Anugerah Juara Lagu ke-2
Anugerah Juara Lagu 1987 (AJL 87) adalah pertandingan yang membariskan lagu-lagu Melayu untuk dinobatkan sebagai "Juara Lagu". AJL 87 telah diadakan pada 20 Disember 1987 di Auditorium Besar Angkasapuri, RTM dan diacarakan oleh Karim Muhammad dan Noor Kumalasari. AJL 87 menampilkan juara bulanan untuk dipertandingkan.
Anugerah Juara Lagu ke-2 | |
---|---|
Tarikh | 20 Disember 1987 |
Tempat | Auditorium Besar Angkasapuri, Kuala Lumpur |
Tajaan | Player's Gold Leaf |
Pengacara | Karim Muhammad Noorkumalasari |
Penerbit | Mokhtar Abu Bakar |
Ketua Juri | Dato' Johari Salleh |
Pengarah | Dato' Ooi Eow Jin |
Tempoh Tayangan | 102 minit |
Juara Lagu | "Menaruh Harapan" Nyanyian: Zaiton Sameon Muzik: A. Ali Lirik: Habsah Hassan |
Sorotan | |
Persembahan Terbaik | Sudirman ("Merisik Khabar") |
Penulis Lirik Terbaik | Habsah Hassan ("Menaruh Harapan") |
Senarai Finalis
suntingGil. | Tajuk Lagu | Komposer | Penulis Lirik | Penyanyi |
---|---|---|---|---|
1 | "Mulanya Di Sini" | Royston Sta Maria | Syed Haron Ahmad | Freedom |
2 | "Hadirmu" | Jayaraman | Ramlan Ghazali | Alleycats |
3 | "Kerna Terpaksa" | Manan Ngah | Mama Juwie | Francissca Peter |
4 | "Angan Angan" | Fauzi Marzuki | Habsah Hassan | Skyfire[a] |
5 | "Mengapa Sepi Tanpa Berita" | Ismail Ahmad Nawab | Mama Juwie | Steps |
6 | "Ku Pendam Sebuah Duka" | Ismail Farez | Lukhman S. | Khadijah Ibrahim |
7 | "Sayang Semuanya Sudah Terlambat" | Ahmad Nawab | Mama Juwie | Shidee |
8 | "Memori Luka" | Jeffrey Ulis | Headwind | |
9 | "Merisik Khabar" | Manan Ngah | Habsah Hassan | Sudirman |
10 | "Sekeping Hati Yang Luka" | Zaidin Mohd Nor | Alleycats | |
11 | "Menaruh Harapan" | A. Ali | Habsah Hassan | Zaiton Sameon |
Keputusan
suntingAnugerah | Kedudukan | Penyanyi | Judul Lagu | Komposer | Penulis Lirik |
---|---|---|---|---|---|
Juara Lagu | Juara Lagu | Zaiton Sameon | "Menaruh Harapan" | A. Ali | Habsah Hassan |
Naib Juara | Shidee | "Sayang Semuanya Sudah Terlambat" | Ahmad Nawab | Mama Juwie | |
Tempat Ketiga | Francissca Peter | "Kerna Terpaksa" | Manan Ngah | Mama Juwie & Razief | |
Persembahan Terbaik | Tempat Pertama | Sudirman | "Merisik Khabar" | — | |
Tempat Kedua | Zaiton Sameon | "Menaruh Harapan" | — | ||
Tempat Ketiga | Khatijah Ibrahim | "Ku Pendam Sebuah Duka" | — | ||
Penulis Lirik Terbaik | Habsah Hassan |
Trivia
sunting- Edisi kali ini, Buat pertama kali Pengacara duduk [bermeja] mengacarakan anugerah juara lagu, diikuti pada AJL 3 1988, AJL 6 1991, AJL 7 1992.
- Lagu "Angan-angan" telah mengalahkan lagu "Sinaran" nyanyian Sheila Majid ketika peringkat separuh akhir bulanan bulan Januari dan sejak itu, lagu nyanyian Sheila Majid tidak pernah dicalonkan lagi dalam carta muzik-muzik dan Anugerah Juara Lagu.
- Edisi ini adalah satu-satunya penyertaan Penghibur No 1 Asia, Allahyarham Dato' Sudirman bin Haji Arshad ke Pertandingan Akhir Juara Lagu dengan mempertaruhkan lagu Merisik Khabar sekaligus mendapat Persembahan Terbaik.
- Sudirman memenangi persembahan terbaik dengan menggunakan suasana yang kelam dan pemetik api sahaja.
- Ketika persembahan dilakukan, berlaku ganguan teknikal pada persembahan Kumpulan FREEDOM dimana mikrofon kedua-dua penyanyi, Seha & Shuib tidak berfungsi dengan baik lalu mengganggu kelancaran dan mutu persembahan mereka.
- Edisi ini juga buat pertama kali, Kategori Lirik Terbaik diperkenalkan bagi menaikkan martabat & mutu & kualiti penciptaan lirik & penulis lirik lagu, sebelum disatukan semula dengan Kategori Keseluruhan Juara Lagu pada edisi Juara Lagu 7 1992.
- Lirik Terbaik berjaya mengiktiraf Habsah Hassan sebagai pemenang wanita pertama memenangi Juara Lagu melalui lagu Menaruh Harapan.
- Seramai 4 Kumpulan memasuki Peringkat Akhir Juara Lagu ini, iaitu Kumpulan Alleycats dengan 2 buah lagu, Kumpulan Freedom, Kumpulan Rock Headwind & Kumpulan Steps. Kumpulan Skyfire menggantikan Raja Ema dengan Lagu Angan-Angan.