Anugerah Juara Lagu ke-28

Anugerah Juara Lagu ke-28 (AJL28) ialah konsert dan majlis penghargaan tahunan bagi karya muzik Malaysia yang diperkumandangkan dalam carta Muzik Muzik TV3 musim 2013. Tema pementasan AJL28 ialah "Game On"[1] yang berunsur suasana dan aksi permainan video. Juara AJL28 membawa pulang trofi serta wang tunai bernilai RM35,000, naib juara (trofi dan RM15,000), tempat ketiga (trofi dan RM12,000) manakala persembahan dan vokal terbaik masing-masing akan membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000.[1]

Anugerah Juara Lagu
ke-28
Tarikh26 Januari 2014
TempatStadium Putra Bukit Jalil
PengacaraAG Selamat & Scha Al-Yahya
PenerbitMuhamad Sufian Che Isa
Juara Lagu"Bahagiamu Deritaku"
  • ← ke-27
  • ke-29 →

Muzik-Muzik Separuh Akhir sunting

Konsert Muzik-Muzik Separuh Akhir disiarkan pada tiga malam Jumaat berturut-turut pada 8, 15 dan 22 November 2013, jam 9 malam, bersiaran langsung dari Sri Pentas 2, Shah Alam.

Kesemua lagu yang layak diadili oleh barisan juri profesional iaitu Azlan Abu Hassan, Aubrey Suwito, Ajai, Ad Samad, Azmeer dan Datuk Ramli M.S selaku ketua juri di peringkat separuh akhir.[1]

Untuk melihat senarai semi-finalis untuk Juara Lagu ke-28, sila lihat Separuh Akhir Muzik Muzik 28.

Finalis sunting

Untuk merujuk senarai penuh finalis sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai lagu finalis Anugerah Juara Lagu.

Berikut adalah senarai finalis mengikut turutan giliran persembahan yang berentap di AJL ke-28:

Giliran Tajuk Lagu Komposer Penulis Lirik Penyanyi Petikan Album Label Keputusan
1 "Aku Pelat" Farwa De Attaher (DJ Fuzz) Ashraaf Salam A. Azlan (Salam)
Noranieyzah Bahra (Eyza Bahra)
Jay Tan
Kumpulan Salammusik
Ziondread
"O" [2] △ - Salam Musik / Muserk Rights[3] Finalis
2 "Takkan Terpisah" Rudi Muhammad (Kuncidemak) Black Hanifah [4] Astro Entertainment [5]
3 "In Love With You" Muhammad Noh Salleh Aizat Amdan
Noh Salleh
[6];
kemudian dimuatkan dalam "Legasi" (2014) [7]
Indigital - Kasi Gegar Entertainment
4 "Hanya Aku" Shahron Hussein (Ronnie)
Khairul Nizam Baharom (Toi)
Md Zakir Mohd Rahizan (Akir)
Freddy Ady Putra Adnan (Freddy)
Sharizan Syarifudin (Intan)
Zamri Haron (Labib)
Faez Haled Mohd Rahizan (Frozen) Kumpulan HyperAct [8];
kemudian dimuatkan dalam "Impian" (2015) [9]
Universal Music - Rusa Music Naib Juara
5 "Bosan" Mok Chuang Yew (Audi Mok)
Kimberly Chin
Omar Khan Rahmattullah Khan (Omar K)
Kimberly Chin
Omar Khan Rahmattullah Khan (Omar K)
Stacy Anam "Stay-C" [10] Warner Music - Astro Entertainment Finalis
6 "Bahagiamu Deritaku" Rozman Shafie (LY) Norkhayati Hashim (Baiduri) Hafiz Suip "Luahan Hati Anak Seni" [11] Warner Music - Astro Entertainment Juara
Persembahan Terbaik
7 "Penglipurlara" Omar Khan Rahmattullah Khan (Omar K) Zhell Firdaus Hadhuan Hazama Azmi
Kumpulan The Penglipurlara
"Penglipurlara" [12] Warner Music - Astro Entertainment Finalis
8 "Ikut Rentakku" Edry Abdul Halim Jaclyn Victor "Ikut Rentakku" [13] KRU Records Vokal Terbaik
9 "Sahabat" Imratul Najwa binti Abdul Latif (Najwa Latif) Iqhwatul Syafika binti Abdul Latif (Ika Latif)
Muhammad Alif Abdullah (Alyph)
Najwa Latif
Syam Kamarul
Kumpulan SleeQ
"Najwa Latif"[14] NAR Records - Fantasia Music City Finalis
10 "Tanda Tanya" Tassiq Saidi Hashim (Tass/Light)
Bakri Ismail (Bakri Maembong)
Azlan Rosle (Dark) Kumpulan Azlan & The Typewriter [15] △ - DarkLiquid Music
11 "Kau Yang Terindah" Erma Fatima (Citra) Alyah [16] △ - Like Music Sdn Bhd / Rumah Karya Citra
12 "Kalau Aku Kaya" Omar Khan Rahmattullah Khan (Omar K)
Mok Chuang Yew (Audi Mok)
Ahmad Abdul Rahman (Altimet) Altimet
Awi Rafael
[17];
kemudian dimuatkan dalam "Kotarayaku" (2014) [18]
Warner Music - Kartel Records Ketiga

