di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan dihoskan oleh Awal Ashaari. Tema bagi acara ini ialah Positif Selalu. Izzue Islam dan Janna Nick dilantik sebagai duta bagi anugerah yang dianjurkan buat kali kelima.[2]

Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019
Tarikh7 April 2019
LokasiPusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Disampaikan olehAwal Ashaari
PengacaraIzzue Islam
Janna Nick
Laman web rasmiwww.dfkl.com.my
Liputan televisyen/radio
RangkaianTV3
ntv7
8TV
TV9
Tempoh tayangan180 minit

Drama Nur telah memenangi 6 anugerah termasuk Drama Pilihan.[3] DFKL 2019 diadakan seminggu selepas Festival Filem Malaysia ke-30 yang berlangsung pada 30 Mac 2019.

Gambaran keseluruhan sunting

Pengumuman rasmi bagi Anugerah DFKL 2019 dibuat pada Februari 2019. Untuk tahun keenam penganjurannya, DFKL mengekalkan objektif utama untuk mencungkil bakat-bakat baharu dan memberi peluang kepada anak-anak muda menimba ilmu bersama para panel berpengalaman dalam industri drama.[4]

Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, DFKL 2019 mengadakan sesi uji bakat, siri jelajah, sesi kongsi idea, pertandingan drama pendek dan undian atas talian dan seterusnya acara kemuncak akan diadakan Malam Anugerah DFKL 2019 bagi mengumumkan pemenang bagi kategori-kategori yang dipertandingkan dan beberapa pembaharuan akan dilakukan. DFKL 2019 juga telah memperkenalkan tema ‘Positif Selalu’ (digayakan “#positifselalu”) yang dijadikan sebagai tunjang bagi sesi kongsi idea dan pertandingan drama pendek.[5]

Pemenang dan pencalon sunting

Pemenang disenaraikan terlebih dahulu, diserlahkan dalam teks tebal, dan ditandakan dengan pisau berganda ( ).[6]

Drama Pilihan
Aktor Pilihan
Aktres Pilihan
Antagonis Pilihan
Skrip Pilihan
Pengarah Pilihan
Lagu Tema Pilihan
Drama Pendek Pilihan
  • Orang Kita - Mohamad Edzuan
    • Roti Jala Online - Samsul Salleh
    • Nelayan Siblings - Creative Details Filming
    • Butang Hukum - Ahmad Syukri
    • Kampung Sosialit - Liyana Sulong
Drama Rantaian Cina Pilihan
Pasangan Pilihan

Rujukan sunting

  1. ^ Ramlah Zainal (19 Februari 2019). DFKL 2019 suntik elemen kelainan Harian Metro. Dicapai pada 9 April 2019.
  2. ^ Ramlah Zainal (14 Mac 2019). Janna, Izzue didik netizen Harian Metro. Dicapai pada 9 April 2019.
  3. ^ Hanisah Selamat (7 April 2019). Nur sapu enam trofi DFKL 2019 Berita Harian. Dicapai pada 9 April 2019.
  4. ^ Bukan Sekadar Anugerah, DFKL 2019 Tampil Penuh Kelainan & Padat Program Menarik Yang Korang Boleh Sertai! Oh! Bulan (20 Februari 2019). Dicapai pada 12 April 2019.
  5. ^ Budiey (7 Februari 2019). Penglibatan Anda Dalam DFKL 2019 Kini Bermula! Sensasi Selebriti. Dicapai pada 12 April 2019.
  6. ^ Senarai Pemenang Anugerah DFKL 2019 My Info Taip (6 April 2019). Dicapai pada 12 April 2019.

Pautan luar sunting