Anugerah Juara Lagu ke-6

Anugerah Juara Lagu 1991 (Juara Lagu '91) merupakan pertandingan yang menampilkan lagu juara bulanan muzik-muzik yang dipertandingkan untuk dinobatkan sebagai Juara Lagu bagi tahun 1991. Anugerah Juara Lagu 1991 telah berlangsung pada 29 Disember 1991 bertempat di PWTC, Kuala Lumpur. Siaran tersebut ditayangkan secara langsung melalui TV3 dan ditaja oleh SHARP. Seramai 3 orang artis solo dan 8 kumpulan rock telah berentap mempertaruhkan lagu dari penggubah masing-masing. Pada tahun ini, tema rock dipertaruhkan hampir kesemua peserta. Seramai 3 orang pengacara telah bergabung tenaga untuk mengacarakan rancangan ini iaitu Azwan Ali, Melissa Saila dan Intan Rozila. Pengacaraan mereka disampaikan dengan sebuah cerita yang menggunakan tajuk lagu yang dipertandingkan sebagai jalan cerita.

Anugerah Juara Lagu
ke-6
Tarikh29 Disember 1991
TempatDewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur
PengacaraAzwan Ali, Melissa Saila & Intan Rozila
Juara Lagu"Takdir Dan Waktu"


Pengacara Juara Lagu 91

Finalis

sunting
 
Ella mendendangkan Sepi Sekuntum Mawar Merah

Untuk merujuk senarai penuh finalis sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai lagu finalis Anugerah Juara Lagu.

Berikut adalah senarai finalis mengikut turutan giliran persembahan yang berentap di AJL ke-6:

Tajuk Lagu Komposer Penulis Lirik Penyanyi Petikan Album Label Juara Bulanan Keputusan
"Memburu Rindu" M. Nasir Bob Lokman Hattan "Hattan"[1] Universal - FMG Mei '91 Finalis
"Takdir Dan Waktu" Rahim Othman Abdul Jalil Salleh (Juwie) Kumpulan Mega "Ilustrasi" [2] Universal - BMG/Jojo's November '91 Juara
"Umpama Mimpi Dalam Mimpi" Awang BPR S. Amin Shahab Kumpulan Damasutra "Antara Sutra Dan Bulan" [3] Universal - Sinar Muzik Julai '91 Persembahan Terbaik 2
"Penantian" Saari Amri Azhar Osman (Mario) Kumpulan Blackrose "Black Rose" [4] Sony - BMG April '91 Finalis
"Gugurnya Bunga Cinta" Ismail Ahmad Nawab Nizam Arjuna Kumpulan Laksamana "Syukur" [5] Universal - BMG/ Nawab's Jun '91 Finalis
"Sepi Sekuntum Mawar Merah" Fauzi Marzuki Lukhman S. Ella "Identiti" [6] Warner - WEA Mac '91 Finalis
"Patahnya Sayap Malam" Awang BPR Ainol Jamal (Zur'Ain) Kumpulan Masa "Masa Scarecrow : Doktrin Metos" [7] New Southern Records - PMI Februari '91 Finalis
"Setelah Aku Kau Miliki" Saari Amri Azida NS Shima "Shima Vol. 2" [8] Sony Oktober '91
  • Naib Juara
  • Persembahan Terbaik 1
"Cinta Bandar Tasik Selatan" Farida Nur Cahaya Kumpulan Olan "Cinta Bandar Tasik Selatan" [9] New Southern Records Ogos '91 Finalis
"Tiara" M. Nasir M. Nasir Kumpulan Kris "Tiara" [10] Life Records - Life Rekod/Gong Production September '91
  • Tempat Ketiga
  • Lirik Terbaik
  • Persembahan Terbaik 3
"Antara Gadis" Afzainizam Azimah Kumpulan Dinamik "Revolusi Mental" [11] New Southern Records Januari '91 Finalis

Pemenang

sunting
Anugerah Kedudukan Judul Lagu Artis Komposer Penulis Lirik
Juara Lagu
Tempat Pertama (Lagu Terbaik AJL) Takdir Dan Waktu Kumpulan Mega Rahim Othman Juwie
Tempat Kedua Setelah Aku Kau Miliki Shima Saari Amri Azida NS
Tempat Ketiga Tiara Kumpulan Kris M. Nasir
Anugerah Kedudukan Judul Lagu Artis
Persembahan Terbaik
Tempat Pertama Setelah Aku Kau Miliki Shima
Tempat Kedua Umpama Mimpi Dalam Mimpi Kumpulan Damasutra
Tempat Ketiga Tiara Kumpulan Kris
Anugerah Judul Lagu Penulis Lirik
Lirik Terbaik Tiara M. Nasir

Trivia

sunting
  • Muzik Tema AJL bertukar rentak menjadi lebih kearah Muzik Pop Rock kerana kesemua lagu yang layak ke AJL kali ini berunsurkan rentak Rock.
  • Edisi kali ini menampilkan 3 Pengacara, Azwan Ali & Melissa Saila sebagai Pengacara Utama & Intan Rozila sebagai pembantu pengacara.
  • Ini kali kedua pengacara utama duduk bermeja mengacara AJL, dengan pengacara membuat "Story-telling" atau cerita dalam lagu.
  • Edisi kali ini juga menampikan sekali lagi dominasi Kumpulan Rock dengan penyertaan terbanyak dalam sejarah AJL dengan seramai 8 kumpulan, diterajui oleh pemenang AJL 6, Kumpulan Mega, diikuti Kumpulan Kris, Kumpulan Damasutra, Kumpulan Dinamik, Kumpulan Massa, Kumpulan Blackrose, Kumpulan Laksamana & Kumpulan Olan.
  • Hanya 3 artis solo, iaitu Hattan diiringi Kumpulan Double Trouble, 2 penyanyi wanita, Ella & Shima, dapat menyertai AJL kali ini.
  • Terdapat kritikan hebat oleh peminat muzik rock sendiri terhadap beberapa kumpulan rock yang menyertai AJL kali ini, seperti kritikan terhadap mutu persembahan & vokal Kumpulan Blackrose & Kumpulan Massa yang agak tidak memuaskan pada malam tersebut.
  • Semasa di awal persembahan Kumpulan Damasutra, mikrofon tidak berfungsi, namun ianya tidak menjejaskan kualiti nyanyian penyanyi kumpulan tersebut (Bagio) bertindak profesional dengan meneruskan nyanyian sehingga pihak produksi segera menggantikan mikrofon baru lalu mendapat tempat ke-2 persembahan terbaik.
  • Tirai Juara Lagu 1991 telah dibuka dengan Aishah iaitu pemenang Juara Lagu tahun sebelumnya dengan nyanyian lagu Seloka Rindu serta diiringi tarian berwarna-warni oleh Penari-penari "Dewi Kasturi Dance Troupe"
  • Bagi persembahan selingan ketika penjurian dijalankan, menampilkan persembahan nyanyian lagu asli dendangan Abdullah Chik, Liza Aziz dan Ruhil. Konsep menyanyikan lagu asli diadakan untuk memperingatkan rentak lagu Irama Malaysia yang seakan-akan hilang dengan irama rock serta untuk secara tidak langsung memperkenalkan kategori Irama Malaysia dalam siri Juara Lagu akan datang.
  • Edisi kali ke-6 ini menjadi rujukan filem Rock arahan pengarah Mamat Khalid, dimana Kumpulan Rimba Bara (band ciptaan adaptasi) yang ditubuhkan sekitar 1980-an menjadi juara. Walaupun dikenali ramai, kumpulan ini hanya sempat menulis sebuah lagu yang bertajuk "Tika".