Anugerah Juara Lagu ke-13

(Dilencongkan dari Anugerah Juara Lagu 1998)

Juara Lagu 1998 ialah pertandingan yang membariskan lagu-lagu Melayu untuk dinobatkan sebagai "Juara Lagu" bagi tahun 1998. Pertandingan ini telah diadakan pada 6 Disember 1998. Disebabkan oleh kegawatan ekonomi pada ketika itu, barang-barang elektrik menjadi hadiah buat para pemenang untuk menggantikan wang tunai. TV3 juga membuat keputusan untuk mengadakan AJL 1998 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam dan pada waktu petang atas alasan yang sama untuk menjimatkan kos.

Anugerah Juara Lagu ke-13
TV3
Tarikh 6 Disember 1998
Tempat Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam
Pengacara Shamsul Ghau Ghau
Anne Hamid
Tempoh 2 jam
Juara Lagu "Cindai"
nyanyian Siti Nurhaliza
(gubahan: Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah)/
lirik: Hairul Anuar Harun)
 < 1997 Anugerah Juara Lagu 1999 > 

FinalisSunting

Untuk melihat senarai semi-finalis untuk Juara Lagu 1998, sila lihat Separuh Akhir Muzik Muzik 1998.

Untuk merujuk senarai penuh finalis sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai lagu finalis Anugerah Juara Lagu.

Berikut adalah senarai finalis mengikut turutan giliran persembahan yang berentap di AJL ke-13:

Kategori Tajuk Lagu Komposer Penulis Lirik Penyanyi Petikan Album Label Keputusan
Irama Malaysia "Zapin Yang Tinggal" Herman Tino Herman Tino Ramlah Ram "Sekeping Cinta Sehampar Janji"[1] Sony Music - BMG Finalis
Pop Rock "Joget Angan Tak Sudah" Mohd. Fauzi Darus (Jay Jay) Mohd Khirin Omar (Keon) Jay Jay "Jay Jay '97" [2] Universal - BMG / Matahari Juara Kategori
Balada "Wajah Kekasih" Adnan Abu Hassan Norhani Md Jamil (Hani MJ) Siti Nurhaliza "Siti Nurhaliza - Vol 2" [3] Suria Records Finalis
Irama Malaysia "Dikir Puteri" Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) Hairul Anuar Harun Noraniza Idris "Masyhur" [4] Suria Records Persembahan Terbaik
Pop Rock "Bisikan Asmara" Yap Yu Pit (Helen Yap) Amran Omar Siti Nurhaliza "Siti Nurhaliza - Vol 2" [5] Suria Records Finalis
Balada "Getaran Cinta di Jiwa" Adnan Abu Hassan Norhani Md Jamil (Hani MJ) Liza Hanim "Epilog[6] Suria Records Finalis
Irama Malaysia "Firasat" Mohd Zaki Mansur (To'ki) Mohd Zaki Mansur (To'ki) To'ki "Hujan Emas" [7] New Southern Records - EMI / Syncrosound Finalis
Pop Rock "Bila Resah" Aznul Haidi Aznul Haidi Anuar Zain "Anuar Zain - Vol 1" [8] Warner - WEA Finalis
Balada "Puncak Kasih" Adnan Abu Hassan Zaiton Daud (Maya Sari) [9] Ziana Zain "Puncak Kasih" [10] Sony Music - BMG Juara Kategori
Irama Malaysia "Cindai" Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) Hairul Anuar Harun Siti Nurhaliza "Cindai" [11] Suria Records Juara
Juara Kategori
Pop Rock "Satu Arah" Zuriani Khalid Zonneveld Amran Omar
Hairi Yaacob
Kumpulan Kool "Arah" [12] Sony Music Finalis
Balada "Juwita" Mohd Faizal Maas (Ajai) A Zaman Saleem "Maaf" [13] Warner - WEA Finalis

PemenangSunting

  • Juara Keseluruhan: "Cindai" - (Pak Ngah / Hairul Anuar Harun / Siti Nurhaliza)
  • Juara Kategori
    • Irama Malaysia: "Cindai" - (Pak Ngah / Hairul Anuar Harun / Siti Nurhaliza)
    • Balada: "Puncak Kasih" - (Adnan Abu Hassan / Maya Sari / Ziana Zain)
    • Pop Rock: "Joget Angan Tak Sudah" - (Jay Jay / Keon)

TriviaSunting

  • Buat kedua kalinya berturut-turut, Juara Lagu dimenangi dalam kategori Irama Malaysia.
  • Edisi AJL kali ini kembali diacarakan seperti biasa, iaitu tidak lagi menggunakan Bahasa Melayu Baku.
  • Edisi ini menampilkan persaingan sengit diantara 3 Penjuru [Siti Nurhaliza-Noraniza Idris-Ziana Zain].
  • Noraniza Idris & Ziana Zain merangkul anugerah pertama AJL dengan Noraniza Idris memenangi Persembahan Terbaik & Ziana Zain memenangi Kategori Balada.
  • Penampilan sulung Ratu Vokal AJL, Liza Hanim dalam kategori Balada.
  • Penampilan terakhir Kumpulan 'boyband' Kool di pentas AJL setelah 4 tahun berturut-turut menyertai AJL.
  • Siti Nurhaliza mencipta sejarah sebagai satu-satunya & artis pertama telah bertanding dalam ketiga-tiga kategori & mencerahkan lagi kemungkinan untuk lagu yang dibawanya menang.
  • Komposer Adnan Abu Hassan mencipta rekod tersendiri apabila 3 daripada 4 lagu dalam kategori Balada merupakan ciptaannya. Cuma setiap lagu bergandingan dengan penulis lirik yang berbeza.
  • Gandingan komposer dan penulis lirik Pak Ngah dan Hairul Anuar Harun juga mencatatkan rekod apabila mereka berdua merupakan komposer dan penulis lirik bersama pertama ke Anugerah Juara Lagu dengan 2 lagu. Lebih manis apabila 2 lagu ciptaan mereka bertanding dalam kategori yang sama iaitu Irama Malaysia dengan lagu Cindai dan Dikir Puteri.
  • Anuar Zain dan Ziana Zain yang berentap pada kali ini merupakan adik beradik. Walau bagaimanapun, mereka berdua tidak bertanding pada satu kategori.
  • Komposer terkenal, Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas membuat penampilan sulung beliau sebagai komposer menerusi lagu Juwita yang disampaikan oleh penyanyi bersuara emas, Saleem, vokalis kumpulan Iklim.
  • Keadaan tekak & peti suara Saleem begitu teruk membuatkan hampir ketika dalam persembahan, tidak kedengaran suara beliau & terpaksa mengharapkan penyanyi latar.
  • Buat pertama kalinya, tiada kumpulan muzik (band) layak ke AJL.