Pemenang sunting

  • Juara Lagu: Bahagiamu Deritaku - Hafiz Suip (Komposer: LY / Penulis Lirik: Baiduri), RM35,000 dan Trofi
  • Naib Juara Lagu: Hanya Aku - Hyper Act (Komposer: Hyper Act / Penulis Lirik: Frozen), (RM15,000 dan Trofi)
  • Tempat Ketiga: Kalau Aku Kaya - Altimet & Awi Rafael (Komposer: Omar K & Audi Mok / Penulis Lirik: Altimet), (RM12,000 dan Trofi)
  • Vokal Terbaik: Ikut Rentakku - Jaclyn Victor, (RM10,000 dan Trofi)
  • Persembahan Terbaik: Bahagiamu Deritaku - Hafiz Suip, (RM10,000 dan Trofi)
  • Anugerah Juara Mobile Celcom: Bahagiamu Deritaku - Hafiz Suip

Jemaah Juri sunting

Untuk merujuk senarai penuh juri-juri yang pernah dilantik sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai Jemaah Juri Anugerah Juara Lagu.

Trivia sunting

  • Edisi kali ini memperlihatkan beberapa penyanyi yang buat pertama kali layak ke pentas AJL iaitu Sleeq, Shamkamarul, Hyper Act, Awi Rafael dan Salammusik.
  • Jaclyn Victor merupakan artis senior memasuki Anugerah Juara Lagu. Kali terakhir beliau ke pentas AJL secara solo (lagu sendiri) adalah pada AJL 20 dengan dua buah lagu, 'Gemilang' & 'Wajah'.
  • Jaclyn Victor juga memecah rekod apabila merampas anugerah Vokal Terbaik daripada Hafiz yang dimenanginya tiga tahun berturut-turut.
  • Eyza Bahra dari Salammusik merupakan 'rapper' wanita pertama yang layak ke pentas AJL.
  • Kemenangan "Bahagiamu Deritaku" di pentas AJL kali ini merupakan kemenangan 'Juara Lagu' kedua untuk Hafiz Suip.
  • Buat pertama kalinya persembahan terbaik 100% diadili oleh pengundi menyebabkan persembahan Stacy (Bosan) yang berkonsepkan "Resident Evil" yang menepati tema "Game On" tewas di tangan Hafiz (Bahagiamu Deritaku).

Sambutan sunting

Mengikut ukuran dibuat Nielsen Audience Measurement kira-kira 6 juta atau lebih 57% penonton dari jam 9.00 malam hingga 11.30 malam. Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan stesen televisyen (TV3), jumlah tersebut menunjukkan penanda aras terbesar bagi sebuah acara siaran langsung kategori hiburan yang diterbitkan stesen berkenaan. "Ia meliputi jumlah tontonan menerusi Internet di laman web rasmi TV3 yang turut menyajikan acara karpet ungu, galeri, video dan Di Sebalik Tabir. "Keunggulan AJL28 sebagai acara pembuka tirai tahunan bagi stesen televisyen ini tidak perlu disangkal lagi kerana kemunculannya sentiasa ditunggu-tunggu para peminat muzik tempatan," menurut kenyataan itu. AJL28 turut mencatat jumlah tontonan memberangsangkan menerusi live streaming yang mencecah 327,598 penonton dengan Malaysia adalah penyumbang utama iaitu sebanyak 141,824 diikuti Singapura (14,448), United Kingdom (4,103), Brunei (3,254) dan Amerika Syarikat (2,194). Sementara itu, lebih 20,000 streaming menerusi portal muzik baharu, 'Tonton Music' direkodkan pada malam AJL28 sahaja. Pada masa sama, laman sosial Twitter mencatatkan 251,000 Tweets yang turut dikongsi menggunakan kata kunci #AJL28 manakala sebanyak 12,929 gambar pada pertandingan itu dikongsi di Instagram.

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Siaran Media: Anugerah Juara Lagu 28". TV3. 7 Jan 2014. Dicapai pada 25 Jan 2014.
  2. ^ https://www.discogs.com/Salam-Musik-O/release/10728882
  3. ^ https://www.salammusik.com/product/salammusik-o-album/
  4. ^ https://www.musicunlimited.com.my/MaxisMU/?r=album/info&albumID=1786416
  5. ^ https://www.youtube.com/watch?v=H9vqVwch9P8
  6. ^ https://music.apple.com/gb/album/in-love-with-you-single/1054256056
  7. ^ https://www.discogs.com/Aizat-Legasi/release/5820416
  8. ^ https://www.youtube.com/watch?v=dqyyIUnCUuQ
  9. ^ https://music.apple.com/us/album/impian/1535177646
  10. ^ https://music.apple.com/au/album/stay-c/577217378
  11. ^ https://www.discogs.com/Hafiz-Suip-Luahan-Hati-Anak-Seni/release/11414239
  12. ^ https://music.apple.com/my/album/penglipur-lara/690396321
  13. ^ https://www.discogs.com/Jaclyn-Victor-Ikut-Rentakku/release/11122021
  14. ^ https://www.allmusic.com/album/najwa-latif-mw0003383646
  15. ^ https://www.youtube.com/watch?v=_Y7DA8szJyY
  16. ^ https://www.youtube.com/watch?v=0RIyZnJDoVs
  17. ^ https://www.youtube.com/watch?v=E5z5jSgI_0Y
  18. ^ https://music.apple.com/my/album/kotarayaku/849793297?l=ms

Pautan luar sunting