Anugerah Juara Lagu ke-2
Anugerah Juara Lagu 1987 (AJL 87) adalah pertandingan yang membariskan lagu-lagu Melayu untuk dinobatkan sebagai "Juara Lagu". AJL 87 telah diadakan pada Disember 1987 di Auditorium Besar Angkasapuri, RTM dan diacarakan oleh Karim Muhammad dan Noor Kumalasari. AJL 87 menampilkan juara bulanan untuk dipertandingkan.
Anugerah Juara Lagu ke-2 TV3 | ||||
---|---|---|---|---|
Tarikh | Disember 1987 | |||
Tempat | Auditorium Besar Angkasapuri, RTM | |||
Pengacara | Karim Muhammad & Noor Kumalasari | |||
Juara Lagu | "Menaruh Harapan" | |||
nyanyian Zaiton Sameon | ||||
(gubahan: A.Ali/ | ||||
lirik: Habsah Hassan) | ||||
|
FinalisSunting
Januari: "Angan-angan"(Fauzi Marzuki / Lukhman S / Raja Ema)
Februari: "Merisik Khabar" - (Manan Ngah / Habsah Hassan / Sudirman)
Mac: "Sekeping Hati Yang Luka" - (Zaidin Mohd Nor / Zaidin Mohd Nor / Kumpulan Alleycats)
April: "Hadirmu" - (Jayaraman / Ramlan Ghazali / Kumpulan Alleycats)
Mei: "Memori Luka" - (Jeffry M.D. / Kumpulan Headwind)
Jun: "Mulanya di Sini" - (Roy Sta Maria / Syed Haron Ahmad / Kumpulan Freedom)
Julai: "Mengapa Sepi Tanpa Berita" - (Ismail Ahmad Nawab / Juwie / Kumpulan Steps)
Ogos: "Ku Pendam Sebuah Duka" - (Ismail Farez / Lukhman S / Khatijah Ibrahim)
September: "Kerna Terpaksa" - (Manan Ngah / Juwie / Razief / Francesca Peter)
Oktober: "Menaruh Harapan" - (A. Ali / Habsah Hassan / Zaiton Sameon)
November: "Sayang Semuanya Sudah Terlambat" - (Ahmad Nawab / Juwie / Shidee)
PemenangSunting
Anugerah | Kedudukan | Judul Lagu | Artis | Komposer | Penulis Lirik |
---|---|---|---|---|---|
Juara Lagu | |||||
Tempat Pertama (Lagu Terbaik AJL) | Menaruh Harapan | Zaiton Sameon | A. Ali | Habsah Hassan | |
Tempat Kedua | Sayang Semuanya Sudah Terlambat | Shidee | Ahmad Nawab | Juwie | |
Tempat Ketiga | Kerna Terpaksa | Francisca Peter | Manan Ngah | Juwie & Razief | |
Anugerah | Kedudukan | Judul Lagu | Artis | ||
Persembahan Terbaik | |||||
Tempat Pertama | Merisik Khabar | Sudirman | |||
Tempat Kedua | Menaruh Harapan | Zaiton Sameon | |||
Tempat Ketiga | Ku Pendam Sebuah Duka | Khatijah Ibrahim | |||
Anugerah | Judul Lagu | Penulis Lirik | |||
Lirik Terbaik | Menaruh Harapan | Habsah Hassan |
TriviaSunting
- Edisi kali ini, Buat pertama kali Pengacara duduk [bermeja] mengacarakan anugerah juara lagu, diikuti pada AJL 3 1988, AJL 6 1991, AJL 7 1992.
- Lagu "Angan-angan" telah mengalahkan lagu "Sinaran" nyanyian Sheila Majid ketika peringkat separuh akhir bulanan bulan Januari dan sejak itu, lagu nyanyian Sheila Majid tidak pernah dicalonkan lagi dalam carta muzik-muzik dan Anugerah Juara Lagu.
- Edisi ini adalah satu-satunya penyertaan Penghibur No 1 Asia, Allahyarham Dato' Sudirman bin Haji Arshad ke Pertandingan Akhir Juara Lagu dengan mempertaruhkan lagu Merisik Khabar sekaligus mendapat Persembahan Terbaik.
- Sudirman memenangi persembahan terbaik dengan menggunakan suasana yang kelam dan pemetik api sahaja.
- Ketika persembahan dilakukan, berlaku ganguan teknikal pada persembahan Kumpulan FREEDOM dimana mikrofon kedua-dua penyanyi, Seha & Shuib tidak berfungsi dengan baik lalu mengganggu kelancaran dan mutu persembahan mereka.
- Edisi ini juga buat pertama kali, Kategori Lirik Terbaik diperkenalkan bagi menaikkan martabat & mutu & kualiti penciptaan lirik & penulis lirik lagu, sebelum disatukan semula dengan Kategori Keseluruhan Juara Lagu pada edisi Juara Lagu 7 1992.
- Lirik Terbaik berjaya mengiktiraf Habsah Hassan sebagai pemenang wanita pertama memenangi Juara Lagu melalui lagu Menaruh Harapan.
- Seramai 4 Kumpulan memasuki Peringkat Akhir Juara Lagu ini, iaitu Kumpulan Alleycats dengan 2 buah lagu, Kumpulan Freedom, Kumpulan Rock Headwind & Kumpulan Steps. Kumpulan Skyfire menggantikan Raja Ema dengan Lagu Angan-Angan.