Anugerah Juara Lagu ke-7

Juara Lagu 1992 ialah pertandingan yang membariskan lagu-lagu Melayu untuk dinobatkan sebagai "Juara Lagu" bagi tahun 1992. Malam pertandingan ini telah diadakan di Dewan MCA, Kuala Lumpur pada 20 Disember 1992 dan dihoskan oleh pengacara & penerbit Muzik Muzik 92; Azwan Ali bersama Haleeda Mazlin, Rina Khan dan Wohnen.

Anugerah Juara Lagu ke-7
TV3
Tarikh 20 Disember 1992
Tempat Dewan MCA, Kuala Lumpur
Pengacara Azwan Ali, Haleeda Mazlin, Rina Khan & Wohnen
Juara Lagu "Pada Syurga Di Wajahmu"
nyanyian Nash
(gubahan: Fauzi Marzuki/
lirik: Bob Lokman)
 < 1991 Anugerah Juara Lagu 1993 > 

AJL edisi kali ini telah menyaksikan format yang berbeza digunakan buat pertama kali di mana penyertaan ke peringkat akhir ditentukan melalui tiga kategori utama (Rock, Pop Kreatif dan Irama Malaysia) di mana empat lagu dari setiap kategori akan dipilih di peringkat separuh akhir Muzik-Muzik dan bukan lagi secara bulanan seperti tahun-tahun sebelumnya. Perubahan ini sudah dilihat apabila pada tahun sebelumnya, hampir kesemua lagu diperingkat akhir ialah lagu Rock. Pada persembahan selingan, slot Irama Malaysia diperkenalkan lantas membuka ruang cerah untuk lagu bukan Rock untuk turut bertanding dalam kategori mereka sendiri ke peringkat akhir Juara Lagu.

FinalisSunting

Untuk melihat senarai semi-finalis untuk Juara Lagu 1992, sila lihat Separuh Akhir Muzik Muzik 1992.

Untuk merujuk senarai penuh finalis sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai lagu finalis Anugerah Juara Lagu.

Berikut ialah senarai finalis mengikut turutan giliran persembahan yang berentap di AJL ke-7:

Kategori Tajuk Lagu Komposer Penulis Lirik Penyanyi Petikan Album Label Keputusan
Irama Malaysia "Pagar Padi" Mohd. Yusof Ahmad (Maulana) Mohd. Yusof Ahmad (Maulana) Razak Ahmad "Berpisah Bukan Berakhir"[1] New Southern Records - PMI Finalis
Pop Kreatif "Madah Berhelah" Saari Amri Saari Amri Ziana Zain "Madah Berhelah" [2] Sony Music - BMG Finalis
Rock "Mahligai Syahdu" M. Nasir M. Nasir Hattan dan Kumpulan Double Trouble "Antem" [3] Warner - WEA Finalis
Irama Malaysia "Yang Remeh Temeh" Azmi Ali Azmi Ali Pak Pandir "Pak Pandir" [4] Universal - EMI Juara Kategori
Pop Kreatif "Kekasih Awal dan Akhir" Fauzi Marzuki Lukhman S. Jamal Abdillah "Jamal" [5] Warner - WEA Finalis
Rock "Untukmu Ibu" Rahim Othman Megat Ismail Ibrahim Kumpulan Exist "Exist" [6] Universal - BMG / Jojo's Finalis
Irama Malaysia "Selasihku Sayang" 1 Taib Othman Zainal Abas (Kasaizja) Adnan Abu Hassan & Syaliaty Wahab "Dihempas Duka Diusik Pilu" [7] Sony Music - UKRC Finalis
Pop Kreatif "Syakila" M. Nasir M. Nasir Rahim Maarof
(digantikan oleh Razzi Rahman)
"Dir" [8] Universal - Redifussion Finalis
Rock "Sinambungan Cinta" Isa Gravity S. Amin Shahab Kumpulan Graviti "Inspirasi" [9] New Southern Records Finalis
Irama Malaysia "Siti Payung" 1 Azman Abu Hassan / Azlan Abu Hassan Hakcipta Terpelihara Liza Aziz "Liza" [10] Copyright Controlled - Redifussion Finalis
Pop Kreatif "Pada Syurga Di Wajahmu" Fauzi Marzuki Bob Lokman Nash Elias "Nash '92" [11] Warner - Redifussion Juara
Juara Kategori
Rock "Di Alam Fana Cinta" Fauzi Marzuki Ainol Jamal (Zur'Ain) Kumpulan Fotograf "Fotograf '92" [12] Universal - Sinar Muzik Juara Kategori
  • ↑Nota 1  Penganjur membenarkan lagu klasik gubahan semula untuk masuk bertanding, maka lagu-lagu ini bukanlah ciptaan asal komposer yang bertanding

PemenangSunting

Anugerah Juara Lagu Judul Lagu Artis Komposer Penulis Lirik
Juara Keseluruhan Pada Syurga Di Wajahmu Nash Fauzi Marzuki Bob Lokman
Juara Kategori Judul Lagu Artis Komposer Penulis Lirik
Pop Kreatif Pada Syurga Di Wajahmu Nash Fauzi Marzuki Bob Lokman
Rock Di Alam Fana Cinta Kumpulan Fotograf Fauzi Marzuki Zur'Ain
Irama Malaysia Yang Remeh Temeh Pak Pandir Pak Pandir

TriviaSunting

  • i Lagu ini asalnya dinyanyi untuk skor filem "Syakila" dengan menggunakan suara Rahim Maarof tetapi ketika filem menunggu tayangan, M. Nasir memberikan lagu ini kepada Razzi Rahman. Lagu ini kemudian dinyanyikan sekali lagi oleh Rahim Maarof dalam gubahan rock.
  • Edisi AJL kali ini adalah satu-satunya dalam sejarah AJL dimana AJL tidak mempertandingkan kategori persembahan terbaik.
  • Ini kali ke-4 Pengacara duduk bermeja mengacarakan pertandingan akhir AJL.
  • Ini juga kali pertama Juara Lagu dinobatkan berdasakan lagu terbaik daripada kalangan juara setiap kategori, dan Pop Kreatif diangkat sebagai kategori pertama menjuarai AJL sebelum ditukar kepada kategori Balada.
  • Ini juga penampilan pertama Jamal Abdillah dalam pentas akhir AJL, selepas tidak dapat membuat persembahan pada AJL 1 1986.
  • Kumpulan Exist menjadi kumpulan rock termuda serta finalis kerana kumpulan ini dibarisi oleh remaja yang rata-rata berusia dalam 16 tahun.
  • Ini juga satu-satunya penyertaan dimana Adnan Abu Hassan bertanding sebagai penyanyi alam kategori Irama Malaysia.
  • Hanya terdapat 3 buah Kumpulan Rock yang layak bertanding pada pentas akhir AJL kali ini, iaitu Kumpulan Fotograf, Kumpulan Exist & Kumpulan Gravity.
  • Biarpun tidak dapat membuat persembahan untuk lagu "Syakilla", Rahim Maarof diundang untuk membuat persembahan selingan menerusi lagu "Dir". Lagu tersebut kemudian mara ke peringkat akhir dalam edisi AJL ke-8, pada 1993.
  • Kali ini juga merupakan penyertaan pertama Ratu Balada Malaysia, Ziana Zain.
  • Semua penyanyi lelaki dalam kategori Irama Malaysia memakai tengkolok/tanjak.
  • Lagu Di Alam Fana Cinta nyanyian kumpulan Fotograf memenangi anugerah khas di atas pencapaian kedudukan tempat pertama carta selama 17 minggu berturut-turut.
  • Ramai penggiat seni tanahair yang hadir, antara yang mencuri tumpuan ialah aktres popular Sofia Jane.
  • Gitaris kumpulan Lefthanded, Man Kidal mengiringi persembahan Jamal Abdillah dan Nash.
  • Fauzi Marzuki merupakan komposer yang pencalonan lagunya terbanyak dalam edisi Juara Lagu kali ini iaitu dengan 3 lagu, iaitu satu dari kategori Rock dan dua dalam kategori Pop Kreatif.