Anugerah Right Livelihood

Anugerah Right Livelihood (Right Livelihood Award) ialah anugerah antarabangsa tahunan yang bertujuan untuk "menghargai dan menyokong penyelesaian praktikal dan contoh terhadap masalah-masalah paling penting yang dihadapi dunia pada kini".[1] Anugerah ini juga bertujuan untuk mempromosikan penyelesaian masalah-masalah antarabangsa yang dikemukakan para pemenang.[2]

Anugerah Right Livelihood
Penghargaan"penyelesaian praktikal dan contoh terhadap masalah-masalah paling penting yang dihadapi dunia pada kini"
NegaraSweden
Disampaikan olehYayasan Anugerah Right Livelihood
(Right Livelihood Award Foundation)
Anugerah pertama1980
Laman web rasmirightlivelihoodaward.org

Anugerah ini diasaskan oleh dermawan Jerman-Sweden, Jakob von Uexkull pada 1980.[3] Pemenang anugerah ini ditentukan oleh para hakim antarabangsa yang dibantu oleh lima orang ahli lembaga tetap anugerah dan dipilih berdasarkan pelbagai bidang seperti keamanan, kesihatan dan pembangunan mampan.[4]

Anugerah ini juga digelar sebagai "Hadiah Nobel Alternatif," tetapi anugerah ini tiada sebarang kaitan dengan hadiah Nobel ataupun yayasannya.[4]

Setakat 2013, 153 penerima telah dianugerahi dengan anugerah ini dalam kalangan 64 buah negara.[1] Penerima-penerima anugerah ini termasuklah Anwar Fazal, Sahabat Alam Malaysia dan Munir Said Thalib.

Rujukan sunting

  1. ^ a b Kementerian Luar Negeri Sweden (26 September 2013). "The 2013 Right Livelihood Laureates announced". Pejabat Kerajaan Sweden. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Mac 2014.
  2. ^ Right Livelihood Award history Diarkibkan 2010-06-20 di Wayback Machine
  3. ^ Jawetz, Pincas. 30th Right Livelihood Awards: Wake-up calls to secure our common future. SustainabiliTank. 13 Okt. 2009.
  4. ^ a b Thorpe, Edgar; Thorpe, Showick. "General Awareness: Right Livelihood Award". Guide to the Combined Defence Services Exam. New Delhi: Pearson Education. m/s. 26. ISBN 81-317-0074-7.

Pautan luar sunting