Buka menu utama

Anugerah Pelakon/Penyanyi Popular Pertama

Anugerah Pelakon/Penyanyi Popular Pertama atau dijenamakan sebagai Anugerah Pelakon/Penyanyi Popular 1987 - Nescafe Classic[1] adalah upacara sulung penganugerahan seniman tahunan anjuran akhbar Berita Harian yang dilangsungkan di Riverside Cafe, Dewan Bunga Raya, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 1 Disember 1987 dengan sokongan Nescafé sebagai penaja.

Anugerah Pelakon/Penyanyi Popular Pertama
PenghargaanPelakon dan penyanyi
PenajaNescafé
Tarikh1 Disember 1987
LokasiRiverside Cafe, Dewan Bunga Raya, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur
NegaraMalaysia
Anugerah pertama1987
Laman web rasmiwww.abpbh.com.my
Liputan televisyen/radio
RangkaianTiada siaran TV dan radio
  • Anugerah Pelakon/Penyanyi Popular Pertama
  • ke-2 →

Hampir 380,000 borang undian diterima daripada pembaca akhbar ini pada tahun pertama. Artis yang mendapat undian terbanyak ialah Fauziah Ahmad Daud (284,813 undi), diikuti Francissca Peter (246,838 undi).

Acara malam kemuncak dihoskan oleh Ahmad Daud. Artis yang membuat persembahan ialah seperti Ben Nathan, Mastura & Ally Noor, The Stripe dan penari Maya Studio.

Antara finalis lain ialah Zaiton Sameon, Raja Ema, Noorkumalasari, Jacqueline Mitchell, Mustaffa Noor, Sabree Fadzil, Sharifah Aini, Azlina Aziz, Ibnor Riza, Khatijah Ibrahim, Nassier Wahab, Sons of Adam, Alleycats, Freedom, Julie Dahlan, Norlida Ahmad dan Fauziah Nawi. Ketika itu tiada siaran langsung menerusi kaca TV atau radio.

PemenangSunting

RujukanSunting

  1. ^ Shamshul Azree Samshir dan Nurulhisham Abdul Latiff (1 Julai 2017). "ABPBH 3 dekad tetap utuh". Berita Harian. Dicapai 2018-10-09. 

Pautan luarSunting