Buka menu utama

Anugerah Juara Lagu ke-20

(Dilencongkan dari Anugerah Juara Lagu 2005)

Anugerah Juara Lagu ke-20 merupakan program hiburan berbentuk pertandingan lagu yang berprestij telah diadakan pada 5 Februari 2006 dan disiarkan secara langsung di TV3 bermula jam 8.30 malam sehingga 11 malam. Sepertimana tahun-tahun sebelumnya, Anugerah Juara Lagu mengekalkan tradisi mempertandingkan semua 12 lagu dalam tiga kategori iaitu Irama Malaysia & Etnik Kreatif, Balada & Pop Rock.

Anugerah Juara Lagu ke-20
TV3
Tarikh 5 Februari 2006
Tempat Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur
Pengacara Amy Mastura
Farah Fauzana
Ezlynn
Hans Isaac
Ally Iskandar
Tempoh 2 jam 30 minit (siaran langsung)
1 jam (siaran ulangan)
Juara Lagu "Gemilang"
nyanyian Jaclyn Victor
(gubahan: Aubrey Suwito/
lirik: Asmin Mudin)
 < 2004 Anugerah Juara Lagu 2006 > 

11 orang penyanyi telah mempertandingan lagu dalam Anugerah Juara Lagu ke-20 ini yang bukan hanya telah memberikan satu bentuk persaingan yang sihat, malah pertandingan ini menyaksikan satu persembahan mantap, bertenaga, kreatif dan inovatif dan semuanya terserlah dengan iringan 33 pemuzik yang dipimpin oleh maestro muzik terkenal, Ramli M.S.

KonsepSunting

 
Logo Anugerah Juara Lagu ke-20 2005

"Evolusi Muzik Berterusan" telah dijadikan tema atau konsep bagi Anugerah Juara Lagu kali ini. Secara dasarnya takrifnya ialah "proses perkembangan" atau "proses pergerakan mengikut zaman" dan sahih ia adalah persesuaian apabila dijadikan konsep untuk anugerah kali ini kerana itulah yang disaksikan sepanjang 20 tahun yang dibina menerusi program ini.

Evolusi yang dicipta menerusi AJL memberikan refleksi kepada perkembangan muzik, budaya dan seni yang sentiasa bergerak di atas landasan positif di mana ia sentiasa memanjat tangga modenisasi dengan berpaksikan kreativiti tetapi dalam pada masa yang sama masih mengekalkan nilai-nilai tradisi yang selalu menjadi kebanggaan kita, rakyat Malaysia.

Konsep evolusi direalisasikan dalam AJL 20 yang secara harafiah menjejaki proses perkembangan seni muzik itu dari era Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ke era Pop Yeh Yeh dan kemudian meniti era Pop Hindustani sebelum disuntik era Blues, Pop, Rock, Rap, Irama Malaysia, Etnik Kreatif, Hip Hop sehinggalah ke era Fusion dan Progresif.

PengacaraanSunting

Kali ini, tugas mengacara tidak akan diletakkan sepenuhnya di bahu Cheryl Samad, sebaliknya beliau telah dibantu oleh beberapa pengacara jemputan lain di kalangan personaliti tanah air seperti Amy Mastura, Farah Fauzana, Ezlynn, Hans Isaac dan Ally Iskandar yang menemani Cheryl secara bergilir dengan menampilkan fesyen yang menunjukkan pelbagai genre muzik dan budaya telah dialami oleh aliran muzik Malaysia.

FinalisSunting

Etnik Kreatif/Irama MalaysiaSunting

"Aduh Saliha"
Artis: Mawi
Penggubah: M. Nasir (Mohd Nasir Mohamad)
Penulis Lirik: Loloq (Rosli Khamis)

"Semalakama"
Artis: Zehra Zambri
Penggubah: Pak Ngah (Suhaimi Mohd Zain)
Penulis Lirik: Ce’kem (Mohd Kamarulzaman Taib)

"Taat"
Artis: Rohana Jalil
Penggubah: Rosli Selasih (Rosli Md Kasa)
Penulis Lirik: Tok Wan (Mohd Amin Ibrahim)

"Ayuh Juragan"
Artis: Noraniza Idris
Penggubah: Noraniza Idris
Penulis Lirik: Fedtri Yahya (Ahmad Fedtri Yahya)


BaladaSunting

"Awan Yang Terpilu"
Artis: Ning Baizura
Penggubah: Lin Li Zhen (Lim Lei Tin)
Penulis Lirik: Loloq (Rosli Khamis)

"Elegi Sepi"
Artis: Azharina
Penggubah: Azlan Abu Hassan
Penulis Lirik: Julfekar (Julfekar Ahmad Shah)

"Gemilang"
Artis: Jaclyn Victor
Penggubah: Aubrey Suwito (Aubrey Teh Boon Eng @ Aubrey Naga Suwito)
Penulis Lirik: Asmin Mudin

"Wajah"
Artis: Jaclyn Victor
Penggubah: Othman Mohamed
Penulis Lirik: Habsah Hassan


Pop RockSunting

"Gaia"
Artis: Zainal Abidin
Penggubah: Pacai (Syed Ahmad Faizal Syed Fadzil)
Penulis Lirik:Pacai & Zainal Abidin (Zainal Abidin Mohamed)

"Kata"
Artis: Hazami
Penggubah: Hazami, Tris & Arab (Norkamal Hazami Ahmad, Trisno Asyraf Zainal Abidin & Syed Azlan Syed Abu Bakar)
Penulis Lirik: Hazami & Tris

"Pop Ye Ye"
Artis: Kumpulan V.E.
Penggubah: Cham, Lah, Zaf, Damien (Charma Adizalilullah, Abdullah Ahmad, Zafri Nazaruddin, & Damien Seet)
Penulis Lirik: Zaf & Cham

"Tak Tahu"
Artis: Adam
Penggubah: Edry KRU (Edry Abd Halim)
Penulis Lirik: Edry KRU


PemenangSunting

 
Jaclyn Victor menerima hadiah bagi Juara Lagu 2005
  • Kategori:
    • Etnik Kreatif: "Aduh Saliha" (M. Nasir/Loloq/Mawi)
    • Balada: "Gemilang" (Aubrey Suwito/Asmin Mudin/Jaclyn Victor)
    • Pop Rock: "Kata" (Hazami, Tris & Arab/Hazami)
  • Vokal Terbaik: Hazami ("Kata")
  • Persembahan Terbaik: Mawi ("Aduh Saliha")

TriviaSunting

  • Mawi, Hazami, Jaclyn Victor masing-masing memenangi 2 kategori
  • Tiada kumpulan muzik (band) layak ke AJL kali ini
  • Rohana Jalil mencipta rekod apabila menjadi penyanyi pertama yang membuat kemunculan di AJL dalam tiga dekad berturut-turut iaitu penyertaan di era 80an, 90an dan 2000an.
  • Pada awalnya Hans Isaac akan menjadi sebahagian daripada hos AJL 20 namun dia menarik diri pada saat akhir,lalu tempatnya diganti oleh Ally Iskandar.
  • Amy Mastura menunjukkan contoh professionalism yang baik apabila terus mengacara biarpun mempunyai masalah kehilangan suara akibat selsema dan batuk. Amy beraksi dengan suara serak yang menimbulkan saat-saat lucu dalam majlis tersebut.