Buka menu utama

Juara Lagu 1993 ialah pertandingan yang membariskan lagu-lagu Melayu untuk dinobatkan sebagai "Juara Lagu" bagi tahun 1993. Malam pertandingan ini telah diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 19 Disember 1993 dan diacarakan oleh Azwan Ali, Fauziah Ahmad Daud dan Aznil Nawawi. Format kategori bagi tahun ini telah ditukar iaitu daripada Pop Kreatif dan Rock kepada Balada dan Pop Rock.

Anugerah Juara Lagu ke-8
TV3
Tarikh 19 Disember 1993
Tempat Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur
Pengacara Azwan Ali
Fauziah Ahmad Daud
Aznil Nawawi
Tempoh 2 jam 30 minit
Juara Lagu "Teratai Layu di Tasik Madu"
nyanyian Fauziah Latiff
(gubahan: Adam Ahmad/
lirik: S. Amin Shahab)
 < 1992 Anugerah Juara Lagu 1994 > 

FinalisSunting

Untuk melihat senarai semi-finalis untuk Juara Lagu 1993, sila lihat Separuh Akhir Muzik Muzik 1993.

Kategori BaladaSunting

Kategori Pop RockSunting

  • "Di Muara Sepi" : Fauziah Latiff (Adam Ahmad / Amran Omar)
  • "Sudi Katakan Sudi" : Hasnol (Adnan Abu Hassan / Hasnol)
  • "Ratnaku" : Roy (M. Nasir / Nurbisa (Loloq))
  • "Kelmarin" : Zur Eda (Megat Ismail)

Kategori Irama MalaysiaSunting

  • "Seni Berzaman" : To'ki (To'ki)
  • "Rumah Kecil Tiang Seribu" : Azian Mazwan (Ahmad Kadir / Habsah Hassan)
  • "Inang Bujang dan Dara" : Kumpulan Illusi (M. Nasir)
  • "Puteri Ledang" : Lina Kamsan (Salleh Suradi)

KemenanganSunting

  • Juara Kategori:
    • Irama Malaysia: "Seni Berzaman" - To'ki
    • Balada: "Teratai Layu di Tasik Madu" - Fauziah Latiff
    • Pop Rock: "Sudi Katakan Sudi" - Hasnol

TriviaSunting

  • Lagu Tema AJL VOL II diguna pakai pada edisi kali ini dan video montaj lebih progressif menampilkan 3 jenis kategori yang dipertandingkan didalam AJL.
  • Buat kali kedua berturut-turut, kategori Balada memenangi Juara Lagu.


  • Hanya 2 Kumpulan Rock dapat sertai pentas akhir AJL kali ini, tetapi kedua-dua kumpulan tersebut bertanding dalam kategori berbeza, iaitu Kumpulan Spring dalam kategori Balada, & Kumpulan Ilusi dalam kategori Irama Malaysia.
  • AJL kali ini juga memperkenalkan kembali kategori persembahan terbaik, cuma diubahkan format 1-2-3 kepada hanya 1 juara persembahan terbaik.
  • Edisi ini merupakan kejayaan pertama Adnan Abu Hassan dalam AJL dengan memenangi Kategori Pop Rock.
  • Edisi ini juga menampilkan pertama kali lagu berunsur Tribute layak masuk ke pentas akhir AJL, dengan lagu "DIR" nyanyian Rahim Maarof ditujukan kepada Allahyarham Sudirman Haji Arshad yang meninggal dunia pada 22 Februari 1992.
  • Aishah menjadi penyanyi jemputan menyampaikan beberapa lagu popular beliau.
  • Juri profesional AJL 8 terdiri daripada Mike Bernie, Ali Bakar, Yusni Hamid, Dr Ariff Ahmad, Zubir Ali, Khairil Johari Johar, Johan Abdullah, Manan Ngah, Ahmad Nawab (Ketua Juri) dan Selvathy (Juruaudit TV3)
  • Purnama Booty merupakan selaku pengarah muzik bagi band yang mengiringi setiap persembahan solo bagi Edisi kali ini.