Dalam Mitologi Yunani, Apollo ialah dewa matahari, cahaya, inspirasi, puisi, muzik, tarian, penyembuhan, penyakit, kebenaran, ramalan, kemurnian, peradaban dan pelindung para lelaki yang belum berkahwin. Dia adalah anak lelaki Zeus dan Leto. Dia juga adik lelaki bagi kakaknya, Artemis.