Mukim Api-Api, Selangor

(Dilencongkan dari Api-api, Kuala Selangor)

Mukim Api-Api ialah sebuah mukim di Daerah Kuala Selangor, Selangor, Malaysia.[2] Mukim ini mempunyai penduduk seramai 21,628 orang pada tahun 2010.[1]

Mukim Api-Api
NegaraMalaysia
NegeriSelangor
DaerahKuala Selangor
Penubuhan1975
Keluasan
 • Jumlah67.45 km2 (26.04 batu persegi)
Penduduk
 (2010)[1]
 • Jumlah21,628
 • Kepadatan320/km2 (830/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
Poskod
45xxxx

Sejarah sunting

Mukim Api-Api telah diwartakan pada tahun 1975.[2]

Nama sunting

Mukim ini dinamakan sempena Kampung Api-Api, salah satu kampung yang di dalam pentadbiran mukim ini.

Geografi sunting

 
Mukim Api-Api di Kuala Selangor.

Mukim Api-Api terletak barat Daerah Kuala Selangor berhadapan dengan Selat Melaka. Ia bersempadan dengan Mukim Kuala Selangor di utara, Mukim Pasangan di timur laut, Mukim Ijok di timur dan Mukim Jeram di selatan. Kebanyakan, tanah di sekitar Mukim Api-Api ialah tanah pamah dan sesuai untuk aktiviti ekonomi setempat.[3] Kawasan mukim ini mempunyai keluasan mencapai 67.45 kilometer persegi dan dibahagikan kepada beberapa buah kampung dan pekan.[3][4]

Demografi sunting

Menurut bancian Malaysia 2010, Mukim Api-Api mempunyai jumlah penduduk seramai 21,628 orang, dengan 11,093 orang adalah lelaki dan 10,535 orang adalah perempuan. Mukim Api-Api mempunyai 5,396 isi rumah yang menduduki 6,769 kediaman. Jumlah penduduk yang berwarganegara Malaysia yang bertetnik Bumiputera ialah sebanyak 10,907 orang manakala jumlah penduduk yang beretnik Cina, India dan lain-lain, masing-masing ialah seramai 3,550 orang, 6,408 orang dan 56 orang. Selain itu, seramai 707 orang bukan berwarganegara Malaysia menetap di Mukim Api-Api.[1][4]

Pentabdiran sunting

Mukim Api-Api dipimpin oleh seorang penghulu mukim; pemegang jawatan semasa ialah Encik Husain bin Idris.[5]

Petempatan sunting

Kampung sunting

Kampung-kampung di bawah Mukim Api-Api adalah seperti berikut:

No. Jenis Nama kampung Penduduk (2016)[6] Luas (hektar)[7] Poskod
1 Kampung tradisi Kampung Pasir Tuntung 5,060 415.51 45700
2 Kampung Assam Jawa 31,000 1335.00 45700
3 Kampung Api-Api 1,500 537.19 45700
4 Kampung bagan Kampung Bagan Sungai Buloh/Sasaran 600 10.99 45700

Bandar dan pekan sunting

Terdapat tiga pekan dan satu seksyen bandar di Mukim Api-Api iaitu,

No. Jenis Nama Kawasan[3] Poskod
1 Pekan Assam Jawa Taman Serindit, Taman Assam Jawa, Kampung Assam Jawa, Taman Merpati, Taman Mulia, Taman Selesa, Taman Harapan, Taman Impian 45700
2 Bukit Rotan Seksyen 2 dan sebahagian Seksyen 1 Bukit Rotan. 45700
3 Kuala Sungai Buloh Sebahagian Seksyen 1 dan 2 Pekan Kuala Sungai Buloh. 45700
4 Bandar Bandar Kuala Selangor Sebahagian Seksyen 20 Kuala Selangor sahaja (Taman Rhu, Taman Mawar Putih, Taman Melawati Jaya, sebahagian Bandar Baru Kuala Selangor dan Taman Bendahara). 45700

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Taburan Penduduk Mengikut Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan Mukim 2010 (PDF)". Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia. 2011. ISBN 978-983-9044-59-1. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-01. Dicapai pada 2019-05-20.
  2. ^ a b "Kod dan Nama Sempadan Pentadbiran Tanah, Unique Parcel Identifier (UPI) SELANGOR" (PDF). Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI (JTSM). 2011. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2021-07-01. Dicapai pada 2022-01-01.
  3. ^ a b c "Aplikasi Carian Kod dan Nama Sempedan Pentadbiran Tanah". mygos.mygeoportal.gov.my. Malaysia Geospatial Online Services (MyGOS). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-05. Dicapai pada April 12, 2021.
  4. ^ a b "Citypopulation - Api-Api, Malaysia". citypopulation.de (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-01-01.
  5. ^ Administrator (2021-06-14). "Penghulu Mukim Api-Api/Ijok". Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor. Dicapai pada 2022-01-01.
  6. ^ Kajian Perancangan Fizikal Desa Negeri Selangor 2016. Bahagian Pembangunan, Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor. Dicapai pada 14 Oktober 2021.
  7. ^ Kerajaan Negeri Selangor. "Pelan Halatuju Strategik Desa Negeri Selangor 2035". Smart Desa Selangor. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor. Dicapai pada 14 Oktober 2021.