Anugerah berbayar (bahasa Inggeris: Vanity award) ialah anugerah-anugerah yang diperoleh apabila seseorang atau suatu organisasi membayar sejumlah wang semata-mata untuk memperoleh anugerah itu sebagai langkah untuk memperoleh suatu pengiktirafan dan prestij yang palsu.

Anugerah melibatkan buku sunting

Anugerah berbayar melibatkan industri perbukuan atau sastera dicirikan oleh tawaran ratusan jenis kategori anugerah agar setiap yang menempah suatu kategori anugerah memperoleh anugerah yang mereka kehendaki atau menjadi pihak yang tercalon. Selain itu, anugerah buku berbayar juga melibatkan pelbagai pakej berbayar serta tawaran-tawaran seperti pemasaran, pengiklanan di laman sesawang anugerah, dan piala anugerah.[1] Permintaan anugerah berbayar jenis ini lazimnya datang daripada penerbit sendiri.[1]

Contoh-contoh anugerah berbayar dalam bidang perbukuan termasuk Readers Favorite Awards,[2] IndieReader Discovery Awards,[3] dan Foreword INDIES.[4]

Anugerah melibatkan perniagaan sunting

Anugerah berbayar yang melibatkan perniagaan lazimnya direbut oleh pihak perniagaan kecil-kecilan yang ingin meningkatkan nama mereka berbanding dengan perniagaan-perniagaan lain.[5][6] Contoh-contoh anugerah bisnes berbayar adalah seperti di bawah, berdasarkan siasatan oleh badan bukan kerajaan antarabangsa berkenaan antirasuah, Organized Crime and Corruption Reporting Project:[7]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Laura Miller (17 November 2009). "Vanity book awards". Salon (dalam bahasa Inggeris).
  2. ^ "Annual Book Award Contest - Readers' Favorite: Book Reviews and Award Contest". Readersfavorite.com. Dicapai pada 2016-01-08.
  3. ^ Victoria Strauss (12 Ogos 2011). "Award Alert: The IndieReader Discovery Awards". Writer Beware (dalam bahasa Inggeris).
  4. ^ "Win a Book Award — Foreword Services" (dalam bahasa Inggeris). Foreword Reviews. Dicapai pada 12 November 2018.
  5. ^ Melissa Canone (3 Jun 2013). "BBB of Acadiana alerts local businesses to Lafayette Awards Program scheme". KATC (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Julai 2014. BBBs across the nation have issued warnings about these kinds of vanity award schemes since 2008.
  6. ^ "Award Scam a Big Loser". Better Business Bureau. 16 Jun 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-27.
  7. ^ "What Price Honor?". www.occrp.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 November 2016.
  8. ^ Yeung, Kenneth (13 Julai 2015). "What Price Glory?" (dalam bahasa Inggeris). Indonesia Expat.
  9. ^ Sin Chow, Tan (27 Julai 2017). "Penang local councils 'fell for vanity awards scam'". The Star. Unknown parameter |langauge= ignored (|language= suggested) (bantuan)
  10. ^ Hu, Tracy (26 Julai 2017). "Chinese wind energy firm in Oxford fake awards scam, report says" (dalam bahasa Inggeris). South China Morning Post.
  11. ^ Charundi Panagoda (16 September 2012). "Debt-ridden, loss-making SEC pays for dubious award". The Sunday Times (dalam bahasa Inggeris). In verifying the authenticity of the company, BID, we inform that after out investigation, the data matches except for the phone number ensuring that BID is a fraudulent company.
  12. ^ "SEC buys fake award". The Sunday Times (dalam bahasa Inggeris). The Spanish Consulate in Mumbai said BID was a fraudulent company and the Honorary Consul for Sri Lanka in Barcelona Agustin Llanas called BID a spam company that sells awards.