Anugerah Juara Lagu ke-3

(Dilencongkan dari Anugerah Juara Lagu 1988)

Juara Lagu 1988 adalah pertandingan yang membariskan lagu-lagu Melayu untuk dinobatkan sebagai "Juara Lagu". Anugerah Juara Lagu 1988 atau dikenali sebagai Muzik-Muzik 1988 telah diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur dan diacarakan oleh N.D. Lala & Chairmaine Augustine. JL 88 menampilkan juara bulanan untuk dipertandingkan.

Anugerah Juara Lagu
ke-3
Tarikh23 Disember 1988
TempatDewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur
PengacaraN.D. Lala & Chairmaine Augustine
PenerbitMokhtar Abu Bakar
PengarahDato' Ooi Eow Jin
Tempoh Tayangan2 jam 30 minit
Juara Lagu"Kau Kunci Cintaku Didalam Hatimu"
  • ← 1987
  • 1989 →


Finalis sunting

Untuk merujuk senarai penuh finalis sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai lagu finalis Anugerah Juara Lagu.

Berikut adalah senarai finalis mengikut turutan giliran persembahan yang berentap di AJL ketiga:

Tajuk Lagu Komposer Penulis Lirik Penyanyi Petikan Album Label Juara Bulanan Keputusan
"Suratan Takdir" Rahim Othman Fauzan Uda Ahmad Kumpulan Gersang "Takdir"[1] Sony - PMC Oktober '88 Finalis
"Rayuanku" A. Ali Lukhman S Rohana Jalil "Rayuanku" [2] New Southern Records Jun '88 Persembahan Terbaik 2
"Tugu Cinta" Eddy Rezza Eddy Rezza Zamree "Bila Ku Tanya" [3] Rock Records - SCS April '88 Finalis
"Tika & Saat Ini" Azida NS Azida NS Kumpulan Medicine "Titian" [4] New Southern Records - Matahati November '88 Tempat Ketiga
"Bila Rindu Kusebut Namamu" Ahmad Nawab Abdul Jalil Salleh (Juwie) Siti Fairuz "Bila Ku Rindu Ku Sebut Namamu" [5] Sony - PMC Januari '88 Finalis
"Ilusi Satu Penantian" Ikhtiman Ismail Ikhtiman Ismail Ben Nathan "Ilusi Satu Penantian" [6] Rock Records - SCS Februari '88 Finalis
"Masih Aku Terasa" Rahim Othman Abdul Jalil Salleh (Juwie) Kumpulan Gersang "Gersang" [7] Sony - PMC Mac '88 Finalis
"Diriku Terbelenggu" A. Ali Habsah Hassan Francissca Peter "Harapan" [8] Warner - WEA September '88 Naib

Juara

"Cukuplah Sekali" Jayaraman Habsah Hassan Jay Jay "Kurnia"[9] Warner- WEA Mei '88 Lirik Terbaik,
Persembahan Terbaik 3
"Sekian Lama Aku Merinduimu" Ismail,

Ahmad Nawab

Abdul Jalil Salleh (Juwie) Kumpulan Steps "Sekian Lama Aku Merinduimu"[10] Sony - PMC Julai '88 Finalis
"Kau Kunci Cintaku di Dalam Hatimu" Ahmad Nawab Abdul Jalil Salleh (Juwie),

Wielid

Ramlah Ram "Kau Kunci Cintaku (Dalam Hatimu)" [11] Sony - PMC Ogos '88 Juara,

Persembahan Terbaik 1

Pemenang sunting

Anugerah Kedudukan Judul Lagu Artis Komposer Penulis Lirik
Juara Lagu
Tempat Pertama (Lagu Terbaik AJL) Kau Kunci Cintaku di Dalam Hatimu Ramlah Ram Ahmad Nawab Juwie & Wielid
Tempat Kedua Diriku Terbelenggu Francisca Peter A. Ali Habsah Hassan
Tempat Ketiga Tika Dan Saat Ini Kumpulan Medicine Azida NS
Anugerah Kedudukan Judul Lagu Artis
Persembahan Terbaik
Tempat Pertama Kau Kunci Cintaku di Dalam Hatimu Ramlah Ram
Tempat Kedua Rayuanku Rohana Jalil
Tempat Ketiga Cukuplah Sekali Jay Jay
Anugerah Judul Lagu Penulis Lirik
Lirik Terbaik Cukuplah Sekali Habsah Hassan

Trivia sunting

  • Keunikan pakaian berbentuk kunci dan hati yang dipakai Ramlah Ram telah menjadi sebutan dan ingatan ramai buat jangka masa yang agak lama. Baju tersebut tidak lagi diperagakan sehingga tahun 2007 (hampir 19 tahun kemudian) iaitu dalam Akademi Fantasia Musim 5 apabila baju itu dipakai oleh Mila selepas Heliza mendendangkan lagu "Diam-Diam Jatuh Cinta" nyanyian asal Ramlah Ram pada konsert minggu kelima mereka.
  • Siti Fairuz telah membuat kejutan dengan membawakan lagu beliau berpakaian gown putih serta bertudung & membuat sejarah sebagai artis bertudung pertama membuat persembahan di AJL.
  • Satu-satunya edisi juara lagu dimana Juara Lagu ditentukan oleh peminat menerusi akhbar tempatan, manakala Persembahan & Lirik Terbaik pula diadili oleh 50 panel juri di dalam dewan ketika siaran langsung persembahan dilakukan.