Anugerah Juara Lagu ke-14

(Dilencongkan dari Anugerah Juara Lagu 1999)

Anugerah Juara Lagu 1999 atau Juara Lagu '99 adalah pertandingan yang membariskan lagu-lagu Melayu yang akan dinobatkan sebagai Juara Lagu. Anugerah Juara Lagu ke-14 ini diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Shah Alam dan disiarkan secara langsung melalui penyiar rasmi TV3 dan radio THR pada jam 8.30 malam 5 Disember 1999. Anugerah tersebut diacarakan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu oleh Normala Shamsuddin dan Kelvin Ong.

Anugerah Juara Lagu ke-14
TV3
Tarikh 5 Disember 1999
Tempat Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Shah Alam
Pengacara Normala Shamsuddin
Kelvin Ong
Tempoh 2 jam 30 minit
Juara Lagu "Andalusia"
nyanyian M.Nasir
(gubahan: M.Nasir/
lirik: Loloq)
 < 1998 Anugerah Juara Lagu 2000 > 

Anugerah kali ini menyediakan anugerah bagi persembahan terbaik, juara kategori serta juara keseluruhan dan membuktikan kemampuannya dalam meraih pilihan penonton apabila sebanyak 3.8 juta orang menontonnya berbanding 2.5 juta pada tahun sebelumnya.

Persembahan Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris bagi lagu Hati Kama

FinalisSunting

Untuk melihat senarai semi-finalis untuk Juara Lagu 1999, sila lihat Separuh Akhir Muzik Muzik 1999.

Untuk merujuk senarai penuh finalis sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai lagu finalis Anugerah Juara Lagu.

Berikut adalah senarai finalis mengikut turutan giliran persembahan yang berentap di AJL ke-14:

Kategori Tajuk Lagu Komposer Penulis Lirik Penyanyi Petikan Album Label Keputusan
Pop Rock "Istimewa" Norman Abdul Halim
Yusry Abdul Halim
Edry Abdul Halim
Norman Abdul Halim
Yusry Abdul Halim
Edry Abdul Halim
Kumpulan Indigo "Istimewa"[1] KRU Music - EMI / KRU Finalis
Balada "Aku Tetap Aku" Kamaruzzaman Hussain (Lan Laga) Amran Omar Shima "Aku Tetap Aku" [2] Sony Music Finalis
Irama Malaysia "Hati Kama" Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) Hairul Anuar Harun Noraniza Idris
Siti Nurhaliza
"Seri Balas" [3] Suria Records Juara Kategori
Pop Rock "Jendela Hati" Fauzi Marzuki Habsah Hassan Erra Fazira "Kini" [4] Sony Music Finalis
Balada "Purnama Merindu" Azhar Abu Bakar (Azmeer ) Lukhman Abdul Kadir (Lukhman S) Siti Nurhaliza "Adiwarna" [5] Suria Records Juara Kategori
Irama Malaysia "Dondang Mustika" Syed Indera Syed Omar (Siso) Syed Indera Syed Omar (Siso) Kumpulan Kopratasa "Antologi" [6] Universal - Gong / Ambang Klasik Finalis
Pop Rock "Andalusia" Mohamad Nasir Mohd (M. Nasir) Rosli Khamis (Loloq) M. Nasir "Terbaik M. Nasir" [7] Sony Music - BMG / Luncai Emas Juara
Juara Kategori
Balada "Hanya Satu" Johan Nawawi Johan Nawawi Nora Ariffin "Hanya Satu" [8] Warner - WEA Finalis
Irama Malaysia "Dondang Dendang" Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) Hairul Anuar Harun Noraniza Idris "Masyhur" [9] Suria Records Persembahan Terbaik
Pop Rock "Satu Cinta Dua Jiwa" Azlan Abu Hassan Ishak Ahmad (Ucu) Siti Nurhaliza "Adiwarna" [10] Suria Records Finalis
Balada "Syurga Di Hati Kita" Rozman Shafie (LY) Norkhayati Hashim (Baiduri) Ziana Zain "Ziana Zain" [11] Sony Music - BMG Finalis
Irama Malaysia "Samrah Mentari" Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) Hairul Anuar Harun Jamal Abdillah "Samrah" [12] Warner - WEA Finalis

KemenanganSunting

TriviaSunting

  • Edisi kali ini menampilkan persaingan sangat sengit antara Lagu Andalusia nyanyian M.Nasir & Hati Kama nyanyian Noraniza Idris & Siti Nurhaliza.
  • M.Nasir telah mencipta rekod peribadi dan rekod AJL kerana telah menjadi artis dan komposer pertama yang memenangi AJL sebanyak 3 kali selepas kali pertama pada tahun 1994 menerusi lagu 'TANYA SAMA ITU HUD HUD', kali kedua pada tahun 1997 dengan lagu 'GHAZAL UNTUK RABIAH' (duet bersama Jamal Abdillah).
  • Semasa dalam persembahan beliau, mungkin terlalu asyik dalam persembahan lagu, M.Nasir membaling Tamborin ke belakang dan hampir terkena pemain muzik orkestra di belakang beliau.
  • Kemunculan semula KRU dalam arena AJL, tetapi bertanding sebagai komposer & penulis lirik lagu 'Istimewa' nyanyian Kumpulan Indigo.
  • Juara Lagu kali ini merupakan kali kedua buat Siti Nurhaliza berentap dalam ketiga-tiga kategori selepas Juara Lagu 1998. Ini menunjukkan dua tahun berturut-turut beliau bertanding bagi tiga kategori yang berbeza.
  • Ziana Zain membuktikan kekuatan vokal beliau menerusi lagu Syurga Di Hati Kita meskipun beliau mengandung 2 bulan pada malam Anugerah Juara Lagu tahun ini.
  • Pak Ngah atau Suhaimi Mohd. Zain muncul sebagi komposer dan penulis lirik pertama yang layak dalam kategori Irama Malaysia menerusi 3 buah lagu iaitu Hati Kama, Samrah Mentari, dan Dondang Dendang sekaligus membuka peluang yang luas buat beliau untuk memenangi kategori tersebut.
  • Komposer Azmeer buat penampilan sulungnya sebagai komposer untuk lagu "Purnama Merindu" nyanyian Siti Nurhaliza.
  • Seperti AJL 1998, tiada kumpulan muzik (band) layak ke Anugerah Juara Lagu 1999 buat kali ketiga. Kumpulan Kopratasa layak ke AJL, tetapi tidak bermain muzik sendiri dalam kategori Irama Malaysia.
  • AJL 1999 menyaksikan Erra Fazira bertanding buat kali pertama menerusi lagu 'Jendela Hati'.
  • Noraniza Idris memenangi Persembahan Terbaik untuk 2 tahun berturut-turut.
  • Penampilan terakhir Jamal Abdillah & Shima bertanding di pentas akhir AJL.