Buka menu utama

Anugerah Emmy (Bahasa Inggeris: Emmy Award, ialah anugerah yang dikurniakan untuk kecemerlangan dalam bidang penerbitan televisyen yang mirip atau sama fungsinya dengan Anugerah Akademi (untuk filem), Anugerah Grammy (untuk muzik) dan Anugerah Tony (untuk pementasan teater dan muzikal).[1][2]

Emmy Award
165px
Emmy Award
PenghargaanKecemerlangan dalam industri televisyen
NegaraAmerika Syarikat
Disampaikan olehATAS/NATAS
Anugerah pertama1949

Anugerah Emmy dihadiahkan kepada para penggiat pelbagai sektor dalam industri televisyen, termasuk rancangan hiburan, berita, dokumentari, dan sukan. Oleh itu, anugerah-anugerah ini disampaikan dalam beberapa upacara berasingan mengikut bidang yang diadakan pada setiap tahun. Antara yang paling dikenali ialah Anugerah Emmy Waktu Perdana (Primetime Emmy Awards) yang menghargai kecemerlangan dalam penerbitan rancangan televisyen waktu perdana kebangsaan (kecuali sukan), dan Anugerah Emmy Waktu Siang (Daytime Emmy Awards) yang memberi penghormatan kepada kecemerlangan dalam penerbitan rancangan waktu siang di Amerika Syarikat.

Anugerah Emmy disampaikan oleh tiga pertubuhan berasingan tetapi berkaitan:[3]

Upacara EmmySunting

Emmy Waktu PerdanaSunting

Anugerah Emmy Waktu Perdana (Primetime Emmy Awards) disampaikan sebagai pengiktirafan kepada kecemerlangan dalam penerbitan rancangan televisyen waktu perdana di Amerika Syarikat. Upacara ini biasanya diadakan pada pertengahan bulan September, pada hari Ahad sebelum bermulanya musim televisyen musim luruh, dan disiarkan secara bergilir-gilir oleh rangkaian ABC, CBS, NBC, dan Fox.

Sesetengah kategori anugerah yang dihadiahkan kepada kakitangan belakang tabir seperti pengarah seni, pereka busana, jurukamera, pengarah uji bakat, dan penyunting bunyi disampaikan dalam upacara Anugerah Emmy Seni Kreatif yang diadakan secara berasingan beberapa hari sebelumnya.

Emmy Waktu SiangSunting

Anugerah Emmy Waktu Siang (Daytime Emmy Awards) yang lazimnya diadakan pada bulan Jun, disampaikan sebagai pengiktirafan kepada kecemerlangan dalam penerbitan televisyen waktu siang di Amerika Syarikat. Anugerah Emmy bertema waktu siang dihadiahkan pada upacara waktu perdana pada tahun 1972, tetapi pada tahun 1974 barulah upacara berasingan untuk rancangan waktu siang mula dianjurkan.

Seperti dengan Emmy Waktu Perdana, upacara Emmy Seni Kreatif berasingan juga diadakan beberapa hari sebelum upacara sebenar untuk menghargai kakitangan belakang tabir penerbitan televisyen waktu siang.

Emmy SukanSunting

Anugerah Emmy Sukan dihadiahkan untuk kecemerlangan dalam rancangan sukan. Upacaranya diadakan pada musim bunga, lebih kurang dalam dua minggu terakhir bulan April atau minggu pertama bulan Mei, pada malam hari Isnin di Bandaraya New York.

Emmy AntarabangsaSunting

Pertubuhan Akademi Seni dan Sains Televisyen Antarabangsa menghadiahkan Anugerah Emmy Antarabangsa kepada rancangan televisyen terbaik yang dihasilkan dan mula-mula disiarkan di luar Amerika Syarikat. Upacaranya dianjurkan di International Emmy Awards Gala yang diadakan setiap November di Hilton Hotel, Bandaraya New York.[4]

RujukanSunting