Apollo 13 ialah misi ketiga pendaratan di Bulan oleh NASA, sebahagian daripada program Apollo Amerika Syarikat. Kapal angkasa ini dilancarkan pada 11 April 1970, jam 13:13 CST dari Pusat Angkasa Kennedy, Florida, namun pendarat qamari terpaksa dibatalkan selepas sebiji balang oksigen meletup dua hari kemudian, melumpuhkan Service Module (SM) yang diperlukan Command Module (CM). Walaupun terpaksa menempuh kesukaran akibat kuasa terhad, kehilangan haba kabin, kekurangan air minum dan terpaksa mengganti sementara sistem penyingkiran karbon dioksida, anak kapal berjaya kembali dengan selamat ke Bumi pada 17 April.

Apollo 13
Anak kapal Apollo 13 crew mengambil gambar Bulan
Jenis misiPendaratan qamari dikendalikan manusia
PengoperasiNASA[1]
COSPAR ID1970-029A
SATCAT №4371
Jangka masa misi5 hari, 22 jam, 54 minit, 41 saat
Ciri kapal angkasa lepas
Kapal angkasa lepasApollo CSM-109
Apollo LM-7
PembuatCSM: North American Rockwell
LM: Grumman
Berat berlepasCSM: 28,790 kilogram (63,470 lb)
CM: 5,609 kilogram (12,365 lb)
SM: 23,181 kilogram (51,105 lb)
LM: 15,192 kilogram (33,493 lb)
Krew
Bilangan krew3
Kod panggilanCM: Odyssey
LM: Aquarius
Permulaan misi
Tarikh pelancaran11 April 1970, 19:13:00 (1970-04-11UTC19:13Z) UTC
RoketSaturn V SA-508
Tapak pelancaranKennedy LC-39A
Pengakhiran misi
Tarikh pendaratan17 April 1970, 18:07:41 (1970-04-17UTC18:07:42Z) UTC
Tapak pendaratanLautan Pasifik Selatan
21°38′24″S 165°21′42″W / 21.64000°S 165.36167°W / -21.64000; -165.36167 (Apollo 13 splashdown)
Parameter orbit
Sistem rujukanGeosentrik
RejimCislunar
Lintas terbang Bulan (pengorbit/pendarat gagal)
Pendekatan terhampir15 April 1970, 00:21:00 UTC
Jarak254 kilometer (137 nmi)


Kiri ke kanan: Lovell, Swigert, Haise


Projek Apollo
Misi dikendalikan manusia
← Apollo 12 Apollo 14

Penerbangan ini diketuai oleh James A. Lovell dengan John L. "Jack" Swigert sebagai juruterbang CM dan Fred W. Haise sebagai juruterbang LM. Swigert menggantikan Ken Mattingly pada saat akhir, yang tidak dibenarkan terbang selepas terdedah kepada penyakit Rubela.

Anak kapal sunting

Anak kapal utama:

Kedudukan Angkasawan
Komander James A. Lovell, Jr.
Juruterbang CM T. Kenneth Mattingly II
Juruterbang LM Fred W. Haise, Jr.

Anak kapal simpanan:

Kedudukan Angkasawan
Komander John W. Young
Juruterbang CM John L. Swigert
Juruterbang LM Charles M. Duke, Jr

Rujukan sunting

  1. ^ Orloff, Richard W. (September 2004) [Mula diterbitkan 2000]. "Table of Contents". Apollo by the Numbers: A Statistical Reference. NASA History Division, Office of Policy and Plans. NASA History Series. Washington, D.C.: NASA. ISBN 0-16-050631-X. LCCN 00-061677. NASA SP-2000-4029. Dicapai pada 15 April 2012. Unknown parameter |chapterurl= ignored (bantuan)

Pautan luar sunting