Anwar: The Untold Story

Anwar: The Untold Story ialah sebuah filem drama biopik Malaysia 2023 arahan Viva Westi terbitan Reliance Media Group. Filem ini mengisahkan eksploitasi Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim sebagai menteri kewangan dan timbalan perdana menteri dari 1993 hingga 1998 dan perjuangannya menentang rasuah. Ia dibintangi oleh Farid Kamil yang melakonkan watak sebagai Anwar Ibrahim.

Anwar: The Untold Story
PengarahViva Westi
Lakon layar
Dihasilkan oleh
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Bangla Entertainment
Diedarkan olehGSC
Tarikh tayangan
18 Mei 2023 (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM10 juta
Pecah panggungRM1 juta tetapi akhbar arus perdana mengatakan hari pertama sahaja, filem ini sudah mengutip RM1 juta.

Sinopsis sunting

Filem ini mengisahkan mengenai jatuh bangun perjuangan Dato Seri Anwar Ibrahim dalam dunia politik terutama melawan rasuah. Filem yang diusahakan sejak Ogos 2011 ini telah siap dan sedia untuk ditayangkan. Set masanya ialah dari tahun 1993 sehingga September tahun 1998. Diolah dari kisah sebenar, alur ceritanya adalah mengenai sikap Anwar yang tegas dan konsisten menolak berbagai jenis imbuhan dan wang tunai dari pihak-pihak tertentu. Kerana itu dia difitnah dengan sebuah konspirasi besar, dipecat, dipukul secara brutal dalam lokap dan dibiarkan tanpa rawatan perubatan hingga beberapa hari.

Pelakon sunting

  • Farid Kamil sebagai Anwar Ibrahim (kini bergelar "Dato' Seri"), Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan
  • Hasnul Rahmat sebagai Mahathir bin Mohamad (kini bergelar "Tun Dr."), Perdana Menteri ke 4
  • Acha Septriasa sebagai Wan Azizah Wan Ismail (kini bergelar "Dato' Seri"), Isteri Dato Seri Anwar Ibrahim dan pengasas Parti Keadilan Rakyat
  • Gisellma Firmansyah sebagai Nurul Nuha Anwar, Anak kedua
  • Saskia Chadwick sebagai Nurul Izzah Anwar, Anak sulung
  • Dewi Irawan sebagai Che Wan (dialih suara utara oleh Sheila Mambo)
  • Piet Pagau sebagai sebagai Ibrahim,Bapa Anwar (dialih suara utara oleh Zulkifli Ismail)
  • Felice Lovely Hidayat sebagai Nurul Iman Anwar
  • Azzahra Annasera sebagai Nurul Hana Anwar
  • Hatta Rahandy sebagai Marzuki Ibrahim
  • Arswendy Bening sebagai Tan Sri Hassan Marican, Pengurusi Petronas
  • Firdaus Karim sebagai Rusli Ibrahim
  • Eduwart Manalu sebagai Mokhtar Ibrahim
  • David Chalik sebagai Rani Ibrahim
  • Yandi Nurdiansa sebagai Idrus Ibrahim
  • Raafat Ahmad sebagai Rahim Noor, Ketua Polis Negara Ke-5 yang memukul Anwar dalam tahanan

Pautan luar sunting