Anugerah Juara Lagu ke-4

(Dilencongkan daripada Anugerah Juara Lagu 1989)


Juara Lagu 1989 ialah acara pertandingan lagu-lagu Melayu popular dalam tahun 1989 untuk dinobatkan sebagai "Juara Lagu" bagi tahun 1989. AJL 89 menampilkan juara bulanan untuk dipertandingkan. Diadakan pada 30 Disember 1989, AJL 89 masih mengekalkan Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur sebagai lokasi penganjuran dari tahun sebelumnya. Charmaine Agustine kekal sebagai pengacara, tetapi dia digandingkan dengan Azwan Ali. Mereka dikekalkan sebagai pengacara untuk tahun berikutnya.

Anugerah Juara Lagu
ke-4
Tarikh30 Disember 1989
TempatDewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur
PengacaraAzwan Ali & Chairmaine Augustine
Juara Lagu"Isabella"

Finalis

sunting

Untuk merujuk senarai penuh finalis sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai lagu finalis Anugerah Juara Lagu.

Berikut adalah senarai finalis mengikut turutan giliran persembahan yang berentap di AJL ke-4:

Tajuk Lagu Komposer Penulis Lirik Penyanyi Petikan Album Label Juara Bulanan Keputusan
"Segalanya Ku Terima" Awang BPR Bob Lokman Kumpulan Illusi "Suara Cinta"[1] New Southern Records - Antartic Oktober '89 Naib Juara
"Sekali Aku Jatuh Cinta" Ismail Ahmad Nawab Abdul Jalil Salleh (Juwie) Nassier Wahab "Sekali Aku Jatuh Cinta" [2] Universal - PMC/Nawab Februari '89 Finalis
"Bersama Suara Hati" Rahim Othman Wan R.S. Kumpulan Gersang "B29" [3] Sony - PMC November '89 Finalis
"Isabella" Amy, Kid, Din, Yazit & Nasir Bob Lokman Kumpulan Search "Fenomena" [4] Sony - PMC April '89 Juara
Lirik Terbaik
Persembahan Terbaik
"Resahku" A. Ali Lukhman S Rohana Jalil "Resahku" [5] New Southern Records Jun '89 Finalis
"Sendiri" Mustapha Din Mustapha Din Kumpulan May "Hakikat" [6] Sony - Warnada Julai '89 Finalis
"Kad Ucapan Mu" A. Ali Habsah Hassan Noorshila Amin "Kad Ucapanmu" [7] New Southern Records Mei '89 Finalis
"Taman Rashidah Utama" Bob Lokman Bob Lokman Kumpulan Wings "Hukum Karma" [8] Sony - PMC Januari '89 Persembahan Terbaik 2
"Janganlah Menghancurkan" Ahmad Nawab Abdul Jalil Salleh (Juwie) Shidee "Janganlah Menghancurkan" [9] Rock Records - SCS Ogos '89 Finalis
"Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi" Ahmad Nawab Abdul Jalil Salleh (Juwie) Ramlah Ram "Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi" [10] Universal - PMC September '89 Tempat Ketiga
"Misteri Mimpi Syakila" J.S. Kevin J.S. Kevin Kumpulan Wings "Hukum Karma" [11] Sony - PMC Mac '89 Persembahan Terbaik 3

Pemenang

sunting
Anugerah Kedudukan Judul Lagu Artis Komposer Penulis Lirik
Juara Lagu
Tempat Pertama (Lagu Terbaik AJL) Isabella Kumpulan Search Search (Amy, Kid, Din, Yazit & Nasir) Bob
Tempat Kedua Segalanya Ku Terima Kumpulan Illusi Awang Bob
Tempat Ketiga Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi Ramlah Ram Ahmad Nawab Juwie
Anugerah Kedudukan Judul Lagu Artis
Persembahan Terbaik
Tempat Pertama Isabella Kumpulan Search
Tempat Kedua Taman Rashidah Utama Kumpulan Wings
Tempat Ketiga Misteri Mimpi Syakila Kumpulan Wings
Anugerah Judul Lagu Penulis Lirik
Lirik Terbaik Isabella Bob

Trivia

sunting
  • Edisi ini menampilkan pertama kali Azwan Ali menjadi pengacara AJL.
  • Edisi kali ini menampilkan bermulanya penguasaan muzik rock dalam sejarah Juara Lagu, dengan sebanyak 5 buah Kumpulan Rock berjaya layak masuk AJL 4, dengan pemenang AJL 4, Kumpulan Search, diikuti Kumpulan Wings dengan 2 buah lagu, Kumpulan Ilusi, Kumpulan May & Kumpulan Gersang.
  • AJL kali ini menampilkan 2 gergasi Kumpulan Rock Malaysia pada ketika itu, Kumpulan Search & Kumpulan Wings berentap dengan mempertaruhkan lagu mereka disertai dengan persembahan memukau dari kedua-dua kumpulan tersebut. Nasib & Rezeki telahpun memihak kepada Kumpulan Search dengan Lagu popular mereka, ISABELLA dinobatkan Juara Lagu & Persembahan Terbaik juga Lirik Terbaik hasil tulisan Bob.
  • Pendatang Industri Muzik baru iaitu Komposer & Penulis lirik, Bob Lokman berentap dengan komposer & penulis lirik senior seperti A.Ali, Ahmad Nawab, Juwie & Habsah Hassan pada AJL kali ini.