Anugerah Terindah (novel)

Anugerah Terindah ialah novel 2014 oleh penulis novel Malaysia, Sophilea, dikeluarkan pada 2014 oleh Intens. Ia telah diadaptasikan sebagai siri drama yang bertajuk Sayangku Kapten Mukhriz oleh TV3 pada 2016.[1]

Anugerah Terindah
Umum
PengarangSophilea
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreCinta
Penerbitan
PenerbitIntens
Tarikh penerbitan
2014
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman594
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789675289286
Kronologi
Seindah Cinta Kapten Mukhriz

Sinopsis sunting

Kapten Ustaz Mukhriz dan Doktor Ariana – Seorang ustaz dan seorang doktor. Seorang tak ingin bercinta dan belum bersedia untuk berkahwin kerana berasakan belum bersedia memikul tanggungjawab seorang suami manakala seorang pula jatuh cinta tahap meroyan. Seorang malu-malu kucing, seorang main redah asal tercapai hajat di hati. Seorang menjaga title ‘ustaz’ dan seorang langsung tidak peduli title ‘doktor’. Sudahnya beginilah… SMS sahaja dan cari peluang bertemu, konon tidak disengajakan…

-Tak elok lelaki dan wanita yang bukan mahram keluar bersama.- Mukhriz

-Bukan keluar berdua. Saya, ustaz, Kak Marlia, along, Kreisya, lepas tu ustaz nak ajak kawan satu bilik pun tak apa.- Ariana

PELBAGAI perkara Ariana lakukan demi cintanya terhadap Mukhriz. Sudahnya dia utus surat ala-ala budak sekolah rendah dan kasi bunga hingga kecoh satu kem.

…. Saya dah jatuh hati dengan ustaz. Dah jatuh cinta dengan ustaz. Saya tak nak jawapan sekarang, ustaz fikir-fikirkanlah ya. Moga-moga cara memikat style lama ini buatkan hati ustaz terbuka untuk saya.

Sekian. I have a pen. My pen is blue. I have a boyfriend. My boyfriend is you.

MUKHRIZ pening kepala. Ariana lagilah pening kepala. “Saya nak ustaz jawab soalan sms terakhir saya dulu, baru ustaz boleh balik.”

Jemari Mukhriz sudah di dahi. Apa yang dia nak jawab? Ariana… Ariana.

“Kalau nak kahwin dengan saya, bukan macam ni caranya. Datang jumpa keluarga saya ya.” Hanya itu sahaja jawapan kepada soalan Ariana lewat smsnya. Spontan sebenarnya dia jawab tanpa berfikir apa-apa.

“Ya Allah, ya ke ustaz? Hujung minggu ni juga saya hantar rombongan meminang.” Ariana rasa macam nak terjun sahaja ke tasik buatan tu sekarang ini. Sangat-sangat teruja dan gembira.

Doktor Ariana mahu meminang Ustaz Mukhriz? Semua pening kepala! Tewaskah Mukhriz dengan keselambaan Ariana? Apa akan jadi seterusnya apabila Mukhriz ini rupanya ramai peminat… Kapten Aliza, Siti Awina dan dalam diam Mukhriz bertemu semula dengan gadis idamannya, Rabiatul Adawiyah… Mengalahkah Doktor Ariana atau terus memikat dan berusaha memenangi hati Kapten Ustaz Mukhriz…

Keluaran dan legasi sunting

Anugerah Terindah dikeluarkan pada 2014 oleh Intens. Pada tahun 2016, novel ini telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot Akasia bermula 15 Julai 2016 di TV3, dibintangi oleh Raja Afiq dan Niena Baharun.[2] Ia diikuti oleh novel susulannya, Seindah Cinta Kapten Mukhriz yang dikeluarkan pada Ogos 2016.

Rujukan sunting

  1. ^ Anugerah Terindah by Sophilea Goodreads. Dicapai pada 28 Februari 2016.
  2. ^ Drama Sayangku Kapten Mukhriz (TV3) My Infotaip (10 Julai 2016). Dicapai pada 10 Julai 2016.