Anugerah Skrin 2003

Edisi kelapan Anugerah Skrin telah berlangsung pada 24 Ogos 2003 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra dan dihadiri oleh penggiat seni lakon dan perfileman Malaysia. Acara gilang-gemilang itu memberi pengiktirafan kepada pencapaian pelakon dan penggiat drama/filem tempatan sejajar dengan objektif TV3 memberikan program terbaik. Anugerah kali ini meliputi 10 telefilem terbaik yang disiarkan melalui slot Cerekarama ini stesen televisyen itu dan filem terbitan tempatan yang ditayangkan di pawagam antara Januari hingga Disember 2002.

Majlis yang diacarakan oleh Ellie Suriaty Omar dan Aznil Nawawi itu dihiburkan dengan persembahan artis seperti Yusri Abdul Halim, gandingan suara Tan Sri S M Salim dan M. Nasir serta penyanyi terkenal Indonesia, Ruth Sahanaya serta sketsa oleh barisan pelawak terkenal seperti Senario, Zul Yahya, Yusni Jaafar serta Khatijah Tan. Antara tetamu khas yang hadir, Pengerusi TV3, Datuk Seri Syed Anuar Jamalullai dan Ketua Pegawai Eksekutif TV3, Datuk Farid Redzuan. Penyampaian anugerah itu disiarkan secara langsung selama hampir dua jam setengah di TV3 mulai jam 3 petang.

Filem yang dipertandingkan sunting

  • "Anak Mami The Movie"
  • "Embun"
  • "Gerak Khas The Movie II"
  • "Idola"
  • "KL Menjerit"
  • "Mami Jarum"
  • "Mendam Berahi"
  • "Soalnya Siapa?"
  • "Mr Cinderella"
  • "Cinta 200 Ela"

Pencalonan sunting

Pengarah Terbaik

Pelakon Lelaki Terbaik

Pelakon Wanita Terbaik

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

Pelakon Harapan

  • Ezad Lazim ("Mami Jarum")
  • Masnaida Samsuddin ("Anak Mami")
  • Juliana Banos ("Gerak Khas The Movie II")
  • Serina Redzuawan ("Mr Cinderella")
  • Sharifah Aleya ("Idola")

Telefilem yang dipertandingkan sunting

  • "Tongkat Tok Ali"
  • "Tarantula Bahagian 1 & 2"
  • "Ayam Kampung"
  • "Enot"
  • "Hanya Untukmu"
  • "Badrul Oh Rahul"
  • "Aduhai Esah"
  • "Good Morning Cikgu"
  • "Rumah Di Tengah Sawah"
  • "Mentua Oh Mentua"

Pencalonan sunting

Pengarah Terbaik

  • Ahmad Idham ("Tarantula")
  • Hamid Mustafa ("Hanya Untukmu")
  • Khaty Fauziah ("Aduhai Esah")
  • Rashid Sibir ("Rumah Di Tengah Sawah")
  • Wan Husin Ismail ("Good Morning Cikgu")


Pelakon Lelaki Terbaik

Pelakon Wanita Terbaik

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

Pemenang sunting

KATEGORI FILEM sunting

  • Filem Terbaik - "Embun" (Filem Negara Malaysia)
  • Pengarah Terbaik - Badaruddin (Bade) Azmi ("KL Menjerit")
  • Skrip Terbaik - Rohiman Harun ("Embun")
  • Pelakon Lelaki Terbaik - Rosyam Nor ("KL Menjerit")
  • Pelakon Wanita Terbaik - Umie Aida ("Embun")
  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Faizal Hussein ("Gerak Khas The Movie II")
  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Khatijah Tan ("Embun")
  • Sinematografi Terbaik - Teo Gay Hian ("Embun")
  • Suntingan Terbaik - Kamaruddin Ali ("Embun")
  • Pelakon Harapan - Sharifah Aleya ("Idola")

KATEGORI TELEFILEM sunting

  • Cerekarama Terbaik - "Aduhai Esah" (Ardwerk Production)
  • Pengarah Terbaik - Ahmad Idham ("Tarantula")
  • Skrip Terbaik - Kathy Fauziah ("Aduhai Esah")
  • Pelakon Lelaki Terbaik - Khaeryll Benjamin (Benjy) ("Hanya Untukmu")
  • Pelakon Wanita Terbaik - Zizie Ezette ("Aduhai Esah")
  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Jalaluddin Hassan ("Tarantula")
  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Wan Maimunah ("Rumah Di Tengah Sawah")
  • Videografi Terbaik - Mazri Mustafa ("Taratula")
  • Suntingan Terbaik - Zaharil Izham
  • Pelakon Harapan - Alliza 'Enot' Abdullah ("Enot")
  • Cerekarama Paling Popular - "Badrul Oh Rahul" (Undian SMS)