Anugerah Shout! 2010 (Bahasa Inggeris: Shout! Awards 2010 merupakan kali kedua penganjuran majlis penyampaian anugerah urban Anugerah Shout! anjuran 8TV, berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 20 November 2010. Sebanyak 17 anugerah dalam empat kategori dipertandingkan kali ini, termasuk empat anugerah baru.

Majlis kali ini diserikan oleh artis undangan antarabangsa Iyaz. Pemenang terbesar anugerah kali ini ialah Yuna, yang merangkul tiga anugerah termasuk Ultimate Shout! Award.

AmSunting

Kempen Shout! 2010 dilancarkan di sebuah sidang media di Prince Hotel, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, pada 9 Ogos 2010[1], dengan pengumuman bahawa penganguerahan kali ini memperkenalkan empat anugerah baru, iaitu[2]:

  • Music Video (kategori Muzik): video muzik Malaysia pilihan
  • Breakthrough Local Feature (kategori TV & Filem): filem Malaysia yang paling kreatif/inovatif
  • Favourite TV Personality (kategori TV & Filem): pengacara rancangan televisyen pilihan
  • Mobile Artiste of the Year (kategori Muzik): artis yang memiliki muat turun lagu terbanyak di Channel X (kendalian Celcom) pada 1 Januari 2009 hingga 30 Jun 2010.

Proses pencalonan melibatkan sevbuah jawatankuasa bebas yang diketuai oleh Pengurus Besar Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM), Jennifer Thompson, untuk memilih calon-calon paling bermutu dari kalangan penyertaan yang diberikan oleh para penggiat seni, kemudian memberikan senarai muktamad dalam media dan laman web untuk diundi oleh orang awam. Senarai pencalonan akhir diumumkan pada 13 Oktober 2010.

Malam kemuncak Shout! 2010 diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil, pada 20 November 2010. Pengacaranya ialah Hafiz Hatim, Sarah Lian, dan Henry Golding. Artis antarabangsa undangan kali ini ialah Iyaz[3], penyanyi hip-hop kelahiran Kepulauan Virgin British.

PersembahanSunting

PenyampaiSunting

Calon dan pemenangSunting

Nama pemenang ditebalkan.

MuzikSunting

Mobile Artiste of The YearSunting

  1. 6ixth Sense – "Khatimah Cinta"
  2. Aril – "Menatap Matamu"
  3. Saleem – "Tinggal Kenangan"
  4. 6ixth Sense – "Tanpa"
  5. Yuna – "Dan Sebenarnya"
  6. Alif Satar – "Cukup Indah"

TV & FilemSunting

Best On Screen ChemistrySunting

  1. Afdlin Shauki & Liyana Jasmay (Papadom)
  2. Upin & Ipin (Upin & Ipin)
  3. Remy Ishak & Tiz Zaqyah (Nur Kasih)
  4. Farid Kamil & Lisa Surihani (Lagenda Budak Setan)
  5. Wakaka Crew & Giler Battle Crew (Showdown 2010)
  6. Afdlin Shauki & Rashidi Ishak (Setem)

Fresh TV SeriesSunting

  1. Adamaya (MIG Production)
  2. Arjuna (KRU Studios)
  3. Blogger Boy (Red Communications Sdn Bhd)
  4. Gelora di Hati Sara (Suhan Movies & Tradings Sdn Bhd)
  5. Nur Kasih (Flimscape)
  6. Qalesya (Nusantara Seni Karya Sdn Bhd)

Breakthrough FeatureSunting

  1. Cuci the Musical (Tall Order Productions)
  2. Geng: Pengembaraan Bermula (Les’ Copaque Production)
  3. Lagenda Budak Setan (Sharad Khan)
  4. Papadom (Gayathri Su-Lin Pillai)
  5. Pisau Cukur (Lina Tan)
  6. Setem (Gayatri Su-Lin Pillai)

Favorite TV ProgramSunting

  1. Imam Muda
  2. One in a Million Year 3
  3. Melodi
  4. Raja Lawak 4
  5. Anugerah Juara Lagu 24
  6. Showdown 2010

Favorite TV PersonalitySunting

  1. Ally Iskandar (Anugerah Juara Lagu 24)
  2. Awal Ashaari (Fuhh!)
  3. Aznil Haji Nawawi (Jangan Lupa Lirik)
  4. Daphne Iking (The Breakfast Show)
  5. Henry Golding (8TV Quickie)
  6. Zizan Raja Lawak (Raja Lawak 4)

RadioSunting

Coolest Radio AnnouncerSunting

  1. Faizal Ismail (Hot FM AM Krew)
  2. Hafiz Hatim (Fly FM Night Flight)
  3. Jeremy Teo (Red FM Evenings)
  4. Hunny Madu (Fly FM Campur Chart)
  5. Fara Fauzana (Hot FM AM Krew)
  6. Phat Fabes (Fly FM Pagi Show)

Favorite Radio ShowSunting

  1. The Red FM Breakfast Show with JD & Dilly (JD & Dilly)
  2. Fly FM Pagi Show (Phabes, Ben & Nadia)
  3. Malaysia’s Hottest Music – Hot 10@10 (Hunny Madu)
  4. Fly FM Campur Chart (Hunny Madu)
  5. Hot FM AM Krew (Fara, Faizal & AG)
  6. Fly FM Rush Hour (Jules & Prem)

Lain-lainSunting

Ultimate Shout! AwardSunting

RujukanSunting

  1. ^ SHOUT Awards Kembali Dengan Kategori Baru!, Murai.com.my, 11 Ogos 2010. Dicapai pada 14 Oktober 2010.
  2. ^ SHOUT! AWARDS 2010 Anugerah Hip Kategori Baru, Sensasi Selebriti, 15 Ogos 2010. Dicapai pada 14 Oktober 2010.
  3. ^ Iyaz hangatkan Shout! Awards 2010, Tupai.com.my, 9 November 2010. Dicapai pada 21 November 2010.

Pautan luarSunting