Apolisis (Bahasa Yunani Kuno: ἀπόλυσις "pengampunan") merupakan pemisahan kutikula daripada epidermis bagi artropoda dan kelompok-kelompok berkait (Ecdysozoa). Oleh sebab kutikula haiwan ini juga merupakan sokongan skeletal tubuh yang tidak mudah lentur, ia digugurkan ketika pembesaran dan diganti dengan salutan baru yang lebih besar. Dalam proses ini, artropoda menjadi dorman buat sementara waktu. Enzim dirembeskan untuk mencerna lapisan dalam kulit ari yang sedia ada, sekaligus memisahkan haiwan berkenaan daripada kulit ari luarannya. Ini membolehkan perkembangan kulit ari baru tanpa terdedah kepada persekitaran luar.

Beluncas Eacles imperialis menjalani apolisis

Selepas apolisis, berlakunya ekdisis. Ekdisis ialah pendedahan sebenar artropoda ke dalam persekitaran dan sentiasa berlaku sejurus selepas apolisis. Haiwan yang baru keluar itu kemudiannya mengeras dan meneruskan kehidupan.