Anugerah Juara Lagu ke-10


Juara Lagu 1995 ialah pertandingan yang membariskan lagu-lagu Melayu untuk dinobatkan sebagai "Juara Lagu" bagi tahun 1995. Malam pertandingan ini telah diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Anugerah ini telah diacarakan oleh Azwan Ali dan Fauziah Ahmad Daud serta dibantu oleh Shamsul Ghau Ghau dan Iwan Dasri (Sinaran Pasport Kegemilangan). Anugerah kali ini juga telah melakukan lintas langsung di beberapa buah bandar lain antaranya Alor Setar, Kuching, Melaka dan Kuala Terengganu bersama barisan penyanyi baru Maya, Shajiry Dameri, Azie dan Mamat (Exist).

Anugerah Juara Lagu
ke-10
TarikhDisember 1995
TempatDewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur
PengacaraAzwan Ali
Fauziah Ahmad Daud
(Dibantu oleh:
Shamsul Ghau Ghau & Iwan Dasri)
Tempoh Tayangan2 jam 30 minit
Juara Lagu"Cinta Beralih Arah"

Finalis sunting

Untuk melihat senarai semi-finalis untuk Juara Lagu 1995, sila lihat Separuh Akhir Muzik Muzik 1995.

Untuk merujuk senarai penuh finalis sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai lagu finalis Anugerah Juara Lagu.

Berikut adalah senarai finalis mengikut turutan giliran persembahan yang berentap di AJL ke-10:

Kategori Tajuk Lagu Komposer Penulis Lirik Penyanyi Petikan Album Label Keputusan
Irama Malaysia "Zapin Senandung Dua" Mohamed Ali (Mat Penang) Othman Ali (Kapten Othman Ali) Rosiah Chik "Airmata Hati"[1] Universal - Ponycanyon / Jojo's Finalis
Balada "Lamunan Terhenti" Saari Amri Saari Amri Aris Ariwatan "Aris" [2] Universal - EMI Finalis
Pop Rock "Kau dan Aku" Ross Ariffin Ning Baizura Ning Baizura
(Digantikan oleh Kumpulan Kool)
"Ning" [3] Sony Music Juara Kategori
Irama Malaysia "Diari Y.B." ND Lala Adi Al Hadi ND Lala "Peel 2: Kata Tak Sekata" [4] Suria Records Juara Kategori
Balada "Di Persimpangan Dilema" Adnan Abu Hassan Elynna Abdullah
Amran Omar
Nora Ariffin "Sandiwara" [5] Warner - WEA Finalis
Pop Rock "Seribu Impian" Aubrey Suwito Shathesh Raj A/L Ramachandran (Tessh R.S) [6] Casey Subramaniam "Casey" [7] Scat Records Finalis
Irama Malaysia "Cinta Dangdut" Che Wan Zulkifli Che Wan Abdul Ghani (Wan Zul) Saidin Omar (Adinda Amiro) Ayati Tasrip
(Digantikan oleh Masleena)
"Cinta Dangdut" [8] Universal - SCS Finalis
Balada "Cinta Beralih Arah" Jari Idris Habsah Hassan Aishah "Wajah" [9] Sony Music Juara
Juara Kategori
Persembahan Terbaik
Pop Rock "Di Bayang Awan" Mohamad Nasir Mohd (M. Nasir) Mohd Khirin Omar (Keon) Awie "Awie" [10] Sony Music - BMG Finalis
Irama Malaysia "Manis Masa Bercinta" Saari Amri Habsah Hassan Haida Hassan "Hajat" [11] Sony Music - BMG / Matahari Finalis
Balada "Di Pintu Mahligai" Umarul Mazhar Embong (Umarul) S. Amin Shahab Kumpulan Iklim "Iklim [12] Warner - WEA Finalis
Pop Rock "Meniti Hari" Fauzi Marzuki Amran Omar Amy Mastura "Amy Mastura" [13] Universal - Ponycanyon Finalis

Pemenang sunting

  • Juara Keseluruhan: "Cinta Beralih Arah" - Aishah (Jari / Habsah Hassan)
  • Juara Kategori:
    • Irama Malaysia: "Diari Y.B." - N.D. Lala
    • Balada: "Cinta Beralih Arah" - Aishah
    • Pop Rock: "Kau dan Aku" - Kumpulan Kool
  • Persembahan Terbaik: Aishah - "Cinta Beralih Arah"
  • Sempena sambutan 10 tahun, TV3 memberikan anugerah istimewa untuk penyertaan terbanyak dalam AJL

Jemaah Juri sunting

  • Ooi Eow Jin (Ketua Juri)
  • Khalid Zulkawi (Ketua Audit Dalaman)

Panitia Lirik sunting

  • Mukhlis Nor
  • Dr. Ariff Ahmad
  • Bob Lokman
  • Prof. Madya Siti Zainon Ismail

Panitia Melodi sunting

  • Radzi M (Singapore)
  • Manthous (Indonesia)
  • Manan Ngah (Malaysia)
  • Danielo P. Olivares (Filipina)

Juri Awam sunting

  • 30 orang juri awam berpusat di Alor setar
  • 30 orang juri awam berpusat di Melaka
  • 30 orang juri awam berpusat di Kuala Terengganu
  • 30 orang juri awam berpusat di Kuching

Untuk merujuk senarai penuh juri-juri yang pernah dilantik sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai Jemaah Juri Anugerah Juara Lagu.

Persembahan selingan sunting

Persembahan selingan kali ini memaparkan bakat lakonan, tarian dan nyanyian Aznil yang lincah diiringi kumpulan yang digelar "The Gambit". Mereka mengembalikan imbauan AJL sempena sedekad Anugerah Juara Lagu dengan menunjukkan bagaimana dia merosakkan persembahan lagu-lagu AJL yang terbaik. Antaranya adalah dari persembahan "Janji Manismu". Aznil merampas beg daripada "Aishah" dan mengeluarkan benda dari dalam beg tersebut dan benda itu adalah barang dapur seperti kuali, lesung batu dan mesin pengisar! Penutup persembahan tersebut adalah Aznil menyanyikan lagunya yang bertajuk "Kaulah Bintang" sebagai dedikasi kepada pejuang seni muzik.

Trivia sunting

  • AJL edisi ini merupakan tahun terakhir Azwan Ali mengendalikan Pertandingan Akhir AJL setelah mengacarakan AJL selama 7 tahun. Azwan dilantik menjadi penerbit Muzik-muzik dan AJL untuk edisi seterusnya.
  • Aishah, Saleem & Awie bersatu kembali dalam AJL, selepas mereka bertiga pernah berentap sengit pada AJL 5 1990, dimana Aishah menjuarai AJL pada ketika itu, dan Awie masih bersama dengan Kumpulan Wings.
  • Dua lagu tidak dinyanyikan oleh penyanyi asal pada anugerah kali ini iaitu "Cinta Dangdut" (Ayati Tasrip) dan "Kau dan Aku" (Ning Baizura).
  • Edisi ini juga merupakan pertama kali Pengacara menemuramah para peserta di belakang pentas.
  • Awie yang begitu popular pada ketika itu, bergerak solo selepas keluar dari Kumpulan Wings.
  • Kumpulan Kool merupakan 'boyband' pertama yang memenangi anugerah dalam AJL.
  • Kumpulan Kool merupakan artis gantian pertama yang memenangi anugerah (Juara Kategori Pop Rock) dalam AJL. Kumpulan ini menggantikan Ning Baizura dengan lagu Kau Dan Aku.
  • Edisi juga penampilan pertama Nora & Amy Mastura dalam gelanggang pertandingan akhir AJL.
  • Rosiah Chik merupakan penyanyi veteran pertama yang bertanding masuk dalam Anugerah Juara Lagu.
  • N.D. Lala dan Aishah saling bantu-membantu dalam prop persembahan masing-masing.
  • Aishah mencatat sejarah pertama dalam AJL menjadi artis pertama memenangi Juara Lagu & Persembahan Terbaik sebanyak 2 kali.
  • AJL 10 meraikan satu dekad penganjuran Juara Lagu dan memperkenalkan format lintas langsung bersama 30 orang juri awam dari setiap wilayah seluruh negara. Berikut adalah wakil artis yang berada di lokasi lintas langsung iaitu di PWTC, dan bersama Shajiry Dameri (Melaka), Maya Matahari (Terengganu), Azie (Kedah) dan Mamat (Sarawak).