Anugerah Drama Sangat 2021

Anugerah Drama Sangat 2021 ialah sebuah majlis anugerah anjuran TV3 melalui jenama Drama Sangat. Berlangsung pada 18 Disember 2021 di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur, anugerah ini bertujuan untuk mengiktiraf dan menghargai warga penerbitan yang menjadi penyedia kandungan kreatif drama tempatan di Malaysia.[1] Ia diadakan buat julung kalinya bagi menggantikan Anugerah Skrin dan Drama Festival Kuala Lumpur yang tidak lagi diadakan sejak 2019. Edisi sulung anugerah ini telah menyaksikan drama 7 Hari Mencintaiku 2 menerima 11 pencalonan dan 3 kemenangan.

Anugerah Drama Sangat 2021
PenghargaanMengiktiraf dan menghargai tenaga kerja penerbitan yang menjadi penyedia kandungan kreatif drama televisyen Malaysia.
PenajaFoodpanda
Tarikh18 Disember 2021
LokasiWorld Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur
NegaraMalaysia
Pengacara
Pencalonan terbanyak7 Hari Mencintaiku 2 (11 pencalonan)
Laman web rasmiwww.xtra.com.my/
anugerahdramasangat
Liputan televisyen/radio
RangkaianTV3
Tempoh tayangan180 minit
Diterbitkan oleh
  • Aeizul Reeza Ismail
  • Intan Noorbaizura Aliuddin (eksekutif)

Gambaran keseluruhan sunting

Anugerah Drama Sangat (ADS) diadakan bagi meraikan keringat dan tulang belakang industri hiburan Malaysia. Ia memberi peluang kepada peminat untuk menghargai artis-artis kegemaran mereka dan juga pengkarya seni yang berada di belakang tabir iaitu penerbit, pengarah dan penulis skrip.[2] Berbeza dengan Anugerah Skrin dan Drama Festival Kuala Lumpur yang kedua-duanya anjuran TV3, ADS mempertandingkan 13 kategori.[3] Terdapat 8 kategori yang terbuka untuk undian peminat, selebihnya melalui penilaian juri profesional.[4] Undian bagi memilih pemenang dalam lapan kategori tersebut bermula daripada 3 hingga 31 Oktober 2021 menerusi laman sesawang ADS.[5]

Nabila Huda dan Ain Edruce menggalas tanggungjawab sebagai pengacara untuk malam anugerah ADS.[1] Barisan pelakon popular diberi kepercayaan menyampaikan trofi kepada pemenang. Antara mereka yang menyampaikan trofi ialah Ogy Ahmad Daud, Jalil Hamid, Erra Fazira, Aaron Aziz, Azhan Rani, Zul Ariffin, Izzue Islam, Hisyam Hamid, Redza Rosli, Fify Azmi, Nabila Razali, Scha Elinnea dan Sharifah Rose. Manakala persembahan pentas menampilkan barisan artis baharu dan lama seperti Siti Nurhaliza, Misha Omar, Noraniza Idris, Cat Farish, Sarah Suhairi dan Khai Bahar. Foodpanda menjadi penaja rasmi ADS.[6]

Muzik video dan lagu tersendiri untuk ADS, yang berjudul "Drama Sangat" ialah hasil cetusan idea Shazee Ishak dan dipersembahkan oleh Stacy, Ismail Izzani dan ahli kumpulan rap K-Clique, Noki.[6] ADS diterajui oleh pengurus projek Russell Mark Rodrigues, penerbit eksekutif Intan Noorbaizura Aliuddin dan penerbit Aeizul Reeza Ismail.[6] Tanda pagar #AnugerahDramaSangat dan #LagiDramaLagiRasa diwujudkan bagi menghangatkan ADS 2021 di media sosial.[7]

Persembahan sunting

Persembahan artis Anugerah Drama Sangat 2021
Artis Lagu
Noraniza Idris, Bunga Isme "Intan Payung"
Noki, MK "Payung Pelangi"
Noki, Stacy, Ismail Izzani "Drama Sangat"
Siti Nurhaliza "Aku Bidadari Syurgamu"
Cassia "X Perlu"
Cat Farish, Shiha Zikir, Fimie Don "Dijaja"
Ariff Bahran, Sarah Suhairi "Bicara Rasa"
Misha Omar "Tanpa Rela"

Calon dan pemenang sunting

Para pemenang ditandakan dengan teks tebal.[8]

Anugerah utama sunting

Drama Terbaik Pengarah Terbaik
Penulis Skrip Terbaik Drama Popular
Pelakon Lelaki Terbaik Pelakon Wanita Terbaik
Pelakon Antagonis Terbaik Pasangan Drama Terbaik
OST Terbaik Drama Adaptasi Novel Terbaik
Babak Tular Drama Terbaik

Anugerah khas sunting

Pesona Bintang
Barisan Pelakon Terbaik Drama
Drama Mandarin Terbaik
  • Bonus Vacation - Sky Pictures

Drama dengan pencalonan terbanyak sunting

Drama yang menerima banyak pencalonan
Jumlah pencalonan Drama
11 7 Hari Mencintaiku 2
8 Sabarlah Duhai Hati
7 Takdir Yang Tertulis
Melastik Ke Hatimu
Hati Yang Tersakiti
5 Budak Tebing
Camelia

Insiden sunting

Berikutan bencana banjir yang berlaku di Semenanjung Malaysia pada pertengahan Disember 2021, malam kemuncak ADS 2021 yang berlangsung di WTCKL terpaksa ditangguhkan berikutan bencana banjir. Media Prima Berhad dalam satu kenyataan berkata: "Penangguhan ini disebabkan bencana banjir yang melanda WTC KL di mana lokasi anugerah ini berlangsung,". Siaran langsung anugerah ini dihentikan selepas pengumuman pemenang kategori Drama Mandarin Terbaik yang dimenangi oleh Bonus Vacation.[9][10][11]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Haidatina Aznam (14 Disember 2021). "Anugerah Drama Sangat Julung Kali Diadakan 18 Disember Ini, Gandingan 2 Pengacara Hebat!". SirapLimau. Dicapai pada 20 Disember 2021.
  2. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (5 Oktober 2021). "Pilih drama popular, pelakon terbaik". Berita Harian. Dicapai pada 20 Disember 2021.
  3. ^ Budiey (3 Oktober 2021). "13 Kategori Bertanding, Kini Undian ANUGERAH DRAMA SANGAT Bermula!". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 21 Disember 2021.
  4. ^ Nurshafika Suhaimi (8 Oktober 2021). "13 kategori dipertandingkan, Anugerah Drama Sangat 2021 kini dibuka". Harian Metro. Dicapai pada 20 Disember 2021.
  5. ^ "Undian Anugerah Drama Sangat 2021 sudah bermula, 13 kategori dipertandingkan". Utusan TV. 12 Oktober 2021. Dicapai pada 20 Disember 2021.
  6. ^ a b c Ellina Chan (16 Disember 2021). ""Debaran Kian Terasa" - Saksikan Anugerah Drama Sangat 2021 Pada 18 Disember Hanya Di TV3". SAYS. Dicapai pada 20 Disember 2021.
  7. ^ Zaidi Mohamad (17 Disember 2021). "ADS 2021 angkat drama terbaik, popular". Berita Harian. Dicapai pada 21 Disember 2021.
  8. ^ Dania Hamdan (19 Disember 2021). "[TERKINI] Senarai Penuh Keputusan Pemenang Anugerah Drama Sangat 2021. Tahniah!". SAYS. Dicapai pada 21 Disember 2021.
  9. ^ Farihad Shalla Mahmud (19 Disember 2021). "TV3 henti siaran langsung Anugerah Drama Sangat (ADS) 2021". Berita Harian. Dicapai pada 21 Disember 2021.
  10. ^ Qarami Hashim (18 Disember 2021). "Siaran langsung 'Anugerah Drama Sangat 2021' dihentikan serta merta gara-gara banjir, artis dan kru diminta tinggalkan WTC". mStar Online. Dicapai pada 21 Disember 2021.
  11. ^ Mohd Haikal Isa (18 Disember 2021). "WTCKL dilanda banjir, Anugerah Drama Sangat tergendala". Kosmo!. Dicapai pada 21 Disember 2021.

Pautan luar sunting