Anwar al-Awlaki (Arab: أنور العولقي, Anwar al-‘Awlaqī; 22 April 1971 – 30 September 2011) adalah seorang tokoh pejuang Islam kelahiran Amerika Syarikat. Beliau mempunyai dwikerakyatan A.S. dan Yaman. Pegawai A.S. menuduhnya menggalakkan keganasan terhadap Dunia Barat dan perancang operasi al Qaeda. CIA menyenaraikan nama beliau untuk dibunuh.[4] Laman web YouTube dan Facebook menggambarkan beliau sebagai 'Osama bin Laden' Internet.[7]

Anwar al-Awlaki
أنور العولقي
Anwar al-Awlaki di Yaman pada 2008
Kelahiran
Anwar Nasser Abdulla Aulaqi

(1971-04-22) 22 April 1971 (umur 52)[1]
Meninggal dunia30 September 2011(2011-09-30) (umur 40)
Sebab kematianDitembak peluru berpandu AGM-114 Hellfire
KerakyatanA.S. dan Yaman (dwi)
Pusat pendidikanColorado State University;
San Diego State University;
The George Washington University Graduate School of Education and Human Development
PekerjaanPensyarah
Imam
Dikatakan komander serantau Al-Qaeda[3]
MajikanIman University (dahulunya)
Terkenal keranaDituduh menjadi perekrut kanan serta jurucakap Al-Qaeda[4]
Ketinggian6 kaki 1 inci (1.85 m)[5]
Anak-anak5[6]
Ibu bapaNasser al-Aulaqi (ayah)
SaudaraPerdana Menteri Yaman
Ali Mohammed Mujur

Mengikut pegawai A.S., al-Awlaki dinaikkan pangkat sebagai "komander serantau" al-Qaeda pada 2009.[3]

Tahun-tahun terakhir, al-Awlaki dipercayai bersembunyi di tenggara Yaman. Beliau dibicarakan in absentia pada 2010 di Yaman, dan seorang hakim menyeru dia ditangkap 'hidup atau mati'.[8] Pasukan tentera Amerika berusaha memburu beliau dan peluru berpandu ditembak, mengenai kereta beliau di Al Jawf pada 30 September 2011.[9]

Biodata sunting

Al-Awlaki lahir pada 22 April 1971 di New Mexico kepada ibu bapa Yaman. Keluarganya kembali ke Yaman di mana bapanya berkhidmat sebagai profesor di Universiti Sana'a dan sebagai Menteri Pertanian kemudiannya.

Pada 1991, Awlaki kembali ke Amerika Syarikat untuk belajar kejuruteraan awam di Colorado State University. Beliau juga mempelajari pendidikan di San Diego State University, dan melakukan kerja-kerja kedoktoran di Universiti George Washington di Washington, D.C. Beliau kemudiannya menjadi pendakwah di Pusat Islam Dar Al-Hijrah di Falls Church, Virginia. Beliau juga sempat menjadi imam di Masjid Ar-Ribat al-Islami di pinggir San Diego, Ca, pada 1996–2000.[5]

Selepas serangan 11 September 2001, Awlaki telah ditemu bual berhubung tiga perampas 9/11 - beliau telah menemui sekurang-kurangnya dua daripada mereka, Khalid al-Mihdhar dan Nawaf al-Hazmi, di sebuah masjid di San Diego pada tahun 2000. Awlaki juga disiasat oleh FBI pada tahun 1999 dan 2000. Tiada siasatan yang membawa kepada tuduhan jenayah terhadapnya. Tidak ada dakwaan di mahkamah kerana tiada bukti kukuh.

Pada tahun 2002 beliau kembali ke Yaman. Beliau telah ditangkap oleh pihak berkuasa Yaman pada tahun 2006 sebagai sebahagian daripada kumpulan yang disyaki menculik seorang anak muda Syiah sebagai tebusan. Selepas dipenjara tanpa bicara, Awlaki dibebaskan berikutan bantuan daripada kaumnya.

Selepas dibebaskan dari penjara, Awlaki berpindah ke kawasan tengah suku kaum Awalik di timur Kegabenoran Shabwah yang merupakan kubu kuat al Qaeda. Beliau kadang-kadang mengajar di sebuah masjid tempatan.

Propagandis al Qaeda sunting

Al-Awlaki seorang yang berkarisma dan fasih berbahasa Inggeris.Khutbahnya bergema dan tersebar di AS, British dan seluruh Semenanjung Arab.

Seruan membunuh tentera Amerika sunting

Pada 22 Mei 2010, beberapa laman web menyiarkan ucapan beliau supaya umat Islam segera bangkit membunuh tentera Amerika Syarikat. Orang Islam yang menjadi tentera Amerika diseru membunuh tentera Amerika di Afghanistan dan Iraq. Logiknya jutaan warga Muslim awam dibunuh sewenang-wenangnya.

Anwar al-Awlaki memuji tindakan berani Nidal Hassan membunuh 13 orang di kem tentera Amerika di Fort Hood, Texas.[10] Presiden Amerika Syarikat Barack Obama memberi izin kepada agen CIA untuk menangkap atau membunuh Awlaki yang dipercayai sedang bersembunyi di Yaman.[11]

Warga Barat tidak memperhitungkan jutaan rakyat Iraq dan Afghanistan yang terbunuh akibat serangan tentera bersekutu Amerika Syarikat dan Britain. Ketua pasukan bola sepak David Beckham turut melawat Kem Bastion, wilayah Helmand, Afghanistan untuk meniupkan semangat mempertahankan dasar luar Britain itu.[12] Beliau cukup bangga dengan keberanian tentera Britain yang cukup berani (membunuh). Taliban mensasarkan Beckham, William Hague atau Liam Fox sebagai sasaran ampuh.[13]

Dibunuh dengan peluru berpandu sunting

Pada 30 September 2011, al-Awlaki ditembak mati di bandar Khashef, Kegabenoran Al Jawf, Yaman ketika dalam perjalanan menaiki kereta di sebuah jalan raya. Pekan itu kira-kira 87 km di timur Sana'a. Tentera Amerika Syarikat menggunakan peluru berpandu AGM-114 Hellfire ke aras kereta yang hendak menuju ke Ma'rib jam 9.55 pagi waktu tempatan pada hari Jumaat 30 September 2011. Serangan itu direstui oleh Presiden Amerika Syarikat Barack Obama. Turut terbunuh ialah Samir Khan rakyat Amerika yang lahir di Arab Saudi yang tinggal di Carolina Utara. Ibrahim al-Asiri yang turut menumpang di dalam kereta itu turut terbunuh. Samir Khan merupakan editor majalah al-Qaeda berbasa Inggeris - 'Inspire'. Ibrahim bijak membuat bom dan dikaitkan dengan bom seluar dalam dari Nigeria yang hendak meletupkan penerbangan dari Detroit semasa Hari Krismas 2009.[14] [15]

Bantahan sunting

Ron Paul dari Kesatuan Kebebasan Sivil Amerika di Hampshire mengutuk pembunuhan Anwar al-Awlaki kerana tidak pernah disabitkan dengan apa-apa jenayah. Tidak ada sesiapa yang tahu dia telah membunuh sesiapa. Ron Paul adalah ahli parlimen Texas - parti Republikan. Pembunuhan itu merupakan pelanggaran undang-undang Amerika Syarikat dan antarabangsa. Presiden AS tidak mempunyai kuasa untuk membunuh rakyatnya tanpa sebarang bukti kukuh.[16]

Negara Yaman merupakan negara Arab yang paling miskin, menjadi syurga bagi beratus-ratus militan al-Qaeda. Beberapa bulan kebelakangan ini, militan merampas kuasa di beberapa kota di Yaman Selatan. Amerika mengambil kesempatan ini untuk mengukuhkan kedudukan mereka. Beliau dibunuh beberapa bulan selepas Osama bin Laden dibunuh di Abbotabad, Pakistan.

Rujukan sunting

  1. ^ Dan Murphy (10 November 2009). "Fort Hood shooting: Was Nidal Malik Hasan inspired by militant cleric?". Christian Science Monitor. Boston. Dicapai pada 13 November 2009.
  2. ^ Born in US, Al-Awlaki was his birth nation's sworn enemy. Diarkibkan 2011-12-23 di Wayback Machine MSNBC. 30 September 2011.
  3. ^ a b Raghavan Sudarsan (25 Disember 2009). "U.S.-aided attack in Yemen thought to have killed Aulaqi, 2 al-Qaeda leaders". The Washington Post. Dicapai pada 25 Disember 2010. Unknown parameter |coauthor= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  4. ^ a b Eileen Sullivan; Lee, Matthew (16 Julai 2010). "US-born radical cleric added to terror blacklist". Fox News. Associated Press. Dicapai pada 17 Julai 2010. Unknown parameter |url0= ignored (bantuan)
  5. ^ a b c Paul E. Sperry (2005). Infiltration: how Muslim spies and subversives have penetrated Washington. Thomas Nelson Inc. ISBN 9781595550033. Dicapai pada 1 Disember 2010.
  6. ^ "U.S. imam wanted in Yemen over Al-Qaida suspicions". StarTribune.com. Associated Press. 2009-11-10. Dicapai pada 2011-09-30. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  7. ^ Aamer Madhani (25 Ogos 2010). "Cleric al-Awlaki dubbed 'bin Laden of the Internet'". USA Today. Dicapai pada 30 Oktober 2010.
  8. ^ "Yemen charges U.S.-born cleric with plot to kill foreigners" The Associated Press. 2 November 2010.
  9. ^ "Islamist cleric Anwar al-Awlaki 'killed in Yemen'". BBC News. Dicapai pada 30 September 2011.
  10. ^ Richard Esposito (9 November 2009). "Officials: U.S. Army Told of Hasan's Contacts with al Qaeda; Army Major in Fort Hood Massacre Used 'Electronic Means' to Connect with Terrorists". The Blotter from Brian Ross. ABC News. Dicapai pada 11 Mei 2010. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  11. ^ Tokoh Islam Radikal Desak Pembunuhan Tentara AS
  12. ^ "David Beckham `proud to be British` after visiting troops in Afghanistan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-27. Dicapai pada 2010-05-27.
  13. ^ Taliban launched assault to target Beckham Times of India
  14. ^ Top al Qaeda bombmaker dead in drone strike CBS
  15. ^ Justice memo authorized killing of Al-Awlaki Diarkibkan 2011-10-02 di Wayback Machine CBS
  16. ^ Ron Paul, ACLU condemn Anwar al-Awlaki killing CBS