Anugerah MeleTOP Era 2020

Anugerah MeleTOP ERA 2020 (#AME2020) merupakan anugerah anjuran rancangan hiburan MeleTOP dan radio ERA. Anugerah ini mengiktiraf pemenang menerusi undian peminat-peminat dan merupakan kesinambungan kepada penganjuran Anugerah Era dengan menggunakan tema "Yang Epik, Yang Legend".[1] [2]. Terdapat sebanyak 15 kategori yang dipertandingkan dengan tambahan 3 kategori iaitu Artis TOP TOP MeleTOP (Lelaki & Perempuan) & Artis TOP TOP MeleTOP Grup/Duo. Peminat boleh mengundi secara dalam talian melalui laman web rasmi, khidmat pesanan ringkas (SMS) ataupun melalui aplikasi SYOK. Menariknya edisi tahun ini, anjuran AME2020 buat pertama kalinya disiarkan secara langsung dalam format 4K Ultra HD (4K UHD).[3]

Anugerah MeleTOP ERA 2020
PenghargaanPelakon, Penyanyi, Personaliti Media Sosial
PenajaERA
TarikhTBA
LokasiAxiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur
NegaraMalaysia
PengacaraJihan Muse
Nabil Ahmad
Alif Satar
Pengacara prapersembahanTBA
Anugerah pertama2014
Kini dipegang oleh
  • TBA
Laman web rasmiLaman web rasmi
Liputan televisyen/radio
Rangkaian
Tempoh tayanganKira-kira 3 jam
Dihasilkan olehRaqim Ahmad Ramli

Talian undian fasa pertama untuk menyenarai pendek calon 5 terbaik daripada 20 pencalonan awal yang telah tersenarai dibuka kepada orang ramai. Bagi pusingan ini, orang ramai diberi pilihan untuk mengundi calon-calon kegemaran mereka untuk 15 buah kategori melalui dua cara iaitu menerusi talian undian secara online ataupun menerusi aplikasi SYOK yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store dan Google Play Store mulai 29 Januari 2020. Pada edisi ke-7 kali ini, terdapat sedikit kelainannya kerana ia menggugurkan 3 kategori terdahulu iaitu Program Radio MeleTOP, Penyampai Radio MeleTOP dan Artis Lawak MeleTOP. Ia digantikan dengan 3 kategori baharu iaitu Artis Versatil MeleTOP SYOK, Influencer MeleTOP SYOK dan TOP TOP MeleTOP (Grup/Duo). Pengguguran 3 kategori itu adalah untuk memberi laluan kepada 3 kategori baharu yang diwujudkan dan memberi laluan kepada 3 kategori baharu yang lebih relevan dan sejajar dengan industri hiburan tempatan.[4]Ekoran penularan Pandemik COVID-19 dan arahan pihak kerajaan untuk menghentikan atau menunda semua aktiviti perhimpunan berskala besar, AME 2020 yang pada awalnya dijadualkan akan berlangsung pada 12 April 2020 telah ditunda ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Pemenang dan Calon-calonSunting

AnugerahSunting

Pemenang disenaraikan terlebih dahulu, diserlahkan dalam teks tebal, dan ditandakan dengan pisau berganda ( ).

Lagu MeleTOP ERA
Penyanyi MeleTOP ERA
Grup/Duo MeleTOP ERA
Hos MeleTOP
Drama MeleTOP
Pelakon MeleTOP
Program MeleTOP
Artis Baharu MeleTOP
Artis Versatil MeleTOP SYOK
Influencer MeleTOP SYOK
    • Cupcake Aisyah
    • Muabellaz
    • Sofyank
    • STERK Production
    • Syahmi Sazli Production
Couple MeleTOP
Si Cilik MeleTOP
Filem MeleTOP
Bintang Filem MeleTOP
Fesyen MeleTOP

Anugerah KhasSunting

Top Top Lelaki MeleTOP
  • TBA
Top Top Wanita MeleTOP
  • TBA
Top Top Grup/Duo MeleTOP
  • TBA

Artis Pelbagai Pencalonan dan AnugerahSunting

Artis Yang Menerima Beberapa Pencalonan
Jumlah Pencalonan Artis
4 Siti Nordiana

Mira Filzah

Alif Satar (1 pencalonan bersama Shadila Halid)

3 K-Clique (2 pencalonan bersama Alif)
2 Floor 88

Syafiq Kyle

Haqiem Rusli

Zizan Razak

Khai Bahar

Jihan Muse

Hairul Azreen (1 pencalonan bersama Hanis Zalikha)

Alif (Pencalonan bersama K-Clique)

Artis Yang Menerima Beberapa Anugerah
Jumlah Anugerah Artis
4 TBA
3 TBA
2 TBA


Penyampai dan PenghiburSunting

PersembahanSunting

TBA

Penyampai PialaSunting

TBA

KontroversiSunting

Pencalonan awal bagi kategori Influencer MeleTOP SYOK mendapat reaksi negatif netizen apabila ada netizen yang tidak berpuas hati dimana ada antara calon-calon dalam kategori tersebut tidak layak diletakkan sebaris dengan selebriti media sosial yang lain. Pencalonan dua tokoh terkenal iaitu Dr. Nur Amalina Che Bakri & Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, bagi kategori tersebut adalah sangat tidak wajar. Taraf dan sumbangan beliau berdua terhadap masyarakat dan negara, tidak setanding dengan calon-calon yang lain.[5]

RujukanSunting

  1. ^ "Info Penuh AME 2020". Iluminasi. 29 Januari 2020.
  2. ^ "Nabil Ahmad, Jihan Muse diumum sebagai hos AME2020". Astro Awani. 29 Januari 2020.
  3. ^ "AME 2020 lakar sejarah perintis kandungan "4K UHD" tempatan". Astro Awani. 3 Mac 2020.
  4. ^ "AME2020 gugur 3 kategori". Harian Metro. 29 Januari 2020.
  5. ^ "Netizen Pertikai Dr Amalina & Dr Sheikh Muszaphar Tercalon Untuk Anugerah 'Influencer' MeleTOP". beautifulnara.com. 31 Januari 2020.

Pautan luarSunting