Anugerah Juara Lagu ke-19

(Dilencongkan dari Anugerah Juara Lagu 2004)

Anugerah Juara Lagu 2004 telah diadakan pada 16 Januari 2005 jam 8.30 malam dan bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil. Anugerah Juara Lagu kali ini adalah Anugerah Juara Lagu yang ke-19 (AJL 19) dan bertemakan "Simfoni Alam Sejuta Ilham". 3 unsur alam telah digunakan untuk mewakili tiga kategori yang dipertandingkan iaitu "tanah" untuk kategori irama malaysia dan etnik kreatif, "angin" bagi kategori balada dan "api" untuk kategori pop rock.

Anugerah Juara Lagu
ke-19
Tarikh16 Januari 2005
TempatStadium Putra Bukit Jalil
PengacaraSarimah Ibrahim
Najip Ali
Cheryl Samad
PenerbitRashidah Karim
Muhamad Sufian Isa
PengarahMuhamad Sufian Isa
Tempoh Tayangan3 jam
Juara Lagu"Relaku Pujuk"
  • ← 2003
  • 2005 →


Logo bagi Anugerah Juara Lagu ke-19 2004

Anugerah Juara Lagu ke-19 yang diacarakan oleh Sarimah Ibrahim, Najip Ali dan Cheryl Samad telah membawakan 12 buah lagu untuk dipertandingkan di peringkat akhir Juara Lagu untuk dinobatkan sebagai Juara Lagu ke-19 bagi tahun 2004.

Finalis sunting

Untuk melihat senarai semi-finalis untuk Juara Lagu ke-19 , sila lihat Separuh Akhir Muzik Muzik ke-19.

Untuk merujuk senarai penuh finalis sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai lagu finalis Anugerah Juara Lagu.

Berikut adalah senarai finalis mengikut turutan giliran persembahan yang berentap di AJL ke-19:

Kategori Tajuk Lagu Komposer Penulis Lirik Penyanyi Petikan Album Label Keputusan
Irama Malaysia
Etnik Kreatif
"Nazam Berkasih" Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) Syed Indera Syed Omar (Siso) Syura Badron "Balaghah" [1] Fantasia Music City Finalis
Pop Rock "Tipah Tertipu" Farrish Zaquan Ramli (Cat Farish)
Syed Mohammad Syed Abdullah (Mode)
Farrish Zaquan Ramli (Cat Farish)
Kamaruzzaman Zain (Zain Hamid)
Kumpulan Ruffedge "Defined" Universal Music - EMI / Positive Tone
Balada "Semua Untukmu" Shahrizan Salmi Anuar Zain "Anuar Zain - Vol 2" [2] Universal Music - EMI / Syncrosound
Irama Malaysia
Etnik Kreatif
"Syair Pesona" Azhar Abu Bakar (Azmeer) Azira Azid Sharifah Zarina "Sharifah Zarina" [3] Interglobal Music
Pop Rock "Hanya Di Mata" Azlan Abu Hassan Ishak Ahmad (Ucu) Erra Fazira "Kini Kembali" [4] Sony Music - Erra Fazira Entertainment
Balada "Kala Hujan" Aidit Alfian Rosli Khamis (Loloq) Zamani Ibrahim "Zamani Terbaik" [5] NOVA Muzik - BMG
Irama Malaysia
Etnik Kreatif
"Hatinya Tak Tahan" Noraniza Idris Syed Indera Syed Omar (Siso) Noraniza Idris "Sawo Matang" [6] Universal Music- Gerak Budaya Records Persembahan Terbaik
Pop Rock "Simbiosis (Cinta Padamu)" Mohd Faizal Maas (Ajai) Ahmad Shahadrian Abdul Samad (Ad Samad) Ella "Simbiosis" Universal Music- EMI Finalis
Balada "Mengapa Harus Cinta?" Vince Chong M. Zulkifli Vince Chong "Vince" [7] Universal Music- EMI / Maestro
Irama Malaysia
Etnik Kreatif
"Erti Hidup" Afdlin Shauki
Fauzi Samim (Aji)
Afdlin Shauki Dayang Nurfaizah "Dayang Sayang Kamu" [8] New Southern Records - DN&AD Juara Kategori
Pop Rock "Rela Ku Pujuk" Rustam Mustafah (Tam) Mohd Khirin Omar (Keon) Kumpulan Spider "Nazraku" [9] NAR Records - Luncai Emas Juara
Juara Kategori
Balada "Pulangkan" Mohd Faizal Maas (Ajai) Habsah Hassan
Shuhaimi Baba
Misha Omar "Aksara" [10] Sony Music Juara Kategori
Vokal Terbaik

Personel sunting

Berikut adalah senarai tenaga produksi Anugerah Juara Lagu ke-19 :


Muhamad Sufian Isa - Pengarah / Penerbit
Rashidah Karim - Penerbit
Tg Sahilawati Tg Jehori - Penolong Penerbit
Roslina Abd Rahman - Penolong Penerbit
Adnan Suhaimi - Penolong Penerbit
Ismail Rasakh - Pembantu Penerbitan
Rozilawati Zainordin - Pembantu Penerbitan

Pemenang sunting

  • Kategori:
    • Balada: Pulangkan (Lagu: Ajai / Lirik: Habsah Hassan & Shuhaimi Baba / Misha Omar)
    • Pop Rock: Relaku Pujuk (Lagu: Tam / Lirik: Keon / Kumpulan Spider)
    • Irama Malaysia dan Etnik Kreatif: Erti Hidup (Lagu: Afdlin Shauki & Aji / Lirik: Afdlin Shauki / Dayang Nurfaizah)
  • Persembahan Terbaik: Noraniza Idris (Hatinya Tak Tahan)
  • Vokal Terbaik: Misha Omar ("Pulangkan")

Jemaah Juri sunting

  • Farihin Abdul Fatah (Ketua Juri)
  • Lukhman Abdul Kadir (Lukhman S.)
  • Ooi Eow Jin
  • Amran Omar
  • Aubrey Suwito
  • Sheila Majid
  • Shuhaimi Jais
  • Lim Swee Tin
  • Datuk Yusni Hamid

Untuk merujuk senarai penuh juri-juri yang pernah dilantik sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai Jemaah Juri Anugerah Juara Lagu.

Trivia sunting

  • AJL edisi kali ini merupakan penampilan terakhir penyanyi Anuar Zain sebelum beliau membuat keputusan untuk tidak lagi bertanding di pentas akhir Anugerah Juara Lagu pada edisi seterusnya. Bagaimanapun pada tahun 2011, lagu nyanyian beliau Sedetik Lebih berjaya ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-26. Namun disebabkan pendirian tetap beliau sebelum ini, maka Edry Abdul Halim sebagai pencipta lagu tersebut telah bertindak memilih Jaclyn Victor untuk menjadi penyanyi gantian untuk menyampaikan lagu tersebut